Monday, December 26, 2011

Akhirnya...hilang sikit beban

AKHIRNYA......
Lepas sedikit beban untuk bulan ni. Alhamdulillah...lega sangat, kurang sikit kerja aku, boleh la main-main kejap. Novel pun dah lama tak baca. ( =_='') rindu pulak nak baca. So hari ni aku outstation ke Terengganu, pukul 6.40 pagi dah keluar rumah. Tadi balik sampai kat umah pun pukul 6.30 petang, sempat la jugak singgah beli keropok losong.
Busy-busy, tak pernah habis. 7 hari, aku tidur kurang. Hari Sabtu baru ni, lagi parah, 1 jam tido kejap pukul 12-1 pagi, pastu pukul 7-8 pagi. Mata rasa ada sikit dah nak convert mata panda. Dengan busy ulang alik pergi wad ayah aku lagi. Semalam best sikit tido, pukul 3-5.30pagi.. AKHIRNYA,  dah habis projek (3minggu lebih sikit, fokus yang tu je)yang tu. So hari ni aku nak tido puas-puas. hahaha qada' tido yang dah tak aku nikmati sangat seminggu ni.
Kejap lagi, aku nak test darah, kot tekanan darah naik sebab tak cukup tido. Coz kalau tak cukup tido orang cakap darah naik. hehehe. Tapi tak boleh buat now, ada guests kat ruang tamu. Orang datang nak melawat ayah aku.
Oh ya lupa nak cakap, AKHIRNYA, ayah aku dah keluar hospital Jumaat baru ni. Happy dia balik rumah, tapi kejap je lah, esok tu (sabtu) dah demam, pastu kaki dia pulak bengkak. Kesian...terbaring saja lah. Selamat la dia cuti hingga tahun depan (bunyi macam lama je kan-tahun depan tu!padahal seminggu je pun. haha). Semoga aku tak dapat penyakit Darah Tinggi, sebab ayah aku memang ada darah tinggi. Hope aku sihat macam mak aku-mak aku langsung takde penyakit even dah tua now. hehe suma makanan dia bantai saja, tak main pantang-pantang pun. Alhamdulillah..aku bangga gan mak aku.

p/s: esok relax sikit, rabu ada meeting untuk perancangan tahun depan, khamis masukkan data untuk Wilayah KL, jumaat kena kerja jugak, kena seal suma bahan bukti dan send ke pihak pusat(T_T) dah la jumaat ada kenduri kat rumah member. Busy yang tak sudah. Awal tahun...huh rasanya makin sibuk. Bila la aku nak lapang....

10 comments:

Ad_dEen said...

sobb...sobb...
sama la kita miss yong..
utk penghujung tahun ni memang bz gile kan..adoi saya ni entah pukul berapa nk boleh tdo ni..
assignment tak siap lagi..
lepas ni lagi bz sbb da letak resign letter..
pufff..rasa takut sbnrnye nak letak surat tu esok..
alhamdulillah ayah da keluar hospital..semoga cepat sihat...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

alhamdulliah ayah dah kuar ward ekk...
OMG keropok ganu mmg sedap...adeh terlioq plak....segala jenis benda org citer semua terlioq apa nak jadi ni....

Yong said...

ayu=hahaha tu dia terliur eh ayu? hehe nti blk mesia meh la melawat tganu. er bunyi ayat cm yong org tganu plk dah.hahaha

Yong said...

addeen- er nak resign keja dah ke?dpt offer lagi cun? hehe good luck. smbung belajar gak la ni addeen ya?mmg rajin. yong nak smbung belajar..er rasa tak larat kot dok keja now mcm tak terkejar plk suma.bz bz.
yup ayah dah kuar, but still cm tu gak;sakit.thanks ya addeen,doakan ayah yong sihat.wink.

FiSh said...

hope u can relax more and enjoy the end of 2011 :D

Latest: Black is The New Trend

Ain Zulaikha said...

even sibuk pun tetap boleh update blog, salut dengan yong :)

Yong said...

thanks fish. blh la enjoy sikit hehe.

Yong said...

hahaha dpt saja, sebab buat keja pakai komputer yg ada tenet. so blh online memanjang. tgk dugaan la, klo stress msk blog gak.hehe

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Yong said...

er ter delete plk comment atas tu. 'ter'-mmg betul ni. sorry to anonymous. nak undo tak dapat plk.
tp tuk jawab soklan anon, sy melayu.hehe tp org panggil sy yong. entah kenapa bila sorg kwn dah start panggil, melekat kat suma org panggil yong jgk.
yg belakang tu-jiao xiu nama bintang warna biru paling besar dlm virgo. dulu berangan nak jadi ahli astronomi, tp tak pandai fizik.hehe. jawabnya keja cam sekarang lah.