Sunday, September 27, 2009
Saturday, September 26, 2009
Banyak nak cerita, tak sempat sebab letih
Ok on 25th September 2009:
Aku busy la sikit sebab hari ni kawan baik aku kawin. Dia dah tempah aku dari pagi lagi. So kul 9 pagi dah pergi rumah dia dah. Pagi acara khatam quran. Aku pergi menyibuk je. hahaha. Kawan aku ni comel, so aku suka amik picture dia. Hahaha mengalahkan aku punya gambar pulak aku amik picture dia. Hajat aku nak buat video, tengok lah bila lapang sikit. Dengan assignment menimbun menanti aku nih. Tah dapat siap sebelum isnin entah tidak huhuhu.
Pastu dalam dok sibuk amik picture pas majlis khatam quran tadi, aku suh dia posing dalam bilik sebelum photographer yang professional sampai. hahaha. So dia tunjuk la semua baju persalinan dia. Tanya pendapat sikit. Dia tanya sesuai ke tak blazer dengan shirt warna biru. Kebanyakan orang akan pakai putih, dia tak ingat nak suruh husband dia bawak shirt putih. So aku yang memang cadang nak ke Kota Bharu pas majlis dia, pergi awal beli shirt putih dia. hehehe. Dapat la berkhidmat sikit daripada jadi photographer yang tak professional nih.
Sampai kat rumah Sha dalam pukul3, memang tepat dengan masa rombongan lelaki sampai, sempat la aku snap picture diorang tiba. Aku pun sibuk menolong mengangkat par hantaran lelaki hehehe.
Pukul 7 baru balik rumah hehehe. Memang sama naik gan orang rumah tuh. Hehehe tak pe aku dah kenal suma family dia. Semalam pakcik dia yang menjadi wali dia memandangkan ayah dia baru meninggal 3hb Julai 2009 baru-baru ni. Tepat hari aku masuk UPSI. Kesian dia. Aku ada postkan pasal ayah Sha meninggal.
Nak tahu hadiah apa aku bagi kat dia? hahaha pakai idea Dr. Suppiah, aku hadiahkan barang dapur kat dia. Mula-mula nak bagi set pinggan, pastu bila fikir balik nanti tak kekal or dia beli set lain bila dah boring pakai yang aku punya or kemungkinan pecah. So aku belikan...jeng..jeng..jeng... aku beli set periuk 6; tak pecah, tahan lama, grenti akan dipakai selalu sebab dia memang seorang yang suka memasak. hehehe, ada 6 periuk, so kalau nak bagi kat family sikit pun boleh. Dapat aku pahala setiap kali dia guna.
Selamat Pengantin Baru buat Shafiza dan Suhaimi semoga sentiasa dalam keberkatan dan perlindungan Allah s.w.t.
OOO ye, dia pun satu masjid dengan Nor Ana yang sama DPLI gan aku masa akad nikah malam raya kelima tu. hehehe.
Malasnye nak balik Tanjung Malim...
Kat sana tak de internet, makkkkkkkkk.....malang tul dok situ. Kat Proton City pun belum tentu boleh dapat bila terpaksa bersaing dengan ramai student lain. Ni yang membuatkan aku malas sangat nak balik sana.
Bestnye dok kat rumah nih...
Barang pun belum kemas lagi nih.
Wednesday, September 23, 2009
Pemandu yang tak patut dapat lesen pun berlambak atas jalan raya!
'Ada otak ke tak? Ambil lesen dulu macam mana boleh lepas? Signal pun tak reti nak bagi! Ingat nih jalan bapak dia ke hape? Bodo nak mampus. Harap je kereta cantik tapi perangai cam hape'
Memang nak kena gan aku lah ni! Kalo aku kaya, memang aku pegi je langgar kereta mamat bodo nih! Sakit tul hati! Paham paham la time jammed ni, memang menguji kesabaran, bila ada pulak manusia otak bengap and dapat lesen terbang cam orang bodo nih! memang menyusahkan orang lain, menambahkan sesak lalulintas, melambatkan perjalanan orang lain, membuatkan orang sumpah seranah si bodo nih, dan bermacam-macam lagi.
Cuba la orang lain wat lagu tu, grenti ko mengamuk! Bila part dia betul saja! Wat jalan sendiri lah weh. Ko memang tak layak memandu pun! Jadi manusia berhemah boleh tak, jangan nak susahkan orang lain. Kalo ko mati jangan ko seret suma orang ikut ko lah! mati sorang-sorang.
Tuesday, September 22, 2009
Cerita raya..si dia muncul..
Al- kisah....toibbbbbbbbbbbb...(hehehe)
Hmmm orang pakat hantar wish raya masa hari raya and sebelum raya lagi. Tapi aku ni lain la sikit. Malas nak jammed pack so nanti line clear la sikit. So aku msg la suma rakan taulan termasuk la dia ni.
Hmm selalunya msg fwd je yang bakal dihantar. Tapi hari ni ada acara lain la pulak. Dia wish aku hari raya lah, sebab aku dah send kat dia dah. Bermula la kisah sms ni. Dalam wish raya tu ada la dia meluah rasa rindu. kuikuikui.
Aku sengih baca msg dia. Bukan apa (part dia wat secret cannot be told kat aku, ujung kisah nanti aku cerita)rasa cam tak percaya je lah. Aku tak balas la dia punya rindu, just cakap aku ingat gak la kat dia.
Pernah la jugak kitorang outing sesama dulu. Bercerita kisah masing-masing. Dia suka lagi kat aku sampai la ni (boleh caya ke?). Setiap msg dia mesti ada ayat rindu or sayang or suka or ingat kisah dulu. hehehe.
Nape dia suka aku pada dulu kala? Dia suka prinsip aku, gaya hidup aku, style aku. Aku cakap aku nak tolong family dulu walaupun keluarga aku ni bukan bermasalah sangat tapi tetap bermasalah jugak. Ye la kan hidup tak leh lari dari masalah. Aku jenis suka cari pengalaman, tak reti dok diam sebab aku dibesarkan dengan adik-beradik lelaki so aku terikut-ikut gaya diorang ni. Contohnya, kitaorang macam wajib pulak cari kerja lepas abis exam SPM. Aku rasa tercabar bila abang aku buat sesuatu. So aku lebih independent lah. And aku jugak jenis simple, asal ada je aku dah syukur dah. So aku ni tak la cerewet (kalo cerewet wat la sendiri kawan ooiii, jangan suruh orang lain buat!).
Last part kitorang msg, bila aku dah letih tahap apa dah,nak mandi wlwpun malam sebab berpeluh dah ni layan orang datang. The secret cannot be told yang aku dah tahu aku cakap kat dia
... jeng..jeng..jeng...
Aku cakap la yang aku tahu dia dah kawin and dah ada anak sorang. Aku memang dah lama tahu, sejak sebelum aku konvo lagi. hehehe aku still reply msg dia sebab aku still anggap dia kawan walau dia dah kawin gan orang lain (dulu dia janji nak tunggu aku). Bukan jodoh kitaorang lah nih.
Aku tahu dia kawin dari Aisyah kawan tesl aku tapi aku tak habaq kat dia, takut dia tak puas hati gan Aisyah lak. Dah la Aisyah bakal kawin dalam masa terdekat nih.hehehe. Hmm aisyah kata dia kawin sebab perempuan tu desak sebab perempuan tu dah kerja dah. Tak tau la pulak betul ke tak. Girlfriend dia masa sekolah. Tah la kan, tak berani aku nak tanya si dia lebih-lebih tadi betul ke tak kisah ni.
Tapi dia ada la cerita tadi yang dia gan wife dia dulu pernah la putus sebelum masuk UKM. Sambung balik masa kitaorang sem 4 dah. Apa saja lah. Wlw dia asyik la kata still sayang kat aku, aku tak kan kaco rumah and tangga orang la. So be my friend la ye. Bunyi dia cam ada masalah tapi aku malas nak cakap banyak loo tak elok la cerita pasal keburukan orang nih. Semoga si dia berbahagia. Sekarang jadi cikgu tuisyen kat perak.
Open house rumah aku pada raya kedua!
So hari ni wat mee kari, best giler!!!! sampai menjilat jari ooo. Mak aku n jiran aku cik ti yang tolong buat. Cik Ti memang best punya mee kari dia. Tapi memandangkan baru lepas puasa ni perut bukan selera besar, makan sikit pun dah penuh.
Thanks kepada yang hadir, semoga berpuas hati dengan makanan, walaupun simple giler. hmm tetap rasa kekurangan something bila hilang sorang anggota keluarga terutama sekali yang selalu suka memeriahkan raya cam adik aku. Tahun ni dia raya kat Putrajaya sebab kerja. Tu la nak sangat jadi chef! Sebenarnye dia ada je pilihan tuk balik raya, tapi dia nak try n prepare awal-awal sebab dia bakal masuk kerja sebenar tahun depan. Cian dia. Hope you enjoy your raya bro!
Birthday didi a.k.a. Diana yang ke 24 tahun hari ni 22 september 2009
hmm semoga apa yg ko wish, ko dapat ye.
Saturday, September 19, 2009
byk aku shopping!!!!!
So alang-alang aku ada duit ni. Aku beli la baju jubah seluar and jubah cantik gliter-gliter gitu kat mak aku.
Untuk ayah aku pulak, sebab selalunya dia susah nak beli baju (cerewetnye tuhan saja yang tahu!!!) Kalau pergi kedai, dia pilih baju, mengalahkan pompuan pilih baju, tanya pasal baju kat salesgirl tu sampai gamaknye orang tu kalo boleh cakap perasaan dia, 'tak payah le beli pakcik, cerewet beno, letih dah saya jawab soklan pakcik ni. Kalo dapat pelanggan macam pakcik ni gamaknye saya berenti keja dah nanti' hahaha cam tu la gamaknye kata hati salesgirl yang melayan ayah aku. Dia jenis yang nak perfect and everything dia nak specific. Kalo cari baju, mesti dia cakap apa yang dia nak, bila tunjuk, tak berkenan, dia suruh tunjuk yang lain lagi. Selalunya bila shopping gan dia, aku memang pusing kawasan lain. Kekadang sampai lenguh menanti dia memilih, sampai sudah aku ronda 1 shopping complex tu pun belum tentu dia sudah memilih SEHELAI baju!
Jauh aku melencong cerita, so pendek cerita pasal ayah aku, aku beli t-shirt 100% cotton John Master sampai mak aku membebel tengok harga dia. hehehe aku beli harga RM 99. Cerewet beno, amik lah yang ni, 2 pun dia pilih warna sendiri. Dia suka yang nampak bergaya and berjiwa muda.
Mak aku lak, aku belikan la tudung 2 pasang lagi nak kasi matching gan jubah dia, so 1 set hitam gliter and 1 biru nak hijau lazuardi.
Berkenan kat satu handbag ni, dah lama nak bagi hadiah handbag kat mak aku, tiap kali bawak dia, asal mahal sikit dia dah tarik tangan aku pegi. So aku pergi sendiri cari bag tu. Dapat la satu, first tengok pun dah berkenan. Simple je. So aku sambar la satu, RM 299. hehehe terkejut beruk mak aku tengok harga. Mula-mula dapat tu dia sengih happy sebab dia suka bag tu, cantik and simple, sekali tengok harga terus cakap membazir. Bukan apa, aku beli benda yang dia suka and dia akan pakai selalu. Aku happy tengok mak aku suka bag tu..alhamdulillah..aku takut dia tak suka, so nak pergi tukar, tu la yang tak cabut lagi harga dia. Tapi pandai kan aku pilih! hehe puji diri sendiri.
Friday, September 18, 2009
AYAM TESCO TAK HALAL!!! PENTING, SILA HEBAHKAN KOT ADA YANG TAK BACA NEWSPAPER
Ayam Tesco tak halal Untuk makluman semua
1. Ayam keluaran Perak Duck yang dijual di Tesco didapati *TIDAK HALAL* dan telah disaman RM 5 juta. Disiarkan dalam NST ms 26 dan Berita Harian.
2. Terdapat bendasing dalam coca cola yg belum dibuka.
3. Kopi Pahlawan - kopi yg dilaporkan mengandungi racun membawa maut
4. Bebola ikan yg diproses dari usus babi keluaran GSB Seafood Ent
Sila war - warkan kpd kawan². TQ SUMBER DARI, Ms Junaidah SHEIKH MOHD NAZRI BIN SHEIK ABU Unit Pengurusan Pengairan Bahagian Pembangunan Taman Jabatan Landskap & Taman PERBADANAN PUTRAJAYA. Tel : 03-88877530 / 012-3387640
Buat amal yang tak kena tempat.
Jammed jalan sebab pihak tertentu nak bagi beg kertas yang ada makanan sebagai ucapan selamat hari raya dan selamat balik kampung dan pandu cermat jiwa selamat nih. Kereta bergerak dengan slow membuatkan aku bengang sebab aku nak balik cepat. Dah letih dah drive ni, dah la semalam aku tido kul 1.30 pagi sampai la ni aku lom tido lagi.
Aku paling tak suka ada orang sekat perjalanan sebab nak bagi makan nih. Tapi tetap berterima kasih gak la.
Cuma dinasihatkan kat mana-mana pihak, kalau nak buat amal pun jangan la sampai menganggu lalulintas. Tension hidup sebab asyik la kena tekan break keta nih. Dah la suma orang nak cepat balik. Musim raya lagi la ramai yang balik dan kena beratur pepanjang sebab nak dapat benda tu, memang rasa nak telan orang je aku nih.
Wat la pembahagian harta benda tu kat masjid ke, kat pusat beli n belah ke. Ni tak, time orang nak balik kampung gak dia tahan. isyhkkkkkkkk...........
Sorry la meluahkan perasaan yang bengkek nih ye.
Lepas gian, drive/drift jejauh tanjung malim-pasir tumbuh
Aku tolak dari stesen minyak petronas kat Wawasan 2020 tu dalam kul 11.45 pagi. Aku isi minyak tangki kereta sampai penuh 60 inggit sebab bawak kelisa je, jimat la minyak kereta. boleh sampai rumah n jejalan pusing kota bharu 2 kali kot. hahaha.
Area biasa aku drive 120-140 km/hour. Sampai bukit 60-80 lah, bukit beb! kawasan nak ke Kelantan dari perak memang banyak bukit. Grenti lalu situ, mata yang ngantuk pun boleh celik. Aku ngantuk tapi boleh celik sebab kawasan bukit. Dah la pastu hujan, kena lagi berhati-hati. huhuhu ingat boleh sampai dalam 5 jam je. hehehe.
Pastu lagi melambatkan perjalanan aku bila ada 3 road block. '1st road block' tuk bagi bekalan makanan tuk pemandu oleh Kelantan FM kat kawasan parlimen Datuk Mustafa Muhammad. Sempat la aku baca yang Dato' Pa wat rumah terbuka pada Raya ketiga iaitu 3 Syawal nanti bersamaan 23 September 09.
'Road block kedua' ada tiga buah kereta accident, memang hancur la kereta tuh.
Road block ketiga' bila ada kawasan yang memang ada tempat kastam wat road block check barang kot ada yang seludup barang. Kerugian masa perjalanan dalam 'road block' ialah 40 minit.
Perkara seperti diatas menyebabkan ralat masa dalam perjalanan aku dari tanjung malim ke pasir tumbuh menyebabkan aku sampai kul 6. 30 petang. huhuhu. Tak best loo sebab ada ralat masa nih.
Ponteng class hehehe
Pagi tu, aku hantar erin ke komuter dulu sebab dia nak ponteng awal. Aku n Shery lak pergi class Dr. Amir sebab aku nak bentang selom cuti raya ni. Aku bentangkan pasal Sekolah Wawasan. Orang first ari ni bentang. Siap dapat tepukan lagi sebab orang lain tak nak bangun.
Lepas bentang and abis masa. Aku blah dah. Tak masuk class Dr suppayiah(tah betul aku eja ke tak hehehe) dah.
Apa lagi class koke petang nanti. Huhuhu gomenasai minna!(maaf semua).
Didi n kumz apa lagi, memang ponteng jugak. Huhu dah la group best yang wat aktiviti petang nanti. Ruginye. Tapi nak buat macam mana ayah aku ajak balik tengahari.
Kejutan dari ayah kesayangan
Aku dapat call kul 9.30 malam. Terkejut beruk looo sebab aku tak silent phone 'Assalamualaikum...atokk ooo atokkk'(upin ipin punya ringtone) ces terkejut aku. terus aku off. Pastu tengok sapa call..ayah aku.
Ok aku msg la cakap 'dalam class ni'
Ayah: Ayah dalam bus ke tanjung malim ni
terkejut beruk aku, apa hal la pulak, ni grenti risau aku sampai malam. Sebab baru ni aku call ayah cakap abis class esok petang aku terus balik gan kawan aku. So sampai rumah dalam pukul 12 kot.
Ala ayah, boleh la ky drive gan kawan( sebenarnye aku nak goreng je, aku nak ponteng class esok and balik drive sorang-sorang)
Ayah: Ayah beli tiket baru ni masa ky cakap ky balik petang sampai malam.
huhuhuhu terlebih sayang punya pasal. Hmm aku sebenarnya nak prepare diri sendiri untuk berdikari tuk hidup sorang nanti. huhuhu. Apo nak dikato...
But, thanks ayah. I love you too...
Malam dapat allowance
Tak jadi beli lah. So, aku dah cakap awal-awal gan dia beli KFC pun aku nak jugak nasi tomato favorite aku. Nampak gayanya tak merasa KFC lah sebelum balik raya nanti. Agak-agaknye ramai yang nak makan KFC sebab allowance dah masuk. hahaha. Makan besar lah ye, sampai sanggup berbaris sampai luar.
Dah la malam ni ada class, malas tul nak pergi, lecturer tak best. Tapi pergi jugak. Siap bawak bekal nak makan kat class tuh, bawak roti peanut butter. hahaha tapi pakat aku pandang kau, kau pandang aku, pastu sesama tengok roti. Perut still kenyang beb, kenyang gan berita duit allowance dah masuk tadi. hahaha.
Pastu tetiba tanpa dirancang, class abis awal sebab tak dak orang nak present dah.
Aku pandang kau, kau pandang aku
'ting' idea: makan KFC nak? hehehe
Sehati, sejiwa sekatil dan sebilik: Jommm!!!! (sengih kerang busuk)
Beli bungkus sebab KFC dah nak tutup kot. Dah pukul 10.30, agak nye dorang takut kitaorang dok makan kat situ, pukul 12 baru balik kot. hahaha
Balik tu, pas solat n erin bergayut sat kat telepon dia. Kitaorang makan, walaupun perut still sendat. hahaha goyang-goyang sikit kasi ada space tuk KFC. Tapi tak selazat mana sebab perut aku still full, so tak dapat menikmati dengan baik. Tapi alhamdulillah...kenyang tahap ular sawa telan kambing dah. hahaha.
Yeppyyy!!!! dah dapat allowance!!!(Rabu, 16.09.09)
Kisahnya, tengah aku dok pakai make up, masuk la msg, aku wat dunno je.
Erin lak yang sibuk: 'yong, msg masuk tu'
Aku yang bz maku up: 'make up lagi penting dari msg tu'
pastu aku turun bawah, nak panaskan keta loo. Terserempak Lee Lee
Aku: Lily, I tak jadi stay till Friday lah, Esok gak I balik, hajat nak konvoi gan member.
Lee Lee yang dok makan: Laaa I ingat u stay.
Aku wat muka bersalah: Sorry la Lily, I rasa baik balik awal, nak wat persiapan raya.
Aisyah kuar bilik: 'yong, duit allowance dah masuk dah'(monotones tone tuh)
Aku pandang Aisyah: Yahoo!!!!!(terus lupa Lee Lee) Aku dah dapat msg td tp wat dunno. Aku naik tengok lah!!
Aku kat bilik: Yahoo!!!!allowance dah masuk!!!!!!! td msg dari bank islam tuh.
(terjerit-jerit kat member 1 bilik.)
Alhamdulillah masuk jugak duitnye, baju raya dapat beli ari nih!!!! Jubah idamanku, nantikan ketibaanku menemputmu.
Siap menari-nari lagi. Terus semangat nak dengar lagu raya. hehehe
Friday, September 11, 2009
perut kenyanglalalala
Memang sedap yang port kekal aku la kan. Kenyang ...........hahaha. Jom tido..(acara menternak lemak sebelum raya) almaklum la baju raya tak dak sebab duit takdak. huhuhu.
bila berkumpulan dengan orang yang bukan sekepala
ingat lagi tak kisah 11 September 2009? masa aku type date ni baru aku perasan insiden 11 september WTC kena langgar gan kapal terbang. bunyi dia cam rumah kena langgar dengan kereta je. tapi bukan aku nak kisahkan yang ni pun. kisah aku lain looo.
kisah aku yang letih hahaha.
kena layur tepi kain kat api, tak nak kasi kain berambu ramba karang, abis suma kain tu jadi benang tuk projek KOKO/KOKE/KOKU apo sajo lah.
Hmmm bila berkumpul dengan orang yang tak sekepala, mula la aku nak mengelak dari duduk lama. Tapi huhuhu diorang group aku so kena la nanti jugak. Yang aku malas nye, nanti 2jam tanpa wat apa-apa sebab dok nanti seorang lagi pergi cari bahan kat kedai. Bila orang ni balik cari bahan, dia mengadu la letih sebab ye la kan puasa. so tunda la buat kerja.. HANGAT! nanti perkara sia-sia, dah la assignment aku menimbun kat bilik menjerit mintak suh buat. Letih ooo.. so paling mudah tuk aku elak dari jumpa waktu malam aku amik kain yang mana ada n wat kat rumah la layur kain tu.
Severe
Dulu time aku sakit je aku wat muka severe. Tapi hari ni lak kepala aku sakit la pulak. hehehe So suara aku jadi serius la ari ni. Sorry suma ye!
kisah aku dengan sorang tu..bergaduh lagi
Tah r aku gan makhluk Allah yang ni memang cam tak ngam. Kalau mark aku kurang pun aku dah tak kesah dah. kalau dia nak mengenakan aku pun ada aku kesah? memang tak la kan. Selalu sangat bergaduh.... pantang aku masuk kelas dia grenti dia nak bergaduh. Bukan bertumbuk tapi selalu nak cari kesalahan aku. Orang lain takdak la dia wat over sangat macam aku.
Sebelum masuk kelas dia, grenti aku dah terpikir apa isu dia nak wat topic gaduh gan aku.
Malas dah nak peduli gan dia. Datang kelas sebab wajib..ulang sekali lagi 'WAJIB'.
Kawan punya kisah-shery
Saja je nak cerita pasal dia kat sini. Hmm aku suka kawan dengan dia, sebab gan dia buat aku rasa selesa. Dengan dia aku memang tak berkira langsung lah. Kitorang kawan sejak kat UKM lagi, masa 1st year second semester. 1 semester, aku dok lagi mencari kawan sejati. So sampai sekarang la kitaorang bersama. hahaha as a friend je lah.
Kitaorang memang boleh klik lah. Dia anak ustazah. Jadi pembakar semangat aku n kekuatan aku kat kelas. Kalau tengok muka dia grenti aku rasa ok, tak dak masalah. Sebab dia sentiasa bagi semangat kat orang.
Dia rapat dengan mak dia, selalu call mak dia and adik beradik dia yang lain. Kalau malam je grenti dia bergayut gan mak dia. Dia kata dia nak kawin lewat errr or tak nak kawin tah r aku pun lupa.
Hari tu, ada orang masuk meminang, hahaha lawak oooo. Mak and nenek dia dah setuju dah nak pasangkan dia gan budak tu. Bila dia tahu, terus dia wat mogok. tak cakap and amik peduli, terpaksa la mak dia cancel nak wat budak tu menantu. Pastu minggu lepas dapat lagi satu orang datang merisik. Wah..wah...wah.. hebat tul penangan Shery nih. hahaha ye la kan anak ustazah, baik pulak tu. Hope dia dapat seorang lelaki yang boleh membahagiakan member aku nih, yang boleh memudahkan and selalu menolong dia nanti. Amin..(doa aku untuk Shery).
Aku je yang panggil shery, kengkawan lain panggil lain. Dah biasa gan nama tu, baru glamor sikit hahaha. Sayang hang shery...n suma kawan aku yang lain..hehehe
Sunday, September 6, 2009
Tommy masuk wad?
Tommy masuk wad?! bukan dia masuk pegi melawat orang tapi dia yang sakit. Dia bukan kucing aku leee, dia manusia. Kawan aku, perempuan. Sekarang ada merempat kat hospital Selayang sebab kidney failure. Memang tahap serious dah sebab dia memerlukan penderma buah pinggang. Memang tak sangka coz dia ni penjaga kesihatan yang berjaya. Kalau minum pun dia just minum air mineral! bukan air yang osomosis punya. Memang tekejut gak bila dapat message dari si wawa malam semalam.
Dia kawan masa jadi e(nglish)-lite(ratue) student dulu. Kitaorang ni first batch kat UKM untuk course english literature. :D:D:D.
Masa tinggal kat Koperasi Polis dulu pun kitaorang selalu outing sesama walaupun dia lain rumah dengan aku, wawa, ina n didi.
Mak and ayah dia dah takde, dia anak sulung dari lima adik beradik kalo tak silap aku. Hidup dia susah, masa study, dia kena kerja jugak.
Kalau aku ada masa aku nak p jenguk dia la cian dia. Sekarang wawa yang jaga dia. Huhuhu. Cian dia...
thanks to DLINK connection dapat aku tengok Nur Kasih
So agenda aku malam ni mengadap cerita Nur Kasih kat tv3.com.my. hmm hajat nak download cerita ni tapi huhuhu cian lah kitaorang ni, coz aku sure tv3 dah suh bebudak yang upload kat youtube delete citer tu and jangan upload lagi, diorang suh masuk website tv3 la tu. yang membuatkan kitaorang malas nak masuk situ sebab bukannya boleh download pun.
Ramai gak yang aku tengok menyumpah seranah kat youtube coz tak dapat download cerita tu.
Saturday, September 5, 2009
Pelahap duit KPM ke kitaorang ni?
Bukan nye kitaorang pelahap, tapi tahu-tahu la nak hidup zaman sekarang ni perlukan duit. Asal gerak je sikit, grenti duit keluar macam air. Tiap bulan kena pikir nak bayar rumah sewa, bil air elektrik, minyak kereta, bil telefon maxis lagi celcom lagi, hutang PTPTN, hutang keta(hahaha exaggerate je nih lebih).
Memang serius la, aku memang dah pokai sejak masuk sini. Sebab tu la, aku lom beli broadband lagi. Terpaksa bergantung gan DLINK wireless connection yang dipasang jiran aku yang dari mana tah. Tapi terima kasih la coz aku dapat online percuma walaupun memang jarang-jarang berlaku. At least, tak dak la aku mati kutu kat rumah tu. Sebab tu kepala aku tak dak kutu, sebab dah mati ari tu, boring sangat daaa. Kuman pun baru je mati dengan adanye nurse-nurse comel and baik hati kat UPSI ni. Thanks to kak wahida and er aku lupa nurse seorang lagi lah..thanks coz rawat aku.
Back to the story, selain terpaksa masuk kampus nak ke library tuk online, memang aku bergantung dengan DLINK wireless lah.
aku post sikit2 takut malas nak baca panjang.
Rindu Perpustakaan Tun Seri Lanang...
Yang aku malas nak masuk library coz internet slow and buku kat sini sikit. Huhuhu. Biasa la, aku asal budak UKM. Buku kat UKM memang berlambak sangat sampai aku tak pernah boring dok kat library. Kalau boleh aku nak tido je kat library UKM tu. Hahaha. Aku selalu lepak kat library UKM or we; UKM students call as PTSL stand for Perpustakaan Tun Seri Lanang merupakan library yang mempunyai buku paling banyak di
Aku dulu suka lepak dari pukul8 pagi(berebut dengan pekerja PTSL nak masuk dulu. Hahaha boleh amik aku keja kat situ nih) hingga malam lah dalam kul10.30 aku balik la. time musim exam hingga kul 11 malam, time ni memang kena berebut la cz pakat2 nak study kat library, memang kalau buka kul 8 pagi, kul 7.40 dah kena tercengat dekat depan pintu. Kalau nak imagine, korang imagine pasaraya yang ada SALES! macam tu la students UKM berebut nak masuk library time exam. hahaha. Lawak giler aku tengok. Motor ke kereta ke memang tak dak parking lah. penuh!!!!!
Kalau mood aku baik or ada kerja nak buat, aku lepak till kul 2 pagi kat situ. Ramai je orang melepak kat situ. Suasana memang sentiasa meriah. Memang aku angkut towel and kain sembahyang aku sama la pergi library, bila dah ada kenderaan sendiri, time rajin aku ulang-alik je dari bilik.
Rindu kat UKM...suasana meriah walaupun tengah malam buta. Kalau nak air ada je vending machine kat situ or water cooler. Bawak biskut munchy dari bilik. Hahaha memang aku berkelah sakan kat library.
Kat sini malas nak lepak lama-lama. Buku payah nak jumpa coz semua kena kebas orang sudah...huhuhu. Masa zaman anak aku kot nanti UPSI siapkan kampus utama dia. Chaiyok UPSI! takpe la, nanti aku datang melawat lagi. tempat jatuh lagi dikenang ni kan pula tempat aku mendapatkan ilmu pengetahuan..akan aku ziarah lagi UPSI.
DPLI UPSI belum dapat allowance (alaun/elaun-pilih sendiri ejaan,aku lupa looo malas nak check kamus)
Internet slow giler ari nih.
Now aku kat Tengku Bainun Library, apo nak kato allowance lom masuk lagi.
Haaa, ni nak dijadikan citer nye… kes allowance budak-budak UPSI lom lagi masuk.
Students DPLI kat UPSI ni memang ramai, sampai jugak angka 26++ orang. Lebih ramai dari budak bachelor yang tahun ni cuma 2000 orang je daftar.
Tahu-tahu je la syarat tuk budak DPLI mesti la tak pregnant. So yang mana pregnant tu memang desprate sangat dah la nak ambil DPLI. Diorang pun apa lagi, alter la mana patut kasi lulus nak join DPLI ni. Biasa la beb, government job, sapa yang tak nak. Kehidupan memang sah-sah terjamin masa depan sampai ke pencen. Walaupun kerja cikgu ni memang berat.
Yang nak dijadikan kisahnya, diorang alter kat borang perjanjian KPM. So result medical check up dah memang terang-terang tunjukkan dorang pregnant. Apa lagi, jadi isu la bagi KPM (ha KPM, jangan marah kat budak-budak DPLI yang baik, marah kat dorang yang alter tu je ye). Yang menjadi masalah kat semua, kerana nila setitik rosak susu sebelanga/ In this case, bukan setitik, tapi bertitik-titik. So, yang mana budak baik, yang bujang and tak mengandung pun terkena la tempias budak-budak yang menipu pihak KPM. Kesian kitaorang, allowance belum gak masuk ni. Dah masuk 2 bulan lebih kat sini tapi haprak pun tak dak masuk duit. Yang hari pendaftaran hari tu, aku ada nampak orang mengandung, memang sah-sah tak diterima coz perut dah memboyot, kesian...
never......
Never say "I love you", if it isn’t really there,
Never talk about feelings, if you don’t really care,
Never hold my hand, if your gonna break my heart,
Never make me promises, if you don’t love me from the start.
Never look into my eyes, if all you do is lie,
Never say hello, if you really mean goodbye,
If you really mean forever, then please say you'll try,
Just never say forever, coz forever makes me cry.......
ada rasa cam poem tak?hehehe..
Friday, September 4, 2009
NO MATTER WHO GOES, OR WHO STAYS,
THE WORLD KEEPS ON TWIRLING.
2nd september 2009
masa tuk buat assignment yang dah bertimbun!!!!!! Huahahaha
time ni la mata aku mengantuk. Mengantuk ke? Rasa cam tak ngantuk tapi hati aku langsung tak dak nak wat assignment ni.
Jom baca motivation book! Hahaha kasi motivate sikit hati aku ni!
9.20p.m.
apasal aku cool giler eh? Hahahha lawak je, assignment kena hantar esok ada 11 pages, aku boleh la pulak wat muka selamber je. Gelak bagai nak rak, sampai member aku risau aku kena sawan gelak. Hahaha. Agaknya ada wayar putus masa operation ari tu kot. Hahaha (over la pulak gelak aku ni, tapi cam best je gelak) senyuman, gelak ketawa awet muda dan boleh jadi penyeri hidup orang disekeliling kita. Ingatkan senyum tawa kita...
tapi jangan over takut tertukar dengan orang yang giler, kang tak pepasal kena angkut dengan ambulan ke tanjung rambutan. Bukan tuk kait buah rambutan tapi kena tahan loooo.
9.50 p.m.
Berapa lama?
Lama mana lagi masa yang ada?
Sempat ke tak nak siapkan semua yang terbengkalai ni?
Pintu di belakang telah tertutup tapi selama mana lagi kau nak renung pintu tu?
Pintu di hadapan sedang terbuka untuk kau melangkah masuk, jangan sampai pintu itu juga tertutup.
Bila tengok orang senang, gembira
Kita cemburu akannya
Rasa diri malang semacam
Kenapa tak jadi ’dia’ yang ceria
Tapi bila kita gembira
Ada kawan kata ’aku jelous tengok kau ceria selalu, tak de masalah. Best jadi kau’
Okey, jom nilai...
Orang jarang tunjuk masalah selagi boleh sembunyi, sembunyikan saja
Sebab kita tahu, siapa nak dengar masalah kita
Masalah mereka sendiri dah bertimbun
Ni kan pula nak tambah dengan masalah kita
Tapi tak salah menjadi pendengar yang setia
Sekurang-kurangnya beban perasaan kawan berkurangan sedikit
Jadilah kawan yang boleh menumpangkan bahu untuk menangis
Telinga yang menjadi pendengar setia
Tangan yang sentiasa boleh memimpin
Diri yang sentiasa boleh bergandingan
Mata yang memerhati dengan minat
Hati yang sentiasa terbuka untuk kemaafan
Yang akan menepuk bahu rakannya dengan mesra
Muka yang sentiasa penuh senyuman kedamaian
Disitu penuh ketenangan
Manusia takkan lari dari masalah,
Setiap orang ada masalah mereka yang tersendiri
Kita cemburu dengan dia
Dia cemburu dengan kita
Orang kaya cemburu dengan kebahagiaan orang miskin
Yang tak perlu rungsing harta kena kebas dek orang
Orang miskin cemburu dengan kekayaan si kaya
Yang nak segala harta benda yang selagi boleh dibeli, akan mampu dimilikinya
Setiap segala sesuatu yang dijadikan oleh Allah s.w.t. ada kelebihan dan kekurangannya
Yang sempurna hanyalah Allah s.w.t.
Manusia yang terbaik adalah Rasulullah s.a.w.
8.34 p.m. 2nd September 2009
tetiba nak berjiwang karat..madah puisi la pulak...
kadang-kadang rasa nak jadi pokok di hutan
cantik mata memandang dari kejauhan
kadang-kadang rasa nak jadi burung di langit biru
bebas berterbangan menongkah alam
kadang-kadang terfikir ingin jadi ikan di lautan
pasti bebas berenang tanpa gangguan melihat keindahan isi lautan
kadang-kadang rasa nak jadi laut membiru
menambah warna keindahan bumi yang menghijau
kadang-kadang terfikir nak jadi pulau di tengah-tengah lautan
menjadi persinggahan musafir yang merantau
kadang-kadang teringin nak jadi bintang
menjadi sebahagian keindahan dan misteri alam semesta
kadang-kadang mahu jadi bulan
ada juga si pungguk yang merindu si bulan
kadang-kadang berangan nak jadi matahari
mahu berjasa pada alam jagat, menjadi pembakar semangat diri yang kehilangan
kadang-kadang terfikir nak mati sahaja dari hidup
tapi banyak yang masih belum selesai, banyak impian belum tercapai
apa-apa pun pabila berfikir panjang
segala yang Allah s.w.t. tetapkan adalah yang terbaik bagi setiap ciptaan-Nya.
Allah s.w.t. Maha Mengetahui segala yang berada di langit mahupun di bumi inikan pula aku hamba-Nya yang cukup hina ini...
Alhamdulillah..syukur pada-Mu ya Allah kerana menjadikan aku manusia supaya mampu berbakti sebagai khalifah di muka bumi ini. Semoga impian aku untuk menjadi manusia berjasa kepada agama, bangsa dan negara tercapai.
Dan impian aku untuk kedua ibubapaku...
7.20p.m. 2th September 2009 sebelum berbuka puasa..:d:d:d
SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH .........
'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.Dia adalah seorang Doktor Neurologi.Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' ..
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainya.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,
Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!! ! Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam....... Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'
* Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada Kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
LAST WORDS OF PROPHET (RASUL) SAW
'May I come in?' he asked.
But Fatimah did not allow him enter the room.
'I'm sorry, my father is ill,' said Fatimah, turned her body back and closed the door.
She went back to her father who had opened his eyes and asked Fatimah, 'Who was he, my daughter?'
'I don't know, my father. It was the first time for me to see him,' Fatimah said gently.
Then, Rasulullah SAWW looked at his daughter with trembled look, as if he wanted to reminisce about every part of his daughter's face.
'Know one thing! He is who erases the temporary pleasure; he is who separates the companionship in the world.
He is the death angel,' said Rasulullah ..Rasulullah SAWW
Fatimah bore the bomb of her cry. The death angel came toward him, But Rasulullah SAWW asked why Jibra'il did not come along with him.
Then, Jibra'il was called. Jibra'il was ready in the sky to welcome the soul of Habibullah and the leader of the earth.
'O Jibra'il, explain about my rights in front of ALLAH?' Rasulullah SAWW asked with a weakest voice.
'The doors of sky have opened, the angels are waiting for your soul.'
'All jannats open widely waiting for you,' Jibra'il said.
But, in fact, all this did not make Rasulullah SAWW relieved, his eyes were still full of worry..
'You are not happy to hear this news?' asked Jibra'il.
'Tell me about the destiny of my people in future?'
'Don't worry, O Rasul ALLAH. I heard ALLAH tell me: 'I make jannat haram for every one, except the people of Muhammad SAWW who are inside it,' Jibra'il said.
It became closer and closer, the time for Malaekat Izrail to do his work.
Slowly, Rasulullah SAWW's soul was pulled. It was seemed that the body of Rasulullah SAWW was full of sweat; the nerves of his neck became tight.
'Jibra'il, how painful this sakaratul maut is!'
Rasulullah SAWW uttered a groan slowly. Fatimah closed her eyes, Ali sat beside her bowed deeply and Jibra'il turned his face back.
'Am I repugnant to you that you turn your face back o Jibra'il?'
Rasulullah SAWW asked the Deliverer of Wahy.
'Who is the one who could see the Habibullah in his condition of sakaratul maut,' Jibra'il said.
Not for a while, Rasulullah SAWW uttered a groan because of unbearable pain.
'O ALLAH, how great is this sakaratul maut. Give me all these pains, don't give it to my people.'
The body of Rasulullah SAWW became cold, his feet and chest did not move anymore....
His lips vibrated as if he wanted to say something, Ali took his ear close to Rasulullah SAWW.
'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku - take care of the saalat and take care the weak people among you.'
Outside the room, there were cries shouted each other, sahabah held each other. Fatimah closed her face with her hands and, again, Ali took his ear close to Rasulullah SAWW's mouth which became bluish.
'Ummatii, ummatii, ummatii?' - 'My people, my people, my people.'
And the life of the noble man ended.
Could we love each other like him? Allahumma salle 'ala Muhammad wa aale muhammad. How deep is Rasulullah's love to us.
Note:
Send this to all your Muslim friends so that there is an awareness towards the love of ALLAH and His Rasul - because - truly - except this love, the other loves, are
only fana (not everlasting) thing.
Ameen......
Don't worry if people hate you because there are many others who love
and care you in the earth. But be worried if ALLAH
hates you because
there is no other who loves and cares you in akhirat.
May Almighty Allah guide all of us to the Right Path and give all of
us the courage to
accept the Truth in the light of Qur'an and Sunnah
and to reject all things which are in contradiction to the Holy Qur'an
and Sunnah.
(Ameen!)
Please pass this around, perhaps you would be a reason to awaken the
love of the Prophet in someone's heart
*fowarded by friend, Ismail Riyaz (got email from his friend too) so let's forward to others..
Do something worthwhile, before you die!
sesaja aku nak merapu. hahaha
Semakin lama kita hidup, kita semakin tamak.
Hmm aku kata kat diri aku jangan inginkan hidup lama nanti kau akan jadi tamak. Dalam doa aku, aku dah lama berhenti meminta dipanjangkan umur aku sebab bagi aku, semakin panjang umur aku, aku akan jadi semakin tamak. Tamak bukan dari segi harta tetapi tamakkan masa. Masa akan jadi tidak pernah mencukupi untuk aku, bila dah kahwin akan ada anak, kita akan fikir ’jangan la Kau tarik nyawa aku sekarang, ya Allah biarlah aku dapat melihat anak-anak aku membesar’. Apabila anak itu sudah besar, permintaan yang sama akan diminta ’jangan la Kau tarik nyawa aku sekarang, ya Allah biarlah aku dapat melihat anak-anak aku kahwin’. Bila semua anak dah kahwin, kita akan minta lagi ’jangan la Kau tarik nyawa aku sekarang, ya Allah biarlah aku dapat melihat wajah-wajah cucu aku’. Lagi apabila telah dimakbulkan, kita akan meminta lagi ’ ’jangan la Kau tarik nyawa aku sekarang, ya Allah biarlah aku dapat melihat cucu sulung aku kahwin’. Apabila sudah tercapai hajat itu, sekali lagi kita akan membuat permintaan ’jangan la Kau tarik nyawa aku sekarang, ya Allah biarlah aku dapat melihat wajah cicit aku’.
Mana aku tahu or agak benda ni? Hmm nenek aku, dia pernah cakap dia nak tengok aku kerja dulu, banyak cucu dia kahwin masa dia masih ada. Kemudian dia harap dapat melihat wajah cucu sulung dia.
Bertapa kita cuba mengelakkan kematian.
Tapi aku pula takut nak hidup lama, aku takut semakin lama aku hidup semakin banyak dosa aku buat. Aku pun tak nak jadi tamakkan masa. Hmm tak nak merasa sakit tua. Sakit yang hari tu pun aku rasa seksa ni kan pula sakit tua yang bagi aku agak lama. Mintak jauh dengan penyakit tua...
Hmm semoga hidup aku juga makin banyak pahala mampu aku cari. insyaAllah... amin...
Linkin Park- Leave out all the rest
ni lagu favorite aku:D:D:D...layanzzzzzzzzzzzzz
Linkin Park
Leave Out All The Rest
I Dreamed I was missing
You were so scared
But no one would listen
Cause no one else cared
After my dreaming
I woke with this fear
What am I leaving
When I'm done here
So if you're asking me
I want you to know
When my time comes
Forget the wrong that I've done
Help me leave behind some
Reasons to be missed
And don't resent me
And when you're feeling empty
Keep me in your memory
Leave out all the rest
Leave out all the rest
Don't be afraid
I've taking my beating
I've shared what I've been
I'm strong on the surface
Not all the way through
I've never been perfect
But neither have you
So if you're asking me
I want you to know
When my time comes
Forget the wrong that I’ve done
Help me leave behind some
Reasons to be missed
Don't resent me
And when you're feeling empty
Keep me in your memory
Leave out all the rest
Leave out all the rest
Forgetting
All the hurt inside
You've learned to hide so well
Pretending
Someone else can come and save me from myself
I can't be who you are
When my time comes
Forget the wrong that I’ve done
Help me leave behind some
Reasons to be missed
Don't resent me
And when you're feeling empty
Keep me in your memory
Leave out all the rest
Leave out all the rest
Forgetting
All the hurt inside
You've learned to hide so well
Pretending
Someone else can come and save me from myself
I can't be who you are
I can't be who you are
Are you happy? Ask yourself these questions.
Are you happy now? If you want to know whether you’re happy or not, you need to ask yourself these questions…
1. Am I doing the things that make me happy?
2. Are my thoughts of noble character?
3. How can I simplify my life?
4. What are my talents?
5. Does my work satisfy my soul?
6. Am I giving value to my existence?
7. How can I improve my way of life?
Me? Hmm… not really... but I wish I have enough time to change and make my self happy.