Friday, September 9, 2011

Believe it or not!


hahaha tajuk aku letak ni memang tak leh blah betul. Tapi itu la dia, memang macam tak percaya je aku boleh tinggal je blog aku yang menjadi buah hati aku selama bertahun-tahun ni.

Bukan menghilang ke mana-mana pun, ada je kat sini lagi. Takde lagi kena outstation meredah hutan belantara segala. hihihi. Banyak je nak cerita kat blog ni. banyak nak diluahkan. Tapi tu la, tak menyempat masa.

Aktiviti 2-3 hari ni memang boleh kata penuh jugak. Tempat kerja aku tu buat sambutan hari raya so memang aku join menjayakannya. Aku kena tugas mencari bahan makanan utama yang dihidangkan.-satey and roti.

Satey glamor terkenal kat kelantan ni Satey Baung. Baung tu bukannya haiwan tapi nama tempat kat sini. Area Pengkalan Chepa. Kat situ memang penuh tukang buat satey lah. Kisah lebih kurang Satey kajang sudah. Satey kajang kan nama tempat jugak bukan nama daging haiwan. hahaha. Oh ingat kat Satey Haji Samuri kat kajang tu. Tapi kuah kacang kat kelantan dengan Kajang ni berbeza warnanya. Warna kat kelantan lagi merah garang gitu, bukan kuning pucat. hehehe.

Oh pastu aku ada la buat kek kukus asam manis dengan puding biskut marie tu. Saja nak memeriahkan majlis makan-makan raya ni. Kalau tak memang aku malas buat. Selalunya kalau ada pot luck memang aku tak buat apa pun, masuk makan saja. hahaha pemalas kan. Makanan order je, dah pungut duit dah untuk potluck tu, sesapa nak bawak makanan dipersilakan. Lastly makanan tak habis jugak, sebab tu malas buat tu. (cakap je pemalas, takyah buat alasan pelbagai,kan ;P)

pergi shopping novel, baca novel, meeting sana-sini. ;-P konon-konon orang besar la tu ye(bunyi macam gedik je hehehe) jap lagi aku nak post novel yang aku beli, jangan jeles ye suma. hahaha. Saja nak letak entry baru, baru banyak entry bulan ni, dah berhari kot aku tinggal blog aku ni, tapi alhamdulillah, nampaknya stat aku ni naik banyak berbanding sebelumnya.

2 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

bestnyer makan satey...
rindu gak nak buat open house dah lama rasanyer x rasa suasana gitew...
ai pow hantu novel uols ngeee

Yong said...

hahaha novel. jap ye ayu, hehehe xcted sgt ni nak story pasal novel. teruja..teruja...