Saturday, May 19, 2012

PIALA FA 2012 KELANTAN-SIME DARBY 1-0

so lama tak menulis. update- Kelantan menang 1- Sime Darby 0.
Gol disumbat oleh M. Ghaddar di minit 57. Alhamdulillah...
So, berbaloi untuk semua orang kelantan yang turun ke Bukit Jalil semata-mata nak tengok perlawanan Piala FA.
Berbaloi cuti yang diberi oleh kerajaan Kelantan.
Selamat bercuti esok untuk semua orang kelantan.
Tak payah nak lorat balik Kelantan- hati-hati memandu ya.
Ada Tan Sri Anuar Musa-orang yang sentiasa menyokong, meberi semangat kat Pasukan Red Warrior. Walau kena gantung, tapi still datang menyokong.
Ada juga, Tengku Faiz Petra datang. hehe lagi bersemangat pemain Kelantan.Termasuk Dato' Mustapha Muhammad Menteri Perdagangan dan antarabangsa (Orang Kelantan)
 Y.A.M. Tengku Faiz Petra yang menyampaikan Piala baru Piala FA yang berharga RM80 ribu.
Terkejut aku dengar yang piala sebelum ni berat 13kg. Yang baru ni 6kg lebih je dengan ketinggian63cm. hehe 13 kg berat tu!
Selamat Bercuti suma! Jangan jealous jo dan jan , coz perak n terengganu tak cuti(jan keja kat terengganu, jo kat perak)

Sunday, April 29, 2012

PAS nak kuasai Putrajaya!

Ini cerita memang original mari...kisah depa yang nak conquer Putrajaya. Oh dulu punya la, kritik krutuk bila PM kita nak buat Putrajaya. Kononnya membazir lah, apa lah dan bla'h'... bla'h'... bla'h'...  
Semestinya korang dah rasa aku cakap pasal parti apa kan.
Baru-baru ni ada la talk kat area rumah aku, so sebab takde wakil dari tempat perumahan aku tu, orang kuat PAS ni pun heret la mak aku. Sebab mak aku berkawan, so mak aku pun teman la makcik ni. Oh ya Mak aku sokong UMNO, jangan risau. Dia cuma tukang teman kawan saja.
Dalam talk depa ni, ewah..ewah...cita-cita punya la besar! nak kuasai Putrajaya! Zaman Tun Dr. Mahathir nak buat putrajaya, mulut tu...berapi-api marah, bangkang. Pastu, tengok-tengok...bila putrajaya dah siap, diorang ni siap buat lawatan ke Putrajaya! 'Bertuah' betul la perangai. Kononnya nak cari salah pembaziran kat Putrajaya. Bila tengok tempat cantik, membangun,maju. Terus nak ambik. Oh perangai lebih kurang gan Zionis saja aku tengok.
Mak aku balik dari ceramah tu terus bagi ceramah kat aku, membebel sebab dia cakap orang PAS ni tak reti bersyukur, cuma reti mengkritik saja. Kalau suruh depa buat, apa pun tak jadi tengok sendiri la apa jadi kat Kelantan, takde hiasan langsung, dull. PM kita buat putrajaya tu sebab nak cantikkan negara. Seperti kita nak cantikkan rumah kita. Takkan nak tengok rumah bersepah, tak terhias. Mesti la kita nak nampak rumah kita cantik. Macam tu la yang PM kita nampak, dia anggap Negara sebagai rumah, perlu dihias! PM kita banyak pergi luar negara,tengok tempat orang cantik-cantik, mesti la nak tempat sendiri pun cantik supaya kita boleh bangga dengan 'rumah' kita jugak.
Pasal PTPTN lagi, oh nak mansuh, pastu bebudak nak g U tu nak pinjam ke mana? Bank? Lagi mencekik darah kot. Or nak percuma? Cis...segala benda nak free, korang ingat kerajaan badan kebajikan sepenuhnya ke? mana nak cekau duit semua? memang la ada cukai, tapi rakyat dan negara jugak yang dapat balik. kononnya kerajaan ni mengikis duit rakyat. Bet, kalau bagi Malaysia kat PAS, grenti la bankrupt Malaysia dan segalanya jadi hodoh. Tengok la Kelantan sendiri, tak cantik mana pun. Bersepah-sepah. Yang tahu cuma bagi ceramah agama, padahal dalam Islam pun nak kita bersih, cantik, nak yang indah-indah.  ISLAM MENGAJAR TENTANG KEINDAHAN DAN KEBERSIHAN. Tapi depa tak praktikkan pun.


*bila segalanya percuma, manusia tidak tahu bersyukur sama seperti mereka tidak tahu bersyukur dan berterima kasih kerana mampu menyedut Oksigen, sebab oksigen free. they take things for granted.
lagipun kan ke sekarang yuran sekolah dah mansuh. bersyukurlah...

dimanakah pemikiran orang PAS!

Semalam hujan lebat, kalau tak memang dari semalam lagi aku bantai kat sini. Huh geram gan mangkuk manusia bodoh yang kononnya buat rusuhan 'BERSIH'.
Rusuhan yang menyebabkan 2 anggota polis meninggal dunia! Oh siapa pedulikan? Sebab polis yang meninggal( tak peduli pun kalau yang meninggal tu ISLAM), tapi kalau orang yang buat rusuhan tu yang meninggal..wah kecoh satu alam. So, Boleh tengok la bertapa bodohnya manusia yang menyertai BERSIH YANG SEBENARNYA KOTOR,JIJIK, KEJI.
Sebenarnya yang menyertai tu cuma pak turut yang memang bebal otaknya. Orang yang memang dah bodoh (and for sure they don't know how to read or use internet) Oh bagi sesiapa yang terbaca dan berkawan gan manusia yang TAK RETI BERSYUKUR ni tolong sampaikan.
Aku kecewa dan sakit hati. Kebanyakkan yang menyertai rusuhan tu adalah orang yang bukan pelajar pun. MEREKA ADALAH KAKI LEPAK YANG TAKDE KEJA, ORANG YANG MELEPAK DI WARUNG KOPI KERJA MENGUMPAT DAN MENDENGAR CERITA AUTA SI AMBIGA. Yang lagi sedih, mereka ni adalah yang pakai kopiah dan bertudung labuh. Dan aku rasa mereka dibayar untuk MENJATUHKAN AGAMA MEREKA SENDIRI.
ADUH, kenapa pejamkan mata?Apa alasan mereka? Sudah jelas mereka SEPATUTNYA DAHULUKAN AGAMA, tapi sekarang MEREKA LEBIH SOKONG PARTI, tak peduli pun pasal agama. Ambiga tu agama apa? hah yang tu depa p sokong!

Sunday, April 15, 2012

Dikau pergi jua..

Ececeh tajuk cam lirik lagu je ya.
Why?
Dikau (ayah) pergi jua...
Ayah saya dah takde. Saya dah jadi anak yatim.
Arwah ayah saya meninggal hari rabu lepas, pukul 12 tengahari sebab sakit jantung di Bukit Abal, Selising, Pasir Putih. Masa tengah buat kerja.
Pipi arwah tercalar, dan dahi luka sebab jatuh.
Arwah ayah meninggal dengan senyuman dibibir...tenang...sebak memang ada, tapi saya senang hati bila tengok wajah tersenyum arwah ayah saya. Wajah tidur ayah saya yang biasa saya tengok memang berbeza dengan wajah ayah masa ayah dah meninggal, memang bibir dia tersenyum dan nampak tenang.
Sempat cium arwah ayah kat hospital dan masa jenazah tiba dirumah.
Dikebumikan pukul 9.30 malam selepas solat isyak.
Solat jenazah dibuat sebanyak 5kali; 3 kali di madrasah, 2 kali di kubur. Alhamdulillah ramai yang datang untuk solat jenazah ayah saya, penghormatan terakhir...
Semua adik-beradik berkumpul, sempat sampai semua pukul 6petang. Adik arwah ayah pun sempat tiba dari KL.
Nenek(emak ayah saya) menangis sebab memang tak sangka, dia yang dah tua, tapi ayah saya yang pergi dulu.

Tolong doakan arwah ayah saya, ya. Al-fatihah untuk ayah saya....
Saya sayang ayah saya.

Wednesday, March 21, 2012

SPM 2012 keluar pada 21 Mac 2012, hari ni.

hehe bukan aku pun yang amik SPM this year, tapi just want to congratulate SPM 2012 candidates.
So congrats to you yang berjaya! Tahniah!Tahniah!
Tahun ni result meningkat naik. Syabas!
Bagi yang gagal tu, hehe korang pun tau kan kenapa korang gagal. Sama ada tak sedar diri time nak exam tu, atau pun jenis yang spot soklan dan soklan yang di spot tu tak masuk. atau memang jenis study tapi tak melekat kat otak. hehe
Aku punya SPM? Toksah la tanya ya. hehe. Yang berjaya tu, grenti boleh menayang sakan. Bangga gan result SPM diorang.
Zaman aku dulu, dapat 5 kredit dah boleh masuk U dah.
Zaman la ni, kena ada 6 kredit dah, baru boleh nak mintak masuk mana-mana tempat kat IPTA or institusi pengajian kemahiran.
Selamat memohon dan semoga berjaya ya!

Teringat time aku dulu. Aku dulu berdebar gila nanti result keluar. Korang punya feeling masa menanti kat sekolah time nak amik exam tu camne?ingat lagi tak? Grenti sama kan...

Tuesday, March 20, 2012

Aku langgar janji-novel lagi!!!

Ok, korang tahu I cannot resist novels! Sumpah! Payah betul aku nak obey. huh..
Jadi ni koleksi terbaru aku...
hehe diskaun 20%-30% rambang mata aku. pastu kan, tanpa aku sedari aku dah grab dekat RM300!
Mula-mula tu aku shopping kat Popular, tak nampak pulak yang Muda Osman (MO) ada buat promosi. Lepas aku dah grab quite a lot dah kat Popular, aku pun nak bayar, masa tu budget dalam RM100 je lah. Sebab diskaun banyak! Buku yang harga RM80 boleh jadi RM 19.90! mana tak rambang mata kan?
novel beli kat Popular Mac 2012 habis dalam RM178
novel beli kat Muda Osman bagi Mac 2012 diskaun RM30%

Pastu...ops! hari sabtu hari tanpa plastik, aku pun pergi kat kereta semula, amik shopping bag aku. Kedai Buku Muda Osman (MO) gan Popular ni dekat saja, jiran. Sambil lalu nak masuk Popular semula tu, aku terpandang... 30%! di MO apa lagi, tak jadi masuk Popular, aku g MO pulak. Dia longgok kat satu ruang je yang diskaun 30% diskaun, ada buku baru dan lama..ushar...
novel yong yang banyak! baru lagi tu!
Lepas kat MO, aku g bayar buku aku kat Popular pulak! So, total habis RM290! Ni pun aku dok merancang nak g beli lagi. huhuhu. Mabuk buku betul aku ni.

Oh sekarang aku tambah lagi 15, saja bagitau kalau korang malas nak kira! So bertambah novel yang aku tak baca!

Monday, March 19, 2012

Aku anak Malaysia!

Keluarga Yong yang patriotik! -bendera ni sentiasa ada kat bumbung rumah, tak pernah diturunkan. Cuma akan diganti yang baru apabila dah rosak.-me proud of it!
Aku anak Malaysia!! huh memang patriotik betul kan bunyinya jeritan tu. hehe memang! aku memang bangga dan bersyukur jadi anak Malaysia.
Aku harap korang pun macam aku jugak, bangga jadi rakyat Malaysia.
Kenapa isu ni keluar hari ni?
Ok, sebenarnya, hehe minggu hati aku untuk berpatriotik lebih dari biasa. Sebab aku rasa bertuah jadi rakyat Malaysia (ulangan perkara yang sama menggunakan ayat yang berbeza tapi bermaksud yang sama saja). Sebenarnya, aku dengar cerita sepupu aku. Well, korang pun tau kan, minggu lepas cuti sekolah. So, cousin aku ni pun balik la ke kampung dia kat Thailand, lebih precise lagi, kat Pattani or selalunya kitaorang panggil Tani saja. Jumaat baru dorang balik ke Malaysia semula. kiranya diorang pergi seminggu la balik kampung di sana.
Jumaat lepas kan,aku balik kampung (macam biasa), so sepupu aku pun cerita la, kat kampung dia belah sana, peristiwa ni berlaku hari khamis or hari rabu, sebelum diorang balik ke Malaysia. Jarak dari rumah nenek sepupu aku ni pun dalam 700 meter dari tempat kejadian. Kes biasa kat Selatan Thai, korang pun boleh teka punya..
Kes Bom.
Sepupu aku cakap memang boleh rasa la bunyi gan bergegar tu dari jarak pekan kecik ke rumah nenek dia tu.
Siapa kena?
credit to: http://www.dailyinterestingfacts.com. Awat aku rasa cam asap tu gaya orang laughing/ ketawa ya? or clown?
Kita tengok siapa yang kena.....(ayat dalam Ali Baba dan 40 penyamun oleh Ibrahim Pendek), ORANG AWAM! Selamat la sorang saja yang mati (pun still la kehilangan nyawa, tak selamat jugak sebab mati...). Target bom tu bukan untuk orang awam, tapi askar yang meronda kawasan tu dengan trak mereka. Bom tu diletakkan kat sebuah motor, dan diletupkan ketika trak tu lalu. Tapi malangnya, masa trak tu lalu, seorang awam melalui tempat letak motor yang ada bom tu. So macam orang tu yang berkecai, askar pulak selamat.
Cousin aku pun tak tau kenapa pengebom ni tak puas hati dengan askar-askar tu. Kesian kan, rasa cam marahkan nyamuk, kelambu dibakar (er ada kaitan ke?sesuai tak? entah la, tau-tau la aku lemah bab bahasa ini) marahkan tentera, tapi orang awam yang kena bom.
Tak masuk berita pun makcik aku cakap, sebab berlaku kat kawasan kampung saja, dan benda cengini dah biasa berlaku dah pun kat sana,dah kebal/lali dah.
Kalau tak puas hati patut guna cara diplomasi bukan bom sesuka hati, tak pun hantar wakil kat kementerian kan. petition ke,apa ke. bukan pakai bom. Apa pun tak dapat, membazir tenaga, duit dan masa buat bom tu, kalau la duit tu untuk tolong orang susah, masa tu guna untuk ibadah or buat benda yang mendatangkan hasil, tenaga tu boleh buat kerja yang mendatangkan duit, kan lagi bagus.
So sebab tu la, aku rasa bersyukur sangat, aku lahir kat Malaysia yang aman bahagia, tenang, takde bencana alam yang melampau-setakat banjir n kemarau yang tak serius. Syukur sangat.
Korang pulak macam mana? apa rasa?
So, don't take things for granted. Jadi la rakyat yang tau bersyukur dan membalasnya dengan usaha menjadikan malaysia negara yang lebih bagus dan bahagia. Seperti kata J.F Kennedy 'ask not what your country can do for you, but ask what you can do for your country'. Siap hafal lagi, sebab selalu je dengar dalam kempen pilihan raya. Rasa-rasa korang pun tau aku ni orang parti mana 

(dah nak pilihan raya ni, hehe antara kempen pilihan raya tak berbayar dari salah seorang rakyat yang tahu menghargai dan sayang kan country)  hehe.

Sunday, March 18, 2012

Bawa sampah keliling bandar langkau negeri

Pernah tak korang....
buat kerja cam aku ni. Kerja apa? Kerja tak berfaedah.
Kelmarin aku ke KB Mall, kononnya nak buang sampah yang dah penuh kat dalam tong sampah. Jadi aku pun bawak masuk la sampah-sampah tu dalam keta aku. Jangan risau, bukan sampah sisa makanan. Cuma sampah kering je. So selamat kereta aku dari bau yang tak menyenangkan.
Hokey, jalan nak pergi ke KB Mall tu takde tong sampah (bukan takde langsung, tapi ada kat seberang jalan). Hingga la ke KB Mall. Bila nak balik pulak, sebab takut jammed jalan. so aku drive dengan lajunya. Bila dah buka pagar, nak park kereta...er sampah sarap kat seat belakang tu tak buang lagi...hampeh betul kan. So, tak pasal-pasal aku terpaksa pergi buang sampah, padahal boleh je buat kerja sekali, tapi bila dapat kat aku kena jadi 2 kali.
Kisah abang aku lagi la menarik, one fine day, dia dapat arahan dari bos dia untuk kena outstation ke KL. Sampah dari rumah kat kelantan ni, dia angkut bersama dengan dia ke KL dan dibuang di tong sampah di KL(lebih tepat lagi, dekat dengan Syt. KRU yang berwarna oren! tak ke buang tenaga minyak kereta(walaupun tak banyak pun effect minyak). Memang honour punya sampah sampai kena buang di KL, jarak punya beratus km tu. Sampah tu dibuat berjalan-jalan makan angin sebelum dibuang.

Friday, March 16, 2012

Buat biskut oat dan nestum

Ini bukan cerita sebenar, cerita sebenar ada di bawah....
ini bukan baju polka dot aku ya, ini biskut yang sedang tunggu giliran untuk dibakar
Hari ni jumaat, cuti kat kelantan. Mak aku pun dah ke Langkawi, sesaja mencuci mata, kawan mak aku ajak. Bet, she will buy something even kata tak nak beli. Jauh tu pergi, grenti punya beli something. 
Aku pulak, hari ni macam biasa la, balik kampung menjenguk nenek kesayangan aku tu. Bawak mee goreng yang agak pedas. huhuhu entah la, cili kering aku tu pedas sikit dari biasa. Makcik aku pun ada yang balik sempena cuti sekolah ni. So, memandangkan aku balik sorang ni, lama la sikit aku duduk umah nenek aku, kalau mak aku, selalunya dia lagi suka solat kat rumah sendiri. Aku balik pukul 6petang dah tadi. Jalan jammed jugak, biasa la cuti sekolah, kan.
Malam. Ha ni yang cerita sebenar, tadi tu ranting dan daun kering saja. MALAM...aku buat biskut...aku janji gan ayah aku nak buat biskut oat. Malas rasanya membazir banyak sangat duit kat kedai semata-mata nak beli biskut tu (poyo, macam rajin buat, kan) So, ari ni aku rajinkan diri buat biskut oat.
biskut yang siap dibakar, sama besar dengan biskut yang dalam paket- munchy, IKO. Lawa tak?hehe
Aku, kalau bab biskut ni, hehe memang la favourite aku. Sebab main campak-campak je bahan kemudian uli-uli buat dough, grenti je menjadi, (takde la kes macam kek, terbantut la...terlebih itu la, ini la). cuma bab malas sikit (agak menyampah) pasal kena buat bentuk kecik-kecik. 

Nak respi? Er..boleh..boleh saja...aku rasa sesiapa pun boleh buat kalau setakat campak-campak bahan cam aku ni. asalkan tahu basic je. Ini basic nak buat biskut yang aku sentiasa pakai selama ni:=
  • untuk buat biskut yang tak manis kiraan bahan asas dia ini----> mentega : gula = 4:1(guna cawan je lah! tak payah nak skema sangat sampai nak sukat-sukat! buang masa je.)
  • bagi yang suka manis pulak ----> mentega: gula = 3:1
  • pastikan ada tepung gandum, TAK PAYAH SUKAT.
  • telur tak payah la korang nak membazir letak dalam tu. Jawabnya... TAK PAYAH LETAK!
  • bahan lain sesuka hati korang nak letak apa, TAK PAYAH SUKAT! letakkan bahan(tepung, oat, nestum) selagi ia melekat kat tepi bekas adunan korang tu. Asalkan boleh uli nak buat dough je.
  • letak dalam oven, korang kena pastikan biskut tu bertukar ke warna gold sikit.(rangup)
Respi dari saya-bukan-budak-skema = me = yong)
-----
ok since aku berniat nak buat biskut oat + nestum, jadi bahan-bahan ni la aku gabung sekali dengan tepung gandum. ikut suka korang nak letak banyak mana oat, nestum ni gan gandum. tapi asalkan tak la sampai dough tu terlebih bahan-bahan ni. Kalau terlebih bahan, nanti dough tu berderai macam nasi/beras pulak.
nak repair boleh saja, TAMBAH JE MENTEGA, UNTUK BENTUK DOUGH TU SEMULA.

tadi aku tambah vanila sikit.(memang buat sesuka hati aku je), korang boleh je letak kismis dalam dough tu..
aku tadi takde kismis. or maybe boleh letak chocolate chips.

BEST!, Tak payah membazir sampai RM8 untuk satu paket biskut oat+nestum+kismis= biskut kesihatan.


ni la muka dekat biskut aku. hehe rasa macam raya pulak nak buat biskut bagai-ji cakap.
Hasilnya:

Wednesday, March 14, 2012

Novel dan filem Pride and Prejudice

dari scenicreflections.com :pelakon Pride and Prejudice : Plain White for the Ball
hohoho seperti yang dijangka, aku hampir miss nak post entry hari ni. Nak tak nak, aku on la jugak laptop ni, sebab rasa macam bertanggungjawab untuk post entry hari ni kat blog. Macam yang dah aku bilang sebelum ni, bila saja aku dah buka buku, jawabnya laptop aku tertutup.
Hari ni aku buka buku Pride and Prejudice. Err..sebenarnya semalam lagi aku buka. Sebab tu la, entry yang sepatutnya aku post dalam pukul 1pagi tak dapat dibuat.
Nak suruh aku buat perbandingan pasal Pride and Prejudice ni ke?
FILEM!
gambar dikutip dari buzybunny.blogspot.com
Ayat mudah aku, dari korang nak baca sampai pagi, baik korang tengok je CD Pride and Prejudice tu (bagi yang tak berapa gemar membaca). Memang sama la gan buku dia ni. Cuma... ya la kan, novel gan Filem lain. Filem grenti dah akan dipendekkan. And yes, cerita filem Pride and Prejudice memang diringkaskan seperti kebanyakkan filem yang diadaptasi dari buku. But still, the setting in that film memang SUPERB; LAWA, macam balik ke zaman tu, cuma baju diorang memang plain Jane white (dan memang dalam cerita ni ada watak Jane). Pelakon dia, hehe boleh la tahan. Tapi memang sesuai dengan watak yang dilakonkan.
diambil dari austenprose.com : Rumah yang jadi tempat lakonan
Sebelum aku baca novel ni, aku tengok filem dia dulu sebenarnya. Sebelum ni,aku tak pernah buat cengitu. Aku sentiasa baca buku dulu sebelum tengok filem. Yang ni, sudah tukar la.
BUKU!
see! ada 4 novel yang sama daripada publisher yang berbeza. Harga yang warna hijau tu RM8.50 gila murah! 2 biji yang kat tengah tu RM19.90. dan besar tu RM29.90. bezanya saiz tulisan, kulit buku, jarak antara barisan tulisan.
buku yang aku pilih bawah HARPER Publisher RM 29.90 (ada 10% diskaun untuk ahli popular hehe, so jimat jugak duit aku sikit) Awat aku pilih yang ni? Sebab jarak line tulisan sedap mata nak tengok, tulisan besar, cover lawa. dan sama dengan Twilight Collection.
best mengikut masa dia la, aku letakkan diri aku baca novel tu time dia diterbitkan tahun 1813. Buku dia ada 472 muka surat. tapi tengok la jugak buku tu bawah publisher mana. yang aku beli ni HARPER punya. Novel lagi detail punya! (seperti biasa la kan). Bahasa dia...huh, er bahasa lama beb, but still la boleh baca, macam novel Hikyat Malim Deman punya la, bahasa puitis gaya inggeris. Perkataan yang aku tak pernah jumpa pun ada. Tapi memang dalam dictionary ada. cuma aku je bukan penghafal kamus. hehe.
KESIMPULAN:-
Filem - kelebihan terletak kepada pemandangan atau setting dia tu. memang gaya inggeris lama punya rumah. Paling aku suka tengok rumah Mr. Darcy! Superb sangat, besar dan cantik, lawa. hehe, korang nak tau, korang tengok la ya. Baru-baru ni ada kat ASTRO, diulangi! Baru-baru ni so bukan sekarang dah! Elok beli CD dia sebab kat ASTRO baru ni memang tak puas hati, sebab dipotong sesetengah scene, 2jam je kot. Ending pendek giler dia buat kat ASTRO tu. Kawan aku cakap ending dia panjang lagi. Cerita sebenar 3 jam. Pelakon sesuai dengan watak buku tu (ada hensem dan hodoh).
Buku - memang lagi detail. Aku suka yang detail. Bahasa - aku banyak jumpa perkataan baru. Kena belek kamus!. (memperlahankan kelajuan aku baca buku ni)
Contoh - assiduous (aku selalu pakai diligent je, bertapa biasanya bahasa aku),
           - iniquitous (extremely unfair / sangat tak adil). memang aku tak pernah guna!
Aku biasa baca - 'bla bla bla' she said/ Jane replied.
Dalam novel ni - 'bla bla bla' said she.
Bahasa sehabis sopan. dan tak ada langsung kependekkan perkataan seperti 'don't' atau 'couldn't'. semua jadi yang panjang 'do not' atau 'could not' (YANG MENAMBAHKAN LAGI KELAMBATAN AKU UNTUK MEMBACA DENGAN LAJU! sebab aku akan baca every single word!)

*Kalau nak suruh aku buat review lagi panjang pun boleh.hehe. Very glad to do that.

Tuesday, March 13, 2012

Sebab aku tak dapat nak berbloging...

Ok, ni la yang membuatkan aku stuck tak buat benda lain kalau ada masa lapang. huhuhu..kena abiskan semua ni. Semuanya ada 35biji. Aku dah baca 2 bijik daripada buku-buku tu(al maklum la, aku ambik gambar ni minggu lepas lagi) bila aku baca 2 biji, aku tambah lagi 2 biji yang baru. Hampeh! entah bila aku dapat abiskan semua ni..
Tapi tu la, memang payah kalau ni dah jadi habit kan. Mak aku memang membebel sakan dah pasal buku-buku aku ni. 'Suka sangat baca buku! kalau beli emas dah lama kaya'-antara ayat yang mak aku bagi.hehehe.
Hurm selalunya bila dah lama tinggal,aku akan lagi lama nak sentuh buku-buku ni. Selalunya aku akan buka buku baru beli. Even yang lama tu,dikira masih baru.
Err..sebenarnya masih ada dalam 40bijiknovel yang aku beli tahun lepas dan tak sempat baca. aku tak snap gambar yang tu. malas nak ambik dari rak. Aku buat double susun atas rak tu,sebab tak cukup tempat. kiranya masih ada dalam 70 novel belum baca. huhuhu
Hurm,aku berazam untuk tidak membeli novel terlalu banyak lagi....2 bijik setiap bulan. Boleh ke?(dalam otak ni dok terfikir koleksi novel jane austin yang ada offer kat Popular...oh tidak...sayangnya kalau tak dapat novel-novel tu....)
Penuh satu carpet kecik dengan buku-buku yang belum aku baca ni. 35 bijik suma, aku amik picture ni minggu lepas. so dah baca 2 bijik.
ni kalau kedudukan menegak. 15 melayu, 14 inggeris, 2 manga, 1 motivasi, 2 agama
menambah koleksi buku, padahal yang atas belum lagi abis baca. tapi hehe aku dah abis baca yang kiri tu, esok bukak yg kanan plk.
melayu punya, dah baca yang JODOH ITU MILIK KITA n VERSUS
inggeris punya-lom sempat baca.
ni bahan nak suruh clear otak  n jiwa aku ni sikit

Monday, March 12, 2012

Rindu aku tak?

hurm...er...(garu kepala)..
patahkan jari-jari(bukan patahkan betul-betul) kasi bunyi sikit, sebab nak menaip kat blog ni. lama tak menaip sampai bersawang, (memang la blog ni ada kat laman sesawang kan)
mula-mula...nak tanya, rindu aku tak? ada ke orang nak rindu ni? hehe
pastu...nak mintak maaf sebab lama menghilang..trade mark biasa bila menghilang, jeng, jeng, jeng- aku masih bernafas di muka bumi ni. tapi kalau nak sedekah al-fatihah or surah yassin dan doa untuk aku, memang la amat dialu-alukan. Supaya aku jadi lebih kuat, hebat, insaf diri,sihat dan tabah.
Maaf jugak sebab tak balas comment kat last entry, sebelum raya cina punya entry tu. jap lagi aku balas ya.
Banyak nak cerita (pun ayat ulangan yang biasa korang baca kat blog aku, kalau bab bagi alasan kan..) tapi malas sangat...(see memang la ayat sama).
muak kan korang nak baca? tapi rindu celoteh aku..(perasan tak hengat!)

Tapi, hehe aku memang rajin melawat blog korang, kan? hehe kalau bab membaca dan mengomen. memang aku no.1. Semangat tak hengat dunia (tapi ingat akhirat), panjang berjela sampai boleh la kalau nak bertanding kepanjangan entry orang yang post entry gan aku yang mengomen.walaupun kekadang korang post 2 hari lepas, aku tetap baca(kes aku jarang buka internet sekarang)
tapi kekadang aku komen sikit. tapi yang pasti, pasti lepas je aku baca, grenti aku akan mengomel dan mengomen. Biasa la, harimau mati meninggalkan belang, aku baca meninggalkan tulisan .er masuk tak aku punya peribahasa/simpulan bahasa/nada bahasa-ikut korang la nak pilih yang mana sesuai sebab aku tak tau peribahasa gan simpulan bahasa tu apa kebenda..bahasa melayu aku memang la lemau dan lemah.
Sebab kalau aku guna bahasa genti la bersimpul sampai aku pun kekadang tak paham. Antara sebab aku malas nak menaip-ayat berbelit ni lah. Tapi kalau dah start, memang la tak ingat dunia. membuatkan aku amik masa yang panjang nak siapkan satu entry. kekadang sampai sejam. pada hal bukan la panjang mana pun.
Lepas tu, aku akan mula merapu, mula-mula cerita depan gan tajuk letak pasal A, tapi bila dah mula menaip aku berakhir dengan cerita B pulak yang langsung takde kaitan gan tajuk A.
Kesimpulan:
Aku payah nak letak entry sebab:-
1-malas
2-bahasa berbelit
3-mula la nak merapu
4-ambil masa yang lama nak sudahkan satu entry.
so you see, aku mulakan tajuk 'rindu aku tak?' tapi berakhir pasal isu kenapa aku payah nak letak entry.
PEACE (^_^)Y
dan aku rindu korang sebab tu la aku rajin masuk blog korang kalau ada entry. 

Monday, January 16, 2012

Anda habiskan duit ke mana?

(iklanutusan.com) kalau la ni aku punya duit....
Keliling aku, pakat orang dok bekerja untuk berusaha menghabiskan duit. Ada yang berjoli sakan untuk membazir, ada yang asyik tentang kesihatan, ada yang untuk kecantikan, ada yang nak melancong saja kerjanya, ada asyik beli barang kemas saja, ada pasal gadget, ada pasal 'jahanamkan kereta' (sampai tak tau tu kereta apa dah, sebab suma barang dia tukar, cuma body je tak dapat tukar tapi tukar colour jugak n tukar lambang n tampal penuh sticker)
--{@Ini cara aku mengawal perbelanjaan@}--
  1. Sepatutnya catat segala pebelanjaan, 
  2. beli mengikut keperluan sahaja. 
  3. tampal kat wallet tu - 'JANGAN BELI BARANG YANG TAK PERLU!' 'JANGAN MEMBAZIR'.
  4. senaraikan barang yang nak dibeli, sebelum ke kedai. (supaya tak membeli barang yang tak diperlukan)
  5. Sediakan sedikit duit untuk berjoli (tapi ada limit).
  6. Keluarkan duit untuk berbelanja + joli sahaja (buat senarai pengiraan dirumah lagi), jangan keluarkan banyak-banyak. Kalau keluarkan sebanyak tu, jadi bila dah tak cukup budget, kena letak la barang tu sikit.
  7. Kalkulator perlu ditangan (kalau malu, kan ada kalkulator handphone tu, letak je shortcut kat tempat mudah nak tekan).
  8. Simpan duit ditempat yang payah nak mengambil seperti ASN or Tabung Haji. haha memang renyah nak pergi berbaris n isi borang untuk ambil duit.











Aku?

Aku pulak, simpan banyak, beli keperluan rumah pastu joli kat kedai buku saja kerja aku. Yang lain, aku cuma fikir keselesaan. Kesihatan? memang best jugak, wife kepada sepupu aku ajak aku join kelas fitness maksud dia, pergi gym. Oh, jangan fikir dia gemuk! Dia amat kurus! Dia sedang cuba menambah berat badan dia dengan join kelas ni. (dan sentiasa ambil makanan yang amat berkhasiat n tinggi kalori)
RM5 sekali masuk, ada trainer yang akan bagi nasihat dan tunjuk ajar mengikut individu. Kelas yang amat bagus, kan? Selalunya kat sini gym cuma sediakan alatan saja, tanpa trainer pun. Dan harga pun sama je, tak pun sampai jejak RM8.
Nak masuk ke tak nak masuk? best kan bunyinya - fitness - cergas dan slim la aku nanti. haha. Tapi, tak perlu pergi terlalu kerap pun takpe, bukan kena marah pun. Macam ok, cuma....malasnya aku nak drive sampai ke situ. Takde la jauh sangat 20 minit je pun dari rumah. Gym ni mengadap KBMC (seberang jalan).

Apa keputusan? tengok saja la dulu, rajin aku pergi jejarang. haha. tak consistent, camne nak kurus ni...

Saturday, January 14, 2012

Jom Blogwalking By Ieyza Afieyna

Jom Blogwalking By Ieyza Afieyna

hehe sahut seruan ir. anis.

hurm nak tag sapa ni ya?

wokes

ayu - dating sakan ya mentang-mentang Adam takde.hehe

A.L - puas berjalan kat uni tu?

Wednesday, January 11, 2012

Sekolah swasta atau sekolah kerajaan yang bagus?

Kelmarin baca belog Daphne Iking, ada bercerita pasal sekolah anak dia nanti. Nak hantar ke private ke public school?
Bagus ke hantar ke sekolah swasta ni?
Menurut orang sekeliling aku, private school ni memang boleh menjana minda sebab cikgu mengambil berat pasal kecemerlangan pelajar (nama pun sekolah berbayar, kan. Buat letih bayar, kalau prestasi sama dengan government school). 
Tapi, sapa kata government school ni tak bagus? bagus apa? tengok!ramai kalangan orang yang berjaya sekarang ni asal dari sekolah awam/kerajaan. Cikgu kat sekolah kerajaan pun amik berat jugak apa. kalau tak grenti kena bambu dengan pengetua. hehehe Sorry ya Sir Roslan, sebab markah BI dulu teruk! (sir aku ni la yang cakap, dia kena marah gan pengetua sebab markah students kelas aku teruk. huhuhu) Hah, cuba kalau tanya doktor ke lawyer ke engineer ke, suma pakat kata datang dari sekolah MRSM la, Sains lah, Teknik lah, see...see...hah, korang pulak dari sekolah mana? aku dari sekolah harian biasa saja, pun dah berjaya now.hehe, kononnya la...
Sekolah swasta, walau bagus prestasi n cikgunya, tapi bebudak sekolah swasta lebih terserlah materialnya. maksud aku, kebanyakkannya pelajar yang mula belajar di sekolah swasta dikatakan menjadi agak angkuh dan lebih suka membandingkan harta seperti kereta mewah yang menjemput mereka or handphone paling terkini atau apa saja barang yang mewah! betul ke tak? entah la, itu menurut orang la. Tak percaya? Try baca blog Daphne Iking ni yang bertarikh 17 oktober 2011 klik
Ada orang kata(yang Iking bercerita pasal kawan dia kat blog dia), anaknya menjadi lebih angkuh dan berlagak bila dah masuk sekolah swasta, selalu je nak beli barang yang branded dan mahal. Kalau kereta yang menjemput ke sekolah pun, nak kereta mahal je. so dia hantar balik anak dia ke sekolah kerajaan, Alhamdulillah, anak dia menjadi lebih mesra dan dah tak berlagak dah, sebab bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat. Mereka lebih mengerti kesusahan orang, ada simpati dan empati kat orang yang susah, lebih bersyukur dan tak membandingkan sangat material.
Tak dinafikan, yang pengaruh rakan sebaya (peer influence) memang penting sebab ini akan mempengaruhi kelakuan kanak-kanak jugak. Kalau kawan gan budak baik tak banyak songeh, memang anak kita pun jadi baik.
Aku percaya, tak semua pelajar swasta berlagak. Walau ada pun yang berlagak, jangan la judge suma akan jadi berlagak kan. Asal depa pandai pilih kawan, insyaAllah menjadi la dia orang yang tak menyombong.
Pastu kan, kalau government school ni, mereka akan sentiasa lebih expose kepada kegiatan ko-kurikulum/ kegiatan luar sekolah ke peringkat antarabangsa, jadi wakil sekolah ke mana-mana. Bukannya sekolah swasta takde benda ni suma, cuma kalau government school peluang lebih banyak. Sebab tak semua yang anjuran akan sampai ke pengetahuan sekolah swasta.Contohnya aku pernah wakil negeri ke peringkat kebangsaan bagi Pertandingan Sastera dan kat situ cuma ada sekolah MRSM dan Sekolah Harian Biasa sahaja, langsung takde sekolah swasta.hehe bukan nak berlagak la, sebab team aku kalah jugak, yang menang, team Perlis! Kagum aku gan bebudak sekolah agama tu, nampak diam tapi berisi ilmu kat satu badan.
Penting sangat ke ko-kurikulum pelajar di sekolah? 
Penting! sebab 10% markah untuk masuk ke universiti bergantung kepada markah ko-kurikulum ni. Terutama pelajar yang nak belajar ke oversea, or yang nak ambil medic.
Even dapat straight A's pun, markah bahagian akademik cuma 90% sahaja budak ni dapat. 10% lagi tengok ko-kurikulum depa jugak. kalau budak nak g oversea, markah yang dikehendaki bagi melayakkan mereka menerima biasiswa ialah 98%. So, grenti la markah ko-kurikulum kena dapat 8 markah paling kurang. So, bagi adik-adik yang tengah belajar tu, fikir-fikir lah, bukan kena fokus akademik semata. bab fokus pasal akademik tu, zaman kak yong je. takde main markah ko-kurikulum, hahaha. Bahagia betul aku rasa, bila tau zaman aku dulu lagi mudah.

p/s:hehe amik link Daphne Iking kat blog Ayu. Thanks Ayu!

beza kawan baik dengan kawan rapat

Beza kawan baik dengan kawan rapat atau pun beza best friend dengan close friend

aku suka picture ni!suka bila tengok 4sekawan ni buat gaya cengini, Sharifah gelak penuh gembira cengitu and Didi pakai flower yang dia petik kat taman ni..hehehe.
Baru lepas baca 'sukarnya membeli hati' kat blog Naniey. Bila baca tu, terus teringat susunan best friends aku yang panjang berjela. berjela ke? kalau gabung dengan close friends, memang berjela hehehe.
Ada yang dah berkahwin dan ada yang masih bujang.
gambar fav aku, rindu dengan kenangan-suka tengok wajah happy kengkawan aku ni
Kawan-kawan ni la yang mewarnai kehidupan aku. dari zaman tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti.

Sekarang?
Sekarang dah lain, bila dah kerja, payah nak cari kawan yang boleh jadi best friend. Aku jadi lebih berhati-hati, risau takut aku ada sakitkan hati orang sekeliling so sampai sekarang, aku cuma boleh rindu kengkawan zaman belajar dulu. Sekarang macam payah sebab umur berbeza sangat dengan colleague aku, cara hidup lagi la berbeza, jadi mereka cuma jadi kawan bila aku happy, nak mengadu lebih-lebih memang tak mungkin, cuma geng bila gelak, time susah, aku g cari best n close friends lah nak mengadu.
Korang yang baca blog ni n suka bagi komen dah kira close friend dah, sebab sudi dengar luahan perasaan aku ni.huhuhu sedih bila suma yang kita rapat dah tinggal jauh-jauh. Nak mengadu lebih-lebih, kat sini je lah. 
Cemburu or jealous benda maksud sama kan. Cemburu antara kengkawan? Isu tu yang timbul kat blog naniey tadi. Kawannya yang cemburu bila dia habiskan masa dengan kawan yang lain.
yong n bestfriend, sharifah
Dulu masa aku belajar kat universiti, my real wonderful best friend Sharifah la. Kalau kemana-mana atau bercerita apa-apa aku lagi suka dengan dia sebab dia pendengar yang baik. Aku suka cari dia, jadi tempat mengadu aku. Bila dia keluar dengan member satu hostel dia, alhamdulillah aku tak cemburu pun, sebab aku pun melepak dengan orang lain jugak. Dan suma kawan rapat dia yang kat hostel tu, aku buat jadi kawan aku jugak, so aku lepak jugak dengan kekawan dia tu bila ada masa. Aku jenis flexible jugak bab berkawan.
Dan memang aku iktiraf dia sebagai best friend aku. Aku sebenarnya amat payah nak iktiraf orang jadi best friends ni, memang lucky kalau aku iktiraf jawatan tertinggi, teristimewa dan termahal dihati aku ni. hehehe. Sepanjang usia aku ni, aku ada 9 orang best friends je, tapi kalau kawan rapat tu ada ramai lah.
Apa beza best friend gan kawan rapat?
Bagi aku, kalau ada masalah(nak bercerita or meluah perasaan or meminta bantuan) aku akan ingat senarai best friends dulu sebelum aku cari kawan rapat. Kalau best friends aku memang amat selalu ingat - yang paling top aku ingat memang la sharifah.

kawan aku yang jelita comel cute, sayang picture ni tak leh nak besar, kalau tak jadi pecah.:shafiza, bestfriend form 6 n sentiasa berhubung hingga dia, dah kawin. Last msg gan aku nak bagitau dia dah dapat baby. miss u so much. tapi tak nak kaco orang yang dah busy ni.huhuhu


Annie the Nurse and yong masa wedding dia, best friend sejak sekolah form 1

masa kat UKM gan ida kat tasik KEJUT(kejuruteraan)

yong n shahiran di putrajaya, those were the days...
Tapi ada je best friends yang aku dah lost contact. huhuhu memang sedih, tapi dia tetap masih best friends dihati aku. Kekadang aku rasa sedih, bila ingat yang depa dah lupakan aku sebab dah kawin. Dan aku pun tak nak la kacau orang yang dah ada teman ni kan, diorang pun mesti busy gan urusan hidup dan tanggungjawab diorang. Cuma....kalau (kalau... lah) diorang message aku, aku akan layan and kalau diorang ada masalah, InsyaAllah aku sentiasa ada untuk mereka dan cuba tolong selagi aku mampu. sebab mereka best friends aku dan kalau kawan rapat aku pun, aku tolong jugak. hehe. Sebab status kawan tu amat berharga dan bernilai kat hati aku. Mahalnya nilai hubungan persahabatan ni, jadi aku perlu jaga baik-baik.

Friday, January 6, 2012

thanks for comment n drop by

Entry khas nak ucapkan terima kasih daun keladi, lain kali singgah lagi kepada semua yang sudi menjenguk dan mengomen. hehehe.
credit to: school.discoveryeducation.com
Thanks sangat untuk semua yang sudi singgah kat blog yang tak miskin seberapa ini. Terutama yang rajin memberi komen kepada entry yang entah apa-apa dariku iaitu Lady Ayu, Ain Zulaikha, Addeen, kaseh n athirah.
Happy membaca komen you all, walaupun entry sy tak menarik langsung. Thanks again.
Mood menaip kurang sikit now. Doakan saya menjadi manusia yang lebih baik dari tahun lepas ya.(macam doa untuk tahun baru la ni).

Tuesday, January 3, 2012

Birthday Ji

Happy birthday Ji, semoga semakin kaya ya (^_^) and sihat sentiasa. amin...
yummy...wah lama tak makan kek.  terliur betul...
sorry malas nak type panjang. takde mood.