Tuesday, November 29, 2011

Novel-novel 20-25% kat popular

Lama tak lama, aku dah start keja balik dah. huh, tapi tu la...tersekat je nak bernafas sebab tak puas hati tak dapat g jejalan. Rasa macam tergesa-gesa je ari tu, tak rasa happy je jejalan gaya cengitu.
Oh ya, aku sebab tak dapat nak jejalan sepuas hati, aku bantai beli buku lagi la jawabnya. Er, banyak entry aku yang janji nak tunjuk buku yang aku beli. ni aku post la sikit gambar buku yang aku borong kemarin gan 4 hari lepas.
Okey, aku rasa sedikit kecewa, eh tak, banyak aku kecewa ni. Sedih sebab buku-buku (segala novel English or Malay ) ni yang aku tengok kat Popular dapat potongan hingga 20-25%! Bukan sedih sebab sale, tapi sedih sebab aku beli mahal baru ni 10% je, tapi bulan ni 20-25% adei la bengkak hati chek ja. Certain books aku beli gan harga 10% je. Contohnya, Awak Suka Saya Tak, Tuan Rumah Pembantu Rumah, Bila Cinta, Contengan Jalanan, Cinta Dari Istana buku ni suma dapat diskaun 25% tau!huhu rasa macam sadis je sebab aku beli rugi la 15% lagi tak dapat. Kalau tak lagi la murah kan. Selamat la novel 'Bila Cinta' gan 'Awak Suka Saya Tak' tu aku belum beli lagi, so merasa la sikit diskaun 25%. Cuma kecewa sebab Contengan Jalanan aku beli gan 10% saja. Tu yang rasa sedih tu, ya la, aku kan peminat Hlovate ni, dapat diskaun sikit je, now sampai jejak 25% lagi!
Nak tau apa yang murah kat popular, korang terjah je website Popular Bookstore tu. Type je kat google. Aku malas nak buat link la. huhuhu.
Er ayat aku sedikit bercelaru. Sorry, entah la tetiba je macam fail je nak mengarang.


ok ni semua aku beli, ada 1 lagi Awak Suka Saya Tak, tapi aku tak snap picture buku tu.



 satu ni je novel English aku beli, Sebenarnya dok pikir nak ambil lagi, buku Sophie Kinsella, Just Like Heaven, Something from Tiffany's, Art Geek and Prom Queen, Awake at Dawn, The Wizard Heir, Wish You Were Dead..oh kalau aku nak cakap suma tajuk yang best yang buat aku rasa tempting nak beli tu, memang bulis dapat 400 words kot. hahaha. Tapi.... really I will go and grab 'The Boy No One Loved' cerita sedih pasal anak hasil penceraian yang terumbang-ambing tanpa kasih sayang. Nak angkut suma baru ni, bawak mak aku sama, risau dia berleter aku beli buku banyak.huhuhu
 2 manga
4 novel, Bila Cinta dan Keimanan Cinta tu dapat diskaun 25%, syukur sangat dapat merasa 25%.alhamdulillah...hehehe macam desperate je kan bunyi dia nak dapat 25% tu. Yup honestly mmg aku desperate gila. haha yang lain semua 20%. Tu la rasa macam nak borong semua novel yang aku penah baca, tapi tak beli....20%, amat payah nak jumpa.

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

gambar dari: klgreetings.com

Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam di seluruh dunia. dah buat azam ke belum ni? (azam dah boleh buat sekarang dah, tak perlu la nak nanti tahun baru orang putis saja). Buat azam masa waktu maghrib tadi?
(asyik ulang azam je ni, terus teringat kat sepupu yang nama azam hehehe) Semoga tahun baru hijrah ni mendatangkan seribu kebahagiaan dan kegembiraan kepada kita semua. Semoga kita mampu berhijrah menjadi hamba Nya yang lebih baik dari tahun lepas. Menjadi seorang yang lagi bagus dari segala segi, meningkatkan amalan untuk kebaikan di dunia dan akhirat. Sama-sama la kita berusaha ke arah itu. jom buat muhasabah diri kejap.....
Kalau dulu kita selalu tidak tepati janji, biarlah tahun baru ni kita mulakan dengan azam baru untuk menjadi seorang yang menepati janji.
Kalau tahun lepas kita ni pemalas, semoga tahun baru ni kita jadi lebih rajin, cuci pinggan kat dapur ke, menyapu ke. Apa saja yang dapat meringankan beban orang lain.
Kalau tahun lepas kita suka membazir wang, masa, semoga tahun baru ni kita lebih peka dengan keperluan dan amalan kita.
Kalau sebelum ni bab makan kita  buat gaya makan macam minggu depan tu dah nak kiamat, semoga dengan datang 1433 hijrah ni, kita menjadi seorang yang lebih sopan dan mengikut sunnah nabi s.a.w.
Kalau sebelum ni kita kedekut, tamak haloba, semoga tahun ni kita banyakkan sedekah amal jariah. Paling mudah dengan memberi senyuman. Kalau mampu, sedekah la dengan material, semoga dapat meringankan beban orang yang susah. sedekah itu juga dapat membersihkan hati dari sifat tamak dan dengki.
Kalau dulu kita suka cari gaduh, biar la tahun ni kita lebih mesra, hilangkan sikap panas baran dan cabar mencabar ni. Takde faedah pun nak bergaduh bertumbuk ni, buang masa dan tenaga, dan dapat dosa.
Ya, semoga kita dapat menjadi insan yang lebih baik. Selamat kita berusaha! dan semoga kita berjaya melakukan perubahan, amin....

gambar dari: nana-eddy.blogspot.com

Saturday, November 26, 2011

Kad kawin yang unik!

 hokey, benda ni kena post sekarang, sebelum tibanya hari baru tepat jam 12 malam ikut calendar orang putis. hehehe bukan apa, nak share benda alah ni, sebab tayangan perdana filem ni esok dah. 27hb November 2011 bersamaan dengan tahun baru hijrah calendar orang Islam 1 Muharram 1433. Tajuk filem ni adalah : ATAS NAMA CINTA . Ia adalah filem movie selama 2hari dan amat unik sebab watak utama, korang memang tak kenal langsung sebab diorang ni orang yang real baru join filem iaitu Diana dan Syam. Ini adalah iklan pasal filem tu yang akan ditayangkan esok dan 3hb Disember 2011 nanti, ditempat yang berbeza:
 don't worry, aku dah mintak izin nak tayang kat blog aku wedding card yang unique ni. hehehe thanks to Didi yang bagi izin.

 memang la lawak aku tengok ni punya Kad Kahwin yang amat la unik. Tengok gaya macam gambar filem zaman P Ramlee, dengan motor lampu bulat yang memang wujud tahun  P Ramlee buat filem. Dah le tu warna merah, satu set gan baju pelakonnya sekali. kehkehkeh. Mak aku tengok, dia gelak sebab unik kad kawin ni. Latar belakang itam putih er bukan itam putih tapi koko kuning. hehe. gan si Syam pakai cermin mata hitam wat muka poyo je. hahaha.
 hokeh ni sebenarnya kad kawin member aku. dua-dua member aku sama-sama tempat belajar. 4tahun la aku kenal diana ni, pernah siap tinggal serumah masa kerja kat KL dulu. Kenal dari 2005 lagi. kira dah jejak 6tahun la kenal dia ni. Syam pulak 1tahun je belajar sekali gan aku n diana, tahun 2009-2010. dua-dua ni kecik je orangnya. Kalau diana bawak motor, aku rasa boleh melayang kot, sebab selim sangat. sampai aku jeles je. haha.
Ingat lagi, kalau dia sembunyi bawah selimut, aku memang takkan perasan dia ada bawah selimut sebab kecik sangat orangnya. Masa kerja sesama dulu, tiap kali tengok baju yang tersidai, rasa aku le mak and depa suma ni macam anak-anak kecik je(wawa, diana, ina). Sebab baju yang tersangkut suma saiz S gan XS saja. body macam budak sekolah rendah suma. hahaha. Aku pulak saiz X L. hadeh, awat aku takleh jadi kecik macam depa ye. hahaha memang baka kecik, aku baka besor. So, tak yah nak jeles bagai, terima je lah seadanya.
 still ada gambar kat peta kad kawin ni, tapi gambar pudar depa tengah shooting kat pokok gan payung, gaya syam memang la macam hero zaman dolu kala. hahaha. Ada gaya hindustan, main kejar-kejar kat pokok apa. Oh ya jimat kan, gabung sekali peta rumah lelaki gan pompuan cam gini. bentuk rumah pun lawa je.


hoho still ada picture kat bahagian dalam ni, untuk aluan jemputan, gambar sorang-sorang,hitam putis. unik tak?


 





Gambar pelamin jiranku

 so sorry ayu. Lama janji nak post entry pasal my neighbour's wedding ni. Ok ni picture dia. Sorry, takde picture pelamin saja, amik ni pun yang tak center pun. Abang yong yang ambikkan. Dia ni fail sikit bab amik gambar ni. Ni la dia... dua-dua pengantin ni adalah polis(ayat sekema hahaha)

Thursday, November 24, 2011

Terkedu, terkejut!Dateline hujung bulan 12 nanti!

Okeh! tadi dengan penuh semangat waja, aku pergi kerja lagi, bawak se bundle paperwork aku yang tak sempat aku siapkan.
Tau apa kisah ari ni?
tengah aku asyik masyuk siapkan kerja aku sampai kepala tak terangkat langsung pandang kiri kanan. Datang la bebudak ni. Diorang pun tengok aku kusyuk ni, membelek sama la kerja aku ni.

Pastu....

Pastu....

Pastu...

Geram tau!!!! diorang cakap, 'wow rajinnya! kan ke paper ni dateline dia hujung bulan 12'.
Adus!!! bengkak!!! bengkak aku kejap, terkedu, terkejut, tergamam, terkeliru! BULAN 12, DISEMBER NANTI! HUJUNG BULAN PULAK TU!
Adei la. terdiam, terhenti segala kerja aku kejap. terkejut tak payah nak cakap! aku sampai tak dapat tido lena sebab benda alah ni. Kata hujung bulan 11 ni.
Habis kacau cuti aku! ingat aku drive ni, pakai air hujan ke apa? tau la sekarang ni musim hujan, tapi minyak still kena beli kalau nak bergerak. tak pasal-pasal aku rugi part tu.
But, ok la aku look on bright side. Kerja aku siap awal, so part ni aku dapat rehat lebih nanti. Tu pun kalau kerja lain takde.

Wednesday, November 23, 2011

Cancel cuti aku!@#$%

aku dah balik! I'm home! bunyi macam gumbira saja kan. Tapi sebenarnya hampeh saja. Tengah syok enjoy cuti, tetiba pulak member cakap kerja ko ada yang tertunggak, deadline dateline dia sebelum 30 November 2011! hampeh!!!! habis hangus burn terbakar cuti aku. tension aku, baru berangan nak g berjalan ke banyak tempat, now dah sangkut pulak dah. sedihhhh.
Tak pasal-pasal aku kena pecut balik kampung semula. Aku tak kira, siap je kerja yang ni, which aku target siap esok sebelum pukul 4 petang, aku nak pecut pergi bercuti semula. Apa kes kacau cuti aku ni. Tau la aku ni big shot (perasan siot) kat tempat kerja aku. hehehe. Padahal bukan big shot pun, tapi aku sorang je tau kerja pasal paperwork yang ni. So memang aku je la yang selayak dan sewajibnya siapkan kerja ni.
Sebenarnya, aku dah sampai kat rumah pukul 2 petang kelmarin lagi, tapi takde mood nak menaip kat sini. Serabut otak dengan kerja. Sebenarnya, aku patut pergi kerja kelmarin lagi, tapi....macam yang korang tau, sekarang hujan lebat sangat la kat kelantan ni sampai aku tak sure boleh ke tak aku sampai kat tempat kerja aku tu. Aku tak jadi pergi, buat letih aku balik awal, baik lepak kat KL lagi, grenti aku boleh g kedai buku kat Serdang tu. Borong buku bebanyak.
Masa aku on the way back yesterday pun dah ada jalan raya yang dah naik air. Sampaikan nombor plat kereta aku pun boleh tercabut, melayang-layang kat depan mata aku kena lambung gan air banjir kat jalan depan sekolah rendah kat peringat tu. Kat kuala krai gan machang pun dah banyak kereta yang tersadai kat tepi jalan sebab rumah diorang dah naik air.
So ari ni aku pergi kerja la. Ni pun terpaksa bawak balik ke rumah kerja aku ni. Sebab aku nak siapkan sebelum petang esok.

Tuesday, November 22, 2011

Malaysia Menang!!! Bola sukan sea 2011

Malaysia menang perlawanan bola sukan sea 2011 menentang Indonesia 5-4 di Indonesia. thanks to suma pemain pasukan Malaysia!! terutama sekali Goal Keeper kita Khairul Fahmi Che Mat.Suka sangat sebab dia banyak save bola dari kena sumbat dengan Indonesia.
Ok aku nak ulas pasal mangkuk plastik Diego yang suka sangat buat drama sinetron. Suka sangat buat-buat sakit jatuh. Hadeh aku rasa nak je pijak betul-betul sampai memang rib dia patah.
memang la debaran gila tengok bola kali ni. Banyak sangat masa, sambung-sambung. Dari masa tambahan 3 minit, kemudian kena pulak 30 minit sebab seri 1-1. Pastu penalti. Penalti la yang menyelamatkan Malaysia sebab kita sumbat 4, indonesia 3. Habis game pukul 11.15. huh memang debaran lah. Makcik aku siap kata yang geng sana pakai bomoh jampi serapah suruh pemain kita tak dapat sumbat gol. Akhirnya menang jugak 5-4. Syukur alhamdulillah. Memang la aku gan makcik aku puas dok baca doa suruh menang. Bet 1 Malaysia dok berdoa suruh menang.
Paling best bila gol pertama malaysia pada minit 35, pemain kita sumbat pakai tandukan gaya tido. hahaha really thanks to him sebab still la ingat dan dapat berfikir panjang dan waras tentang cara nak sumbat bola gaya tu time tengah orang himpit gaya tu.
Lawak tak lawak, makcik pakcik aku pakat dok rungsing, kalau malaysia menang pakat risau pemain malaysia gan peminat bola malaysia tak dapat keluar stadium sebab kena tahan gan orang indonesia. Ya la, korang pun tengok berita tadi kan, pasal peminat bola yang ke Indonesia kena tahan oleh peminat fanatik Indonesia.
Oh lupa nak cakap, aku still bercuti ni. Dok lepak umah makcik-makcik aku kat KL ni. So, sesama tengok bola sama diorang. Meriah sangat lah dengan ulasan dari uncle aku. Tiap kali bola hampir nak kena sumbat, suma pakat berdiri. Sampai pakat abih suara suma. hahaha.

Saturday, November 19, 2011

Gambang here I come...

OKes ari ni aku akan memulakan perjalanan ke Gambang, Pahang. Memula dengar dari member bunyi dia macam gampang. Er..sorry ya. hahaha telinga pernah register perkataan tu. Kul 2.30 pagi lom tido ni. Esok nak drive. huhuhu. Ok Ok nak tdo dulu. Nite. Salam. Doakan perjalanan esok selamat dan dipermudahkan oleh Nya.
Ahad - Dari Gambang ke KL
Rabu - Balik ke Bangi..how I miss you...
Rabu/ Khamis - Melaka.. nak g buat surprise kat my super best friend Sharifah
Jumaat - balik bangi semula
Sabtu - Kuala Kangsar & Taiping
Ahad - Cameron Highland dan ke Bangi semula
Isnin - balik Kelantan

Ok cukup cuti seminggu. Aku akan memulakan kembali kerja yang bertimbun kat meja yang due date dia 1 December 2011.

Friday, November 18, 2011

Bila kita buat direct translation...

Nak dijadikan cerita, kelmarin (asyik cerita pasal kelmarin kan) my cousin ada la datang rumah. Sesaja berjalan-jalan melawat sambil suruh aku check resume gan surat mintak kerja dia. Budak ni la terlampau hyperactive. Gamaknya kalau la boleh, semua jawatan yang ada, grenti dia nak sapu.
Yang jenuhnya, aku la nak kena baiki translate perkataan yang tersalah tu. Ok, kalau korang tengok kan, kita punya jawatan kat memana majlis ke (bukan majlis bandaran ye) semua la grand-grand gempak punya. Segala benda letak perkataan BIRO = BUREAU. Dari zaman aku sekolah lagi la ada perkataan ni. Biro persegaran/makanan( tukang urus makanan), Biro Keceriaan lah(tukang periksa kecantikan bilik darjah). Banyak lagi la biro yang wujud atas muka bumi Malaysia ni, termasuklah biro siasatan jenyah(ha yang ni logik letak biro). Bukan Giro=buku bank BSN tu la. or Biru caler Blue.
Sekali tengok paper cousin aku yang dia translate...HADEH!!!!!
Biro makanan = Food Bureau
Berkerut dahi aku(ada gaya nak tua cepat kalau macam ni) Ada gaya aku nak tergelak terguling jugak kat situ. Ada la pulak cousin aku ni translate satu persatu perkataan yang ada kat kertas bahasa melayu.
BIRO memang la maksud bahasa Inggerisnya Bureau jugak. Tapi, kan ke Bureau tu macam badan kerajaan/organisasi besar. Cuma...ya la kan. zaman sekolah gan zaman u kita kat Malaysia ni. Memang kita guna bahasa bombastic habis la. Saja la kan nak kasi bekerja kuat naikkan semangat kita, golongan manusia yang malas kat bumi ni (termasuk la aku) Sebab tu la pakai perkataan canggih macam BIRO ni.
Er pastu aku pun tukar la, jadik  macam ni:

Biro makanan = Food Bureau Refreshment unit
sebab aku pakai unit ni sebab maksud dia macam kumpulan yang ditubuhkan secara rasmi untuk buat kerja tertentu. Memula memang nak pakai team, tapi macam tak sesuai la pulak, macam tak formal sangat. Committee pulak macam keahlian je.
So, jom kita usha yang lain aku translate
Biro Hadiah = Present Bureau Complimentary Unit
Naib Bendahari = Treasurer Deputy Deputy Treasurer

Er...entah betul ke tak. hahaha but better dari buat direct translation.
Hurm...imagine kalau buat direct translation untuk 'Serantai(er betul ke kita pakai yang ni, or seuntai) ucapan terima kasih diucapkan untuk ayahanda dan bonda tercinta yang banyak memberi sokongan kepada saya'
jadi macam ni = A necklace of thank you expressed for my lovely father and my mother  who give a lot of support to me.
hehehe

Thursday, November 17, 2011

bee-z = busy

bee-z(busy bee)
tetiba aku rajin melukis pakai paint malam ni. sebagai tanda aku dah kurang sibuk.

Lorat   sibuk la sekarang ni. Hari last aku jadi manusia yang teramat sibuk. Mulai esok, aku turunkan jadi amat sibuk. Lega-lega, lega yang amat jugak. Pegi keja sebelum pukul 7 pagi balik kerja pulak selepas 7 malam. Gila kerja ke aku ni? tak aih, tapi orang bagi aku kerja gila banyak. Hampeh betul.

Rasa macam kerja kilang sudah aku ni, keluar rumah sebelum pukul 7 pagi. Selamat la aku keluar selepas pukul 6.30 pagi, kalau tak, memang la gaya kerja kilang betul. Depa kan kebanyakkannya kena nanti bas. Eh, aku bukan kutuk or keji orang kerja kilang, ok! Aku kagum dengan depa, sebab - letih tu, kerja tak ingat dunia, tak jumpa matahari. Keluar 6.30 balik malam. Aku dengar pun dah letih. 

Aku pulak, manusia yang tak dapat hidup tanpa matahari. Aku tak bercahaya la jawabnya. Kan nama aku ada maksud cahaya so, grenti la aku kena hidup dengan cahaya matahari. Ingat lagi masa aku kecik form 1 (masa belajar tentang musim dan negara orang dalam geografi) kot, kalau taim time musim hujan, memang la stress. Selalu aku terfikir orang yang duduk dekat-dekat kutuk kutub utara tu or selatan yang kurang kena cahaya matahari.  Macam mana depa ni hidup ya. Sebab aku memang la tak boleh hidup tanpa cahaya ni. Rasa macam nak menangis je, tak pun rasa tak cukup nyawa je.

Er, sebenarnya apa aku nak cerita ni? Hehehe just nak inform yang aku dah dapat post entry ni. In a nutshell, aku dah tak sibuk sangat macam ari tu.

Saturday, November 12, 2011

12.11.11 lupa pulak pasal 11.11.11

 Busy yang teramat, sampai tarikh cantik semalam kelmarin pun aku lupa nak post something here. huhuhuhu 11.11.11 nombor cantik tu. tapi tu la busy gila-gila lah, orang sebelah umah aku pun kawin kelmarin pukul 11 pagi, er hantaran tak tau la berapa sebab aku tak sempat jenguk pun. Busy sangat.Kelmarin memang sehari suntuk aku dok kat meja buat kerja, sampai membebel mak aku. tak keluar jenguk langsung. Padahal aku nak angkat muka pun tak dapat kelmarin. Makan pun cincai saja, rebus hotdog je. Boleh? tu la menu aku kelmarin. sedih-sadis. Mandi setakat basah badan je, terus siap. Lorat-lorat. Bukan nak mintak simpati ni tau.

sadis betul kehidupan aku dalam 3minggu kehadapan ini. kiranya dah masuk sebulan lebih aku dok dalam hectic life, tetiba je kan. dah la entry raya aku tak letak pictures yang aku snap sendiri tu. ok la. ni aku baru nak post pictures sebelum hari raya. er hari raya aku tak sempat snap, sebab busy gan daging bagaikan. Nanti la, kalau aku rajin aku cerita pasal raya haji kat kelantan pulak. Macam mana happening nya untuk aku tahun ni.


 ni adalah sebahagian isi rumah yang ada kat depan mata aku. Full House time raya haji tahun ni. hehe. Lepas penat buat ketupat dengan sediakan bahan untuk masak esok. Sebijik gaya kenduri je. Bila berkumpul macam ni memang best, macam-macam ragam ada. Yang pompuan kecik-kecik tu batch akhir kot. hehehe. Aku ni batch senior, memandangkan mak aku anak sulung so semua dah besar-besar. Beza jarak umur memang jauh lah.



























Ni pakcik aku yang orang johor, polis. sama macam makcik aku jugak. Wife dia ada kat belakang tu, dok petik bunga Roselle untuk nak buat air esok(harri raya haji). Pakcik aku dok mengajar cousin aku main bola sebab malas nak dok buat jammed pack dalam rumah. hehehe. Kereta Arowana merah aku tu, korang pun dah kenal kan. Berkilat je tu. hahaha padahal dari raya puasa tak basuh tu. hahaha. Canggih lah.

Ok la setakat ni dulu aku tulis, nak sambung buat kerja ni. Post ni pun sebab aku rasa amat bersalah tak post apa-apa kelmarin.

Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha!

Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua umat Islam!!
Happy day to you all!
Entry sebelum solat hari raya.
Kejap lagi nak balik kampung, buat korban kat sana.
Selamat makan kenyang-kenyang ya. Tapi jangan lupa kepada orang yang susah.
Biasa la time daging banyak ni, semua orang buat open house. Hari ni pun dah ada 2 jemputan makan-makan untuk sesi waktu petang dan malam.
Untuk esok, memang berlambak-lambak la kalau kat area rumah aku ni. Biasa la, raya kedua kan, semua dah relax lepas melapah daging pada hari raya pertama.(*_^)
Gambar tak sempat nak post ari ni ya. Ingat nak post pictures masa sehari sebelum raya kat umah nenek aku yang amat la meriah dengan 34orang in the house! memang la meriah! raya! oh raya! semalam pun meriah je dengan bunga api.

p/s:apakah aku sudah lupa dengan kerja aku ni? hohoho no no no aku tak lupa, semalam pun angkut je kerja aku balik kampung sama. Ni nak sambung kerja kejap. huhuhu sadis betul pagi raya kena buat kerja pejabat lagi.

Saturday, November 5, 2011

My nightmare; disaster papers

ini entry luahan perasaan stress sebab tak dapat nak raya sakan- huh tension betul, bila kerija menimbun time raya-raya ni. tension!!!!! Semua orang bergumbira kat sekeliling nak sambut raya esok. Aku pulak tak cukup nyawa dah ni. Nyawa ikan tak dapat membantu aku. Nak bernafas pun semput. huhuhu.
Tengok mak aku dok busy nak bungkus ketupat segala. Adei la... makcik pakcik aku dah sampai dari jauh sebab nak sambut raya esok. Aku dok mengadap paper-paper disaster yang bagi aku nightmare time nak raya. Menciiiiiiiiiiii. Ni sebab terpaksa rela.

Thursday, November 3, 2011

Raya KOrban-bukan korban jalan raya ye!

lembu sihat ini adalah ihsan daripada belog : biaqpila.blogspot.com. Adakah aku mangsa korban itu?-lembu itu tertanya-tanya dalam hatinya.huhuhu syahdu. tapi takpe untuk umat Islam punya pasal, aku sanggup.-bagus ayat lembu ini kan. contohilah lembu ini sebab sanggup berkorban.

Dah nak raya, kan. Kejap je. Baru ni baru raya puasa, sekarang dah nak masuk raya korban pulak. Ha, berapa ramai yang jadi korban jalan raya tahun ni?
Lembu dah berderet kena order tu. Lembu pun dah tak lalu nak makan sebab dah tau depa bakal kena korban.hehehe. iye la sangat kan- aku tengok sepanjang jalan, semakin tegap besar je lembu-lembu tu melantak rumput segar. Al maklum la rumput segar dari ladang time lepas hujan kan.
Aku korban ke tak? Er....tahun ni tak. Mak aku je buat. Tahun ni bertambah meriah. Sebab ramai saudara mara yang buat korban tahun ni. Makcik pakcik aku yang kat KL tu pun balik. Jalan kejap lagi bakal jammed. Maybe esok dah start jam dah. Selalunya orang luar amik cuti hari jumaat, so boleh sampai sini hari jumaat. Ha korang yang bakal drift drive balik kampung tu! dengar sini!!!!- ini raya korban, jangan nak buat drama king and queen air mata ya. Kesian kat orang yang menunggu kat kampung tu jugak. Jadi jangan jadi mangsa korban kat jalan raya pulak. Lembu tu takpe la sebab memang tanggungjawab dia untuk jadi korban kita hari raya korban nanti. 
Huh malas aku nak keluar time jumaat nanti. Grenti jammed gila, terutama kat wakaf che yeh, mesti ramai nak g beli barang kat situ sebab ada pasar jumaat. Hadei! Tapi takpe meriah. Cuma aku la, kena kerja lagi dan terpaksa melalui jalan itu. Yang tu tak best.huhuhu
Apa perancangan dengan hari raya korban nanti?
Mesti meriah otak merancang memacam kan. Hailo, mesti kalut dengan open house bagai ni. Hidangan apa nak buat? Sup tulang? barbeque? Selalunya acara barbeque/bakar-bakar ni memang favourite lah. Aku dah dapat imagine lauk perut lembu tu. yum yummy...(meleleh sudah air liur ni) Yang paling grenti semestinya rumah atuk aku sentiasa diserbu. Biasa la, rumah orang lama-lama ni selalu jadi tumpuan. Dah-dah, setop berhenti la main tenet tu, pergi beli barang tuk main masak-masak nanti. 
ketupat dah buat ke? 
hehehe apa punya sengal nak buat dah ketupat hari ni kan? Awal lagi kot, kan raya ahad. Esok la buat ketupat.
Selamat makan daging korban! Ingat la jugak pada orang yang susah kat palestin dengan Mozambique tu.
Tapi kena la jugak jaga-jaga dengan kolestrol dalam darah and lemak nanti, karang tersumbat jantung tu. Takut penuh pulak HUSM, Pakar Perdana dengan HBKB dengan pesakit jantung and darah tinggi.

Happy day to all!