OK lama tak post entry kan? er lama ke? tak la lama sangat. semalam aku sempat shopping buku lagi. 2 bijik je pun. Ari ni hari terakhir bagi tahun 2011 kan. Cepat betul masa berlalu, pejam celik pejam celik dah cukup setahun, bertambah lagi usia aku. Well hari-hari bertambah apa umur ni. hehehe.
Penutup tahun 2011, peristiwa besar bagi keluarga aku....
Takziah untuk ahli keluarga makcik sulung sebelah ayah aku, pakcik aku meninggal dalam pukul 10.30 pagi tadi. Memang terkejut sebab dia amat sihat. Arwah meninggal dalam tidur. Aku dapat called dari ayah aku masa aku gan mak on the way ke kota bharu, hajat nak beli selipar untuk mak yang ringan macam aku. KB Mall ada sale 50% Hush Puppies.
Aku berpatah balik dan lepas amik ayah aku, kitaorang balik kampung. Ramai yang datang ziarah sebab pakcik aku ni ustaz yang bagi ceramah kat majid-masjid, ajar budak mengaji dan orang yang mencari dana untuk masjid kat rumah dia. Orang kenal dia sebagai Ustaz Tar (Mokhtar) Malam ni pun sepatutnya dia pergi bagi kuliah kat masjid dekat dengan rumah dia.
Tapi tu la orang kata ajal ni datang tak ketuk pintu pun. Semua terkejut sebab arwah langsung tak tunjuk tanda pun. Pagi tadi, sebelum meninggal sempat lagi dia tolong nenek aku. Nenek aku sapu sampah kat laman, dia kutip dan buang. Makcik aku ke rumah jiran nak bayar duit kutu. Dia duduk kat buai. Lepas tu, dia naik rumah untuk take a nap, memang aktiviti harian dia macam tu.
Makcik aku balik, tengok dia terbaring kat kerusi, sebelah tangan jatuh ke bawah. Sebelah lagi ada kat atas perut dia. Makcik aku ingat dia tidur. So, dia kejutkan suruh betulkan tidur. Tapi tak sedar, even makcik aku gosok muka dia pun arwah tak sedar-sedar jugak. Terus panggil makcik dan pakcik aku yang tinggal kat sebelah.
Syukur jugak semua ada dekat kecuali anak ketiga dan bongsu dia yang ada kat johor dan KL. Malam ni jenazah bakal dikebumikan. Sebab menunggu anak-anak arwah. Aku pun akan bertolak semula selepas maghrib ke sana.
6 comments:
daripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali...
al-fatihah buat arwah..amin~
semoga ditempatkan dikalangan para ahli al-jannah...
salam takziah buat miss yong sekeluarga...
al fathih buat pak cik yong
org kata kematian org alim ni selalu nya mudah....mati dalam tidur tanpa seksaan alhamdulliah moga Jannah tempat arwah nanti.
al-fatihah buat keluarga
betul tu ajal bukan boleh di jangka bila masa nya
terima kasih addeen sebab doakan pakcik yong ya. semoga kita semua dpt jadi ahli syurga. amin.
thanks to you, ayu. hope kita pun blh meninggal dlm keadaan mudah mcm tu jgk. masa tahlil arwah sampai penuh satu rumah arwah org dtg. lebih dari seratus orang.mmg la jasa dia dikenang.
thanks aishah, mmg betul ajal maut semua yg Allah s.w.t. tetapkan. kita mampu berdoa semoga kita pun dpt yg terbaik dan termudah.
Post a Comment