Friday, September 18, 2009

Lepas gian, drive/drift jejauh tanjung malim-pasir tumbuh

Hehehehe boleh kata drift ke tak aku just drive gan kelajuan 120-140 je kat kawasan lebuh raya. Kat kawasan bukit 80 je. Lama tak drive jauh, sejak aku wat operation ari tuh. So ini lah masa aku lepas gian. Ayah aku tido kat sebelah hahaha.
Aku tolak dari stesen minyak petronas kat Wawasan 2020 tu dalam kul 11.45 pagi. Aku isi minyak tangki kereta sampai penuh 60 inggit sebab bawak kelisa je, jimat la minyak kereta. boleh sampai rumah n jejalan pusing kota bharu 2 kali kot. hahaha.
Area biasa aku drive 120-140 km/hour. Sampai bukit 60-80 lah, bukit beb! kawasan nak ke Kelantan dari perak memang banyak bukit. Grenti lalu situ, mata yang ngantuk pun boleh celik. Aku ngantuk tapi boleh celik sebab kawasan bukit. Dah la pastu hujan, kena lagi berhati-hati. huhuhu ingat boleh sampai dalam 5 jam je. hehehe.
Pastu lagi melambatkan perjalanan aku bila ada 3 road block. '1st road block' tuk bagi bekalan makanan tuk pemandu oleh Kelantan FM kat kawasan parlimen Datuk Mustafa Muhammad. Sempat la aku baca yang Dato' Pa wat rumah terbuka pada Raya ketiga iaitu 3 Syawal nanti bersamaan 23 September 09.
'Road block kedua' ada tiga buah kereta accident, memang hancur la kereta tuh.
Road block ketiga' bila ada kawasan yang memang ada tempat kastam wat road block check barang kot ada yang seludup barang. Kerugian masa perjalanan dalam 'road block' ialah 40 minit.
Perkara seperti diatas menyebabkan ralat masa dalam perjalanan aku dari tanjung malim ke pasir tumbuh menyebabkan aku sampai kul 6. 30 petang. huhuhu. Tak best loo sebab ada ralat masa nih.

No comments: