Jom derma darah! 12 dan 13 Disember 2011. Ada hari ni( dah tamat hari ni) dan esok (sempat lagi) kat HUSM. Pukul er lupa tapi tutup pukul 3 petang.
Sambil jenguk ayah kat hospital tadi, aku derma darah sama. Ada kempen derma darah gan booth derma darah. Kononnya nak g kat ayah dulu. Bila turun balik, dah tutup dah suma. Rupanya tutup pukul3, aku pulak baca pukul 5, in la problem orang rabun.
So, aku g derma terus kat unit transfusi darah. Mewah betul gaya unit tu. memang selesa sangat lah. Gaya macam rumah sudah. Cuma, nurse dia yang kat kaunter je tak berapa nak mesra, maybe bagi dia tu rumah so ayat biasa 'buat macam rumah sendiri lah', macam gaya layan diri jugak la tadi. Selamat la nurse yang amik darah tu baik, gaya ibu. Kalau tak, serik kot aku nak pegi lagi. huhuhu.
Sebenarnya tadi, aku tak bawak pun kad derma darah tu. Selamat la dapat kad baru yang ada lambang HUSM. Kakak yang jaga kaunter depan tu cakap, kad tu bagi sama-sama dengan kad derma darah yang lama. Nanti nurse akan tampal nombor kat kedua-dua kad.
Masa derma darah tu rasa sakit sikit dari biasa. huhuhu lenguh-lenguh kat lengan maybe sebab jarum kurang betul kot. hehe. entah la aku bukan tau. Tapi kejap je penuh 5minit je kot. Macam tau-tau je otak aku ni, yang aku nak derma darah ari ni, semalam tido cukup, pastu siap bawak bekal makanan lagi untuk makan kat tempat ayah aku. hehe. Terlebih layak untuk derma la tu.
p/s:korang kalau rajin nak buat amal, boleh je terjah unit transfusi darah kat mana-mana hospital. Mereka amat alu-alukan 24jam sehari.
4 comments:
seumur hidup ai x pernah derma darah pong...dulu masa kat kampus ada keberanian nak derma gak but weight x cukup now dah weight dah ok penakut plak...but darl ai every 6 month dia derma....sampai x payah cari urat nak cucuk sebab mmg dah naik elok kat citu...siap lekat bekas jarum yg sblm ni
wow bagusnya, konsisten betul, yong ni asyik nanti ada kempen baru g derma. malas nak g hospital. huhuhu. mmg ngeri tgk jarum mcm jarum BOD kat kelas biologi dulu.huhuhu.
wah...selalu ke p derma darah?
hehe blh tahan la, bkn selalu pun, dlu smpi bertahun tak leh derma sebab hidup gan ubat. ni la time lepas gian nak derma darah.
Post a Comment