Friday, September 18, 2009

Ponteng class hehehe

Ayah aku sampai pukul 6 pagi, khamis, 17 September 09 hehehe. Tu pun aku call dia, risau jugak sebab ayah aku ni jenis tak suka susahkan orang. Dia sanggup nanti aku bangun tido. Aku dah bangun dah masa sahur n dok tunggu call dia. Pastu pergi amik dia. Cian ayah..mesti letih tido dalam bus dah la tak sahur. Dia tak tahu yang bus just berenti 1kali je. Dia ingat berenti tuk sahur sekali. So dia just minum air je lah sahur tadi. Kesian tul aku dengar kisah ayah aku.huhuhu.
Pagi tu, aku hantar erin ke komuter dulu sebab dia nak ponteng awal. Aku n Shery lak pergi class Dr. Amir sebab aku nak bentang selom cuti raya ni. Aku bentangkan pasal Sekolah Wawasan. Orang first ari ni bentang. Siap dapat tepukan lagi sebab orang lain tak nak bangun.
Lepas bentang and abis masa. Aku blah dah. Tak masuk class Dr suppayiah(tah betul aku eja ke tak hehehe) dah.
Apa lagi class koke petang nanti. Huhuhu gomenasai minna!(maaf semua).
Didi n kumz apa lagi, memang ponteng jugak. Huhu dah la group best yang wat aktiviti petang nanti. Ruginye. Tapi nak buat macam mana ayah aku ajak balik tengahari.

No comments: