Saturday, January 2, 2010

Aktiviti bila balik kampung:Beli barang dapur n pasar malam

Aktiviti aku hari ni? Aku keja download cerita lah. Aku download cerita Biscuit Teacher and Star Candy, cerita korea. CD aku dah ada yang rosak takleh tengok dah. Sebab tu la download. Selain tu, With Love cerita Jepun pasal kisah percintaan melalui internet. Aku tido pukul 4.30 pagi, pastu bangun solat subuh pukul 6.45 pagi. Mata aku jenis tak boleh tido lepas subuh. Kembali download cerita sampai siap. Kononnya nak keluar jejalan awal pegi beli barang dapur, lastly lambat jugak. Sesambil download cerita, aku dok tengok Sweet Spy. Rindu la pulak dengan cerita tu.
Lepas masuk waktu zohor baru aku dapat tido, bangun pukul4. Lepas solat Asar baru pergi beli barang dapur. Jalan bit jammed gak lah. Pastu singgah pasar malam. Lama giler tak makan nasi tomato. Very tempted gak ni, abis la diet aku tiap kali balik kampung ni. Sempat beli tudung warna krim satu. dok cari warna pink tapi asyik ragu-ragu je so aku tak beli. Takpe esok masih ada apa.
Pergi pasar malam Bangi sebenarnya nak cari jubah, tapi gerai tempat makcik yang selalu aku singgah tu takde pulak. Gamaknya, makcik tu dah sewa kedai kot. Dah tak jual kat pasar malam dah.

No comments: