Monday, May 23, 2011

Aku jumpa lelaki ini...

penuh bercahaya ketenangan memancar..


Aku jumpa lelaki ini...
lelaki macam mana?
lelaki berwajah penuh ketenangan...
Aku akan panggil golongan ini, manusia berwajah dan berhati bersih. Bila je tengok wajah dia, air muka dia... aku sebut..'subhanallah' Maha Suci Allah...
Rasa tenang jiwa bila tengok wajah ni, walau dari jauh. Aku baru terjumpa wajah lelaki begini setakat ini baru 2 kali. Yang perempuan pula, jejak sampai 6orang. Subhanallah...
Tadi aku bertembung kereta dengan lelaki ini, tapi memang la, hati aku terus terkaku seketika. rasa tenang je...
Yang sebelum ni, lagi la... aku dapat tengok amat dekat dalam jarak 6meter je kot. Tanpa halangan langsung. Tenang sangat, masa tu dia gan family dia. Rasanya dalam umur belasan tahun lagi. Tapi memang wajahnya amat selesa hati memandang. Tapi takde la aku tenung sampai tak berkelip mata.
Yang perempuan pulak, satu wajah ni...muka dia mirip dengan pelakon lelaki yang selalu berlakon jadi ustaz tu... er aku tak ingat nama lah. tapi dia ustaz dalam cerita puaka niang rapik. Aku panggil pelakon ni, ustaz amirul. hehehe. Yang ni sorang budak yang amat best mata memandang, tenang je hati aku bila tengok muka budak perempuan ni.
Satu harapan aku, jangan la diorang ubah gaya hidup diorang, sebab apa yang diorang amalkan sekarang tergambar pada wajah mereka. A slightest mistake, salah sikit je, habis la air muka mereka ni. Aku doakan mereka ni 'Ya Allah, semoga air muka mereka tidak akan berubah, semoga lebih menyinar. Semoga seri ketenangan wajah mereka menjadi penambat hati ibu bapa, dan semua orang yang berada disekeliling mereka... seperti mereka menambat hatiku untuk lembut hati memandang mereka..Amin...'
Aku betul-betul nak wajah seperti mereka tapi sekarang ni sudah terlambat, walau aku mengikut amalan yang mereka ni buat. Tetapi apa yang dah aku jalani sepanjang hidup aku sebelum ni sudah ternampak pada wajah aku. Hati aku rasa amat sayu..sedihnya.


P/S: Kecantikan sahaja tidak cukup kalau tanpa menjaga hati dan amalan kehidupan. Semuanya amat terjelas pada wajah manusia. Amat jelas.. ada yang kelihatan cantik dan kita puji dia cantik tapi langsung tak bercahaya, tak menyentuh ke dasar hati orang yang melihatnya, setakat cantik dimata sahaja. Ada berwajah biasa, tetapi sentuhan air mukanya membuatkan hati tersentuh dan terpaut.

2 comments:

Ain Zulaikha said...

wah wah wah adakah itu cinta pandang pertama? hahehehe

Yong said...

hehehe bkn cinta pandang pertama, cuma menjamu mata hahaha.