Monday, January 4, 2010

Mega sale di UKM!!!!

Hehehe biasa la bila mula buka semester, pesta mega sale akan menjelma. Tadi sebelum balik TM, sempat la aku pergi ke pesta mega sale nih. Macam-macam ada. Tapi masa je aku tak de. Nak kejar class pukul 2 petang yang ada presentation. Memang la Dekat je pun TM dengan Kajang. Tapi aku banyak benda nak prepare lagi. Bertolak balik dalam pukul11.
Aku singgah kat Pusanika sekejap sebab memang dah lama kempunan nak makan kek blueberry and pizza ukm kat Bakery tu. Kat pusanika memang banyak booth yang jual pelbagai barang. Jubah-jubah memang murah, below RM100, ada yang RM45 pun ada. yang banyak harga RM65. Tetiba mata aku kelabu asap nak pilih, warna pale maroon, purple, black bunga purple, Abaya warna hitam corak sulam panjang kat tepi bahu. Lastly aku tak beli apa-apa sebab berkejar gan masa. huhuhu rugi je rasa tak beli 2. murah tu. Tah bila nak jejak kat sini pun tah la.Bulan tiga paling awal kot.
Nak cari tudung, tadi pun berlambak tudung ada. Masa je tak de. Selamat aku sempat beli pizza and kek favorite aku tu.
Memang sah-sah ramai students perabis duit time ni tuk shopping.

No comments: