Wednesday, January 13, 2010

Derma darah!

Ada orang kata derma darah ni membuatkan kita rasa addicted. Bukan addict kat dadah, tetapi akan jadi suka untuk menderma darah lagi. Aku rasa betul sebab aku pun jadi suka derma darah. Kalau boleh tiap-tiap cukup 3bulan memang aku nak derma darah. Cuma malang sikit sebab lama aku stop derma darah, dekat 2tahun setengah jugak sebab aku terpaksa ambik antibiotik hari-hari. pengambil Ubat antibiotik memang tak dibenarkan langsung untuk derma darah kecuali dia dah berhenti makan ubat tu selama 14hari.
Selain tu, orang yang datang bulan/haid pun tak dibenarkan derma darah. Kecuali dia dah kat hari-hari last period.
Darah terlebih tinggi pun tak boleh derma jugak.
Berat badan tak cukup pun tak boleh jugak. Kalau tak silap aku berat badan mesti 45kg ke atas.
Umur pulak mesti 18-60tahun je. Tapi kalau yang bebudak tak cukup umur nak menderma darah, diorang kena dapatkan kebenaran ibubapa. yang terlebih umur iaitu 61tahun ke atas tu macam mana ya?hehehe
Er hehehe aku sebenarnya nak cerita yang aku derma darah hari ni tapi melalut la pulak bab lain. Tapi takpe la sebagai info kat korang kan.
So lepas latihan kebakaran hari ni, aku tengok setting tempat untuk derma darah dah ada, aku keluar awal la sikit sebab nak berkejar untuk meeting dengan kerani kerek pulak kejap lagi. aku just sempat uruskan check berat, gula dalam darah, tekanan darah, lemak dalam badan je pastu memang kena rushing ke fakulti dulu. Lepas amik slip result and makan tengahari baru patah balik ke Proton City untuk derma darah. Dr. Fong kalau tak silap aku yang jadi ketua unit derma darah hari tu memang friendly. Nurse pun baik.
Sayang sekali sebab derma darah ni just buat sehari, terpaksa aku rush sebab dah lama aku tak derma. Last sekali bulan 7, tahun lepas. Dengan student 2500orang budak DPLI memang ramai yang nak derma, sampai tak menang tangan aku tengok nurse tu. Ada yang terpaksa berdiri untuk nanti turn derma darah. Aku terpaksa menanti dekat sejam jugak la. Alhamdulillah smooth urusan aku walaupun aku tengah datang bulan dah la tengah banyak. Gamaknya darah aku memang banyak kot. hehehe. Langsung tak pitam.
Aku dah biasa derma darah so aku tahu la macam mana nak buat. Kalau nak cepat darah keluar, kepal alat pengepal tu sekerap yang boleh, aku rasa la. Sebab masa aku tanya nurse tu darah aku pun memang ok, pekat je. Tapi ada sesetangah orang, darah yang jenis cepat beku, kalau luka grenti cepat kering luka dia.
aku darah pekat tapi lancar je flow dia, aku just take within 5minutes je untuk memenuhkan 450ml darah. Darah yang paling banyak boleh diambil kat badan seseorang 450ml, so kira aku ni sihat la kan, cukup berat. Kalau berat kurang, darah yang diambil pun kurang lah.
Lepas derma darah seeloknya baring 10minit, tapi kalau rasa ok baring 5minit. Yang WAJIB, kena baring jugak walaupun korang rasa diri korang perfect and terlebih sihat. Aku pun baring jugak 5minit. Lepas baring, korang jangan lorat nak turun katil, tapi duduk dulu sekejap, tengok sekeliling kalau mata korang masih ok tak rasa berpinau atau nak pitam boleh la turun perlahan-lahan ye.
Kalau tak nak minum air yang disediakan pun takpe. Tapi rugi la sebab nurse buat pekat,hehehe.
WAJIB tido cukup(paling kurang mesti 5jam tido), tak period, makan pagi, tak ada darah tinggi. Kalau ada, elok elakkan sebab bakal pitam or pengsan. Aku pernah la wat kerja ni, tido tak sampai 3jam, period, busy dan hasilnya kena usung ke katil semula sebab pitam. Memang nurse kat situ tahu la tanda orang menipu. hehehe. Aku masa tu macam dah rasa lama sangat tak derma, so time diorang buka kaunter derma darah tu time aku uzur, so memang aku akan terdesak nak buat jugak. Padan muka aku.hehehe.

No comments: