Sunday, July 31, 2011

SMS/blog mengucapkan selamat berpuasa

Kad ucapan selamat berpuasa

yang ni pasal raya. Motif aku sebenarnya nak cakap jangan main mercun. Asal je start bulan puasa, berbunyi la mercun.

Hari ni banyak blog yang dok meng'wish'kan selamat berpuasa, selamat menyambut Ramadhan al-mubarak. Pendek kata semua berkaitan dengan puasa dibulan Ramadhan. Termasuklah yang masuk melalui handphone kan. Antara yang aku ada dapat adalah:=

sekotak mancis
secakir madu,
selaut kasih
segunung rindu,
sekalung doa penuh syahdu,
salam ni khas buatmu,
selamat menyambut bulan Ramadhan. (forwarded by taktau sapa)

kedatangannya dinantikan
ketiadaannya dirundukan
pemergiannya ditangiskan
ahlan wasahlan syahru Ramadhan
selamat menjalani ibadah puasa dan trawih (forwarded by Sharifah)

Ya Allah, Ya Rabbi, sempena Ramadhan al-mubarak ini, muliakan dan sayangi insan yang sedang baca sms ini. Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya, berkati rezekinya, kuatkan imannya. beri kenikmatan ibadah, jauhkan fitnah. Suburkan benih KEISLAMAN pada dirinya dan zuriatnya dan keturunannya dan masukkan dia dalam syurgaMU tanpa hisab. Amin..Amin..Ya Rabbal a'lamin. Selamat Berpuasa. (forwarded by Nik Suhairi)

Ambillah waktu untuk berfikir kerana itu sumber kekuatan, ambillah waktu untuk berdoa kerana itu sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mendekatiNya kerana itu sumber kekuatan jiwa dan rebutlah RAMADHAN selagi diberi peluang kerana ia mungkin RAMADHAN terakhir untuk dinikmati. SELAMAT BERPUASA. (forwarded by Handphone celcom aku)

semerdu sahutan azan, berdoa padaNya tanda kesyukuran, seikhlas rahmat keredhaan, Moga kehadiran Ramadhan, memperteguhkan iman. SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA, maafkan dosa-dosa yang ada. (forwarded by tak tau sebab cuma timbul nombor saja)


APA-APA PUN, AKU JUGA NAK WISH SELAMAT BERPUASA DIESOK HARI. JANGAN TINGGAL PUASA NANTI DOSA.

Saturday, July 30, 2011

Ribut di majlis tamat latihan kostabel dan tentera di Port Dickson 2011

kredit tuk gambar yang posting gambar perbarisan hari ini : blog http://nurazizahyahaya.blogspot.com/2011/07/perbarisan-tamat-latihan-perdana.html

Hari ni ada majlis perbarisan tamat latihan perdana bagi prajurit muda dan konstabel polis siri 1/2011. Ni la majlis adik aku ari ni. tapi kakak dia ni(aku le ni) tak join. Sebab esok keja kan... diorang boleh balik esok.
Mak dan ayah aku called tadi cerita. Bukan cerita pasal adik aku yang buat perbarisan tapi pasal ribut yang berlaku kat Port Dickson tadi. Siap ada yang pengsan, lebih dari 10 orang. Sebab takut sangat. Dekat 20 bijik kereta kena timpa pokok. Gerai jualan memang habis terbalik. Mak and atuk aku kata, sepanjang hidup diorang ni la pertama kali pengalaman dengan ribut. Rasanya PM kita sendiri pun dapat tengok suasana tu, sebab ia berlaku 30minutes after the march. Sebab beliau pun turut serta dalam majlis perbarisan tu.
Lebih menyayat hati...kereta pakcik aku jadi mangsa pokok rhu tumbang. Habis keretanya, macam nak terbelah dua dah rupa. Bahagian belakang memang tak boleh guna langsung sebab hancur. Cuma bahagian enjin dan tempat duduk depan yang boleh kata selamat jugak. Kesian dia n makcik aku. Datang nak raikan adik aku, tapi malapetaka yang dapat.
Makcik dan pakcik aku ni jenis sabar and tenang, so diorang boleh senyum lagi dan kata bahagian diorang, takde rezeki nampaknya. Kesian sebab keta Honda civic tu masih baru lagi, tak sampai setahun pun lagi pakai. Semoga diorang sabar bebanyak. Orang baik, InsyaAllah rezeki yang lagi banyak bakal datang....

Friday, July 29, 2011

First attempt jahit baju kurung

Hadeh mengah aku hari ni nak menjahit baju kurung sepasang.
Hadeh...
Seksa tul lah.
Mata dah la mengantuk gila ni. Budget masa, siap suma hari ni. Tapi sampai ke malam tak jugak siap.
Ni macam mana nak sambung part badan gan lengan ni. sengal tul la aku ni.... memandai sendiri sampai benda mudah jadi payah.
Sebab tak penah join mana-mana kelas menjahit baju kurung jadi la macam ni. Habis aku sepahkan baju yang dah berlipat sebab nak buat rujukan.huhuhu.
Sampai malam dok la nak pasang-pasang part kain ni.
Best cuma jahit part kain sarung dia je. Sambung 2keping kain.
Kalau la tak menjadi...sedih oooo sehari suntuk aku mengadap siap nak sambung esok lagi ni.

baju contoh gan buku. huhuhu, buku saja tak dapat membantu. ada part yang dia skip. hadeh...

bentang comforter sebab tak nak kain tu bergerak, terpesong time nak gunting.

camne nak sambung part ni, macam payah je. kena jahit sembat biasa dulu selom jahit mesin ni. huargh....mengantuk sangat.

Thursday, July 28, 2011

Durian! Famous sampai ke jepun!

Aku seorang peminat anime dan manga (bukan majalah mangga malaysia yang penuh gosip dan gambar artis tak cukup kain tu ya, sebijik macam majalah yang takde moral kot) ni komik manga. So, back to the story ya... aku kan suka baca Black Butler. Bila abis baca black butler (yang update tiap-tiap bulan), aku survey manga lain... I came across this manga; rosario vampire. Mula-mula tu aku nak baca yang ni nak bandingkan gan Twilight. Baca punya baca...jumpa....jeng...jeng...jeng...DURIAN! Sekarang musim durian...hehehe

nak baca ni? masuk je ke mangareader.net. Aku picked this picture kat situ la ni.
Manga jepun cerita pasal buah durian yang best! hahaha kagum aku, famous tul buah ni. Ingat orang luar dari asia tenggara tak makan durian sebab terlebih manis dia.




kalau baca dialog yang aku bulat tu...memang ayat teruja dengan buah durian.


semangat diorang berusaha nak cari buah durian dalam hutan. Lagi lawak sebab vampire suka makan DURIAN

muka teruja habis sebab dah dapat buah and tunggu dibelah.


monster dorian! Raja buah ni, kira macam monster gak la kan. Best tul la buah durian ni.

Aku suka jugak makan buah durian ni. Tetapi time aku malas tak teringin nak makan, tak payah offer, memang aku tak sentuh. Kiranya ikut mood jugak. Kekadang tu, aku sendiri tak tahan bau durian yang power ni. Ayah dan abang sulung aku peminat tegar buah durian ni. hehe
Selamat makan durian semua. Makan sebelum puasa, sebab time puasa memang buka puasa dengan nasik je nanti.

Wednesday, July 27, 2011

Lagu top di hati aku bulan Julai 2011

list lagu aku yang hampir menjejak ke angka 2000. Yang tu yang ada kat sini, dan ada dah kena burn dalam CD. External dah kurang space ni. huhuhu

Last week, aku susun folder-folder lagu aku. Tukar nama selepas download segala, korang pun tau kan, bila download je kekadang dia letak nama pakai nombor saja. So, I need to change nama mp3 tu kepada nama betul dia. Sambil susun, sambil dengar.
Lagu-lagu lama, kalau dah lama tak dengar dan didengar semula..best jugak.
Ni lagu yang top kat hati aku bulan Julai ni. Takde lagu baru this month ya.:-
  1. Emilia - Big big world (lagu ni memang best, cam balik ke zaman kekanak dulu je. Syahdu)
  2. Air - Bintang (lagu memang top dihati aku masa aku umur 13 tahun, zaman 1998. Rasanya ramai tak tahu lagu ni. Try la dengar. Memang best gila. Aku teruja nak share lagu ni kat sini)
  3. Lifehouse - Hanging by a moment (aku memang minat gila lagu ni)
  4. Arash and Helena - Broken Angel (berada dalam carta 2 bulan berturut-turut)
  5. Gia Gutawa - Sempurna Versi 2 (Versi pertama milik Andra and the backbone. tapi nak jugak dengar suara perempuan yang lembut sampaikan feeling kat lelaki kesayangan. Walaupun aku still single.hehehe)
  6. Belinda Carlisle - Heaven Is A Place On Earth (lagu top juga ni, mula kenal tajuk lagu ni masa tengok dan dengar kat dalam cter 200pounds beauty, selalu jadi tukang dengar saja. aku terus cari dalam tenet pas tau lirik dia)
  7. A-teen - Can't help falling in love
  8. Sophie B. Hawkins - as I lay me down

p/s: old-school songs suma. hehehe. Next month keluar list lagu raya pulak. Dah nak masuk puasa. Diri rasa teruja ni. hehehe

Tuesday, July 26, 2011

ada apa pada 9 Oktober nanti?

tengok..tak menarik pun kan, tetiba je muncul kat yahoo pasal wedding diorang. hehe maaf type yang celupar ni.
Tadi baca news kat yahoo news. Ada gambar couple yang akan kawin on 9 Oktober this year. Memula baca tu, pikir. Apa kes?tu pun sampai heboh kat yahoo, budget artis ke apa. Tapi baca saja. Rupa-rupanya, tarikh tu nampak je 9 Oktober this year- tapi nombor dia not bad lah, antara nombor cun gak bila tengok betul-betul dia jadi cam ni - 09.10.11.
Lagi cun, bila first date couple ni was on - 06.07.08- terus sambung tuk wedding on 09.10.11.
06.07.08.09.10.11.
Best kan main gan nombor nih.
Macam aku cakap kat previous entry, aku pulak asyik spot no best gak - 11,22, 111, kalau jam pulak - 11.11, 10.10 . memang lawa. hehehe perasan je.

Sunday, July 24, 2011

Leisure Dives Photos yang cool!

Dah tengok tak pictures kat yahoo yang bertajuk Leisure Dives Photos?

OK click link ni ya Leisure Dives Photos gaya memang gila leisure. gan gaya siram bunga dalam air, baca buku sambil buat gaya nak dives, n paling cool bila tengok dia dives pakai baju smart. hehehe. enjoy ya. gambar tu tak leh nak tampal kat atas ni, dia cuma bagi copy link saja.

Saturday, July 23, 2011

Gamaknya Malaysia Kalah

Sakit la hati, kalau dia ni la yang jaga gol malaysia, aku target Malaysia tewas 10-1 kot kat singapura. Tak sampai separuh masa pertama pun dah 4-1 je. T_T

So nanti aku update kemenangan singapura ya.

update: so seperti yang dijangka, malaysia tewas. selamat la tak kena 10-1. Dapat 5-3. kecewa gan Sharbinee Allawee, boleh dia main cam hape tah. bola semua nak tepis pakai tangan even bola tergolek kat atas padang bukannya melayang. huhuhuhu

Singapore vs Malaysia 2011

gambar diambil dari wikipedia

Now I currently watch bola sepak malaysia lawan singapura (football, malaysia verses singapore). yang diadakan kat singapore.

Perlawanan yang kelakar kot. Cuba korang bayangkan, permainan baru start tak sampai seminit, to be exact, 26 minutes. Malaysia dah dapat gol!

Aku yang baru nak betulkan tempat duduk aku sebab nak mengadap bola ni, tengok-tengok geng bola malaysia ada kat depan gawang singapore dah. First attempt tak berjaya, kena tendang balik oleh singapore, tapi dia tendang betul-betul depan safee sali. Apa lagi, safee sali terus tendang ke gawang! dapat la satu.

Aku rasa macam game ni main-main je, sebab dalam masa sekejap je Singapore dah samakan kedudukan. Yang aku tak puas hati gan penjaga gol kita, dia macam takut nak sakitkan diri sendiri. Langsung tak nak benteng gan badan atas tanah. Setakat nak tepis pakai tangan dengan tendangan bola bawah, apa kes kan. Huru- hara betul lah. Sekali aku rasa nak nyanyi lagu Haru Haru - Big Bang.

Agak-agak sapa menang malam ni ya?
orang malaysia nampak kecik-kecik je. er kita kurang zat ke?hehehe hope kita menang malam ni, tak kira la kecik pun. Amin...
Kalau kecik tapi menang, memang kita bangga gila kan. Chaiok!

Friday, July 22, 2011

entry boring

gambar dari med gallery . beruang bersandar kenyang?


new day has come...
hari ni rasa bebas semacam je...
tapi...
rasa takde semangat bila hari dah semakin petang macam ni...

Tuesday, July 19, 2011

Kucing Doraemon...

aku tak pandai nak buat tulisan yang nampak macam shadow tu, so aku cuma guna warna kelabu untuk tampal nama permilik dia kat atas kucing tu. er ada sesapa volunteer nak mengajar aku kasi master bab tulisan shadow guna paint tak?ini gambar aku conteng pakai paint saja.


Kucing doraemon...
Selalunya aku pronounce jadik doremon je.

Tadi belek-belek gambar lama. Terjumpa la kucing member aku yang kiut miut ni, kucing ini dipanggil doraemon...perasan something tak?kucing ni nampak pelik kan?

Tang peliknya tu terletak kat telinga dia... telinga kecik je. Cetoet (pronounce it as Ce-to-et guna bacaan bahasa melayu.) haih aku ni asyik nak cerita pasal pronunciation je. hehehe

Mata kucing ni pun lawa kan...bolat-bolat gitu...kiut sangat bangat...dan memang penuh gaya bila dia duduk macam tu..

p/s: aku conteng byk atas pic tu. gambar itu memang milik shahrul or dieja schraewl, baru glamor kan.hehehe. dia wat keja amik pic wedding. Kalo nak macuk webpage dia tu just type nama glamor dia ya. berlambak yang dia join, dari Flickr, DeviantART gallery. pics yang dia amik memang lawa. Dia dok kat perlis. Tapi gerak je hingga ke perak bagai tuk wedding pics ni. Dia pun ajar orang nak amik pics and cara guna adobe. Bukan nak promote, just tuk info kat suma yang dok mencari dia.

Monday, July 18, 2011

picture copyright: 123rf.com

Bulan ni aku akan slow down sikit dalam bab posting entry ni.

Kenapa?

Bulan yang aku rasa macam sibuk sikit dan aku tak terlalu ada dalam kawasan yang ada internet.

So, adios ...

Until we meet again...

Sunday, July 17, 2011

Lawak spotan aku- dah arwah dah

Pernah tak korang bergurau sedikit kasar?
Means, korang terfikir itu adalah lawak tapi bagi diaorang...mereka amik serius.

Aku pernah....
Lawak apa?

Tahun 2009, aku kena operate sebab ada..... tah le ayat saintifik dia, dah lupa. macam ketumbuhan or darah beku kot. Maybe sebab aku penah accident kot. (awat ayat aku ni banyak letak kot)

So, member aku yang ni sorang tahu la kan. Kawan chating; Amy, tapi memang baik la gan aku, muda dari aku.

Pas operate aku balik la kat U, al kisah aku gan dia pun memang satu U.

Satu petang tu dia message aku, saja nak tanya khabar aku kan. Masa aku merempat kat wad (macam la lama sangat kan...exaggerate :P) dia dah message aku pun. Hari tu dia message lagi..saja la kan nak tanya kabar aku yang konon macam nazak ari tu. hahaha

Amy message aku : Apa kaba kawan?



Aku balas waktu malam dah. Bukan sengaja, tapi memang tak sedar langsung. Pastu tetiba je datang idea lawak sengal tak hengat,



so aku reply : 'salam. Dah arwah dah kwn awak tu. Petang tadi jenazah dia htr balik kampong.'(ayat memang dari hp aku ni,cuma yg ni pendek sikit aku copy)


lubang yang dalam kesan operation. Sekarang dah tertutup dah.

Lepas je aku reply message tu dalam berberapa saat je terus amy call aku. Aku ingat dia lambat baca, ye la dia message siang tadi lagi. Aku bantai gelak tak hengat la pastu. First call aku tak angkat, saja nak kasi dia cuak sikit. Second call baru aku angkat. Memula tu terpikir la jugak nak wat suara orang lain. Tapi bunyi suara amy yang cuak, tak jadi aku nak sambung berlakon watak sedih. hehehe. tu la idea spotan aku.

membebel sakan dia kat aku...ye la cerita meninggal pun aku buat main kan.


*walk down the memory lane...

Saturday, July 16, 2011

Nisfu Syaaban - Jom puasa esok!

Saja nak ulang tayang siaran ni. Jom la...esok kita puasa beramai-ramai. Sempena Nisfu Syaaban... jom la. Esok antara hari paling baik untuk puasa sunat.

Jom la puasa sunat sama-sama....

Jom la....

Jom Join ek...

Esok bangun sahur sama-sama ya....

Kita bangun awal, boleh qiamullail... paling tak larat kita buat solat tahajud, ok tak?

Janji eh...

Ajak ke arah kebaikan... jom join

Malam ini malam Nisfu Syaaban

hakmilik gambar dari : zueraidahmuda.blogspot.com

(kalau malas baca, baca saja yang dah highlight/bold) Seperti yang kita sedia maklum, bila tiba malam Nisfu Syaaban, ramai yang akan memenuhi masjid untuk beribadah beramai-ramai, betul tak? So malam ni pun sama juga, sebab malam nisfu syaaban.

hmm malam nisfu syaaban, orang tua-tua suruh baca surah yassin tiga kali. Nenek aku pun tadi ingatkan jugak aku pasal benda ni(biasa la weekend, balik kampung). So tadi dah buat la. Siap wat solat hajat lagi. hehehe. InsyaAllah, kalau aku terjaga awal(padahal boleh je kunci jam) and memang sedar, boleh qiamullail. Ha lagi satu! Jom esok puasa sunat beramai-ramai! Sambil latih diri tuk bulan puasa nanti.

Majlis membaca surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti , selepas bacaan Yasin pertama dengan doa untuk diselamatkan dunia akhirat, selepas bacaan Yasin kedua doa supaya dipanjangkan umur dalam keberkatan dan selepas bacaan Yasin ketiga doa supaya dianugerahkan rezeki yang halal. (http://www.pekanrabu.com/zubir/nisfusyaaban.html)

Sebenarnya amalan baca surah yassin tiga kali tu cuma ada kat malaysia je kot. Sebab takde la pulak Nabi saw buat. Cuma Nabi saw tidak tidur malam melakukan solat sunat sebab 'tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai'(petikan dalam wikipedia).


Apa itu nisfu syaaban?(ambil data dari wikipedia)

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.Pengertian nisfu Syaaban am bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Friday, July 15, 2011

Clean up external hard disk

ha ni la external hard disk aku- toshiba 500giga.



Bersihkan sampah sarap dalam aku punya External Hard Disk. Banyak data yang sama aku simpan. Terutama sekali lagu dan gambar. Kena double check.
Awat tetiba aku jadi rajin ni? Keja yang Extra Urgent masih bertimbun beb!
Saja nak release stress mengadap keja penting tu. So tetiba terpikir nak clean up barang yang sama. Lagi pula external hard disk aku dah full. Bayangkan la, space 500 giga pun penuh. huhuhu nampaknya aku kena beli lagi kot, wat asing external tuk lagu and drama. cari yang 1 tera pulak. hahaha.
Aku beli external hard disk toshiba ni sebab dia tahan lasak. Aku ni suka jatuhkan barang jugak la. clumsy sikit.hehehe. Harga dia RM366 masa tahun 2009. Rasanya tahun ni dah turun harga sikit kot sebab dah muncul yang 1 tera dah now.
Padahal ada dah data yang sama aku burn dalam CD. Tapi tu la, kalau bab cter drama ni, aku lagi suka kalau mudah excess. Walaupun boleh kira gan jari berapa kali setahun aku tengok. Paling tidak pun aku ulang cerita sama - All About Eve je pun. Yang lain memang saja jadi tukang penuh External aku ni.

Wednesday, July 13, 2011

so busy

gambar diambil dari : cikgufarizal.com
macam ni la keadaan aku...meja pun penuh berterabur dengan paper-lebih banyak paper dari dalam pic di atas.


been busy lately. last night pun tido awal sampai lupa nak update blog. really la tired gila dengan paperwork yang bertimbun macam bukit. kalau dulu meja kat tempat keja aku amat la bersih, kertas tak de berterabur. Tapi sejak 3minggu kebelakangan ni, memang macam apa tah. bersepah gila. aku pun tengok, rasa macam menyampah. tapi tu la banyak sangat perkara yang KIV sampai tak tau nak letak kat ruang mana dah.

hakmilik gambar: izyahya.com
sama macam aku punya meja la ni. cuma aku punya load 1/3 dari pada ni sahaja.


copyright: agilitico.com
alangkah beruntungnya kalau aku boleh buat kerja yang banyak pada satu masa. tapi tu la otak aku ni, kena fokus kat satu kerja dalam satu masa. huhuhu

Monday, July 11, 2011

I got awards from Lady Ayu!

Wah hari ni bertuah betul! Balik keja, aku buka blog aku and tengok bahagian komen- Lady Ayu gave me awards! Antara TOP COMMENTATORS kat blog dia.
First time dapat ni..ohhh terharunya...sob..sob..sob.. ada orang appreciate comment aku. sungguh terharu. THOUSAND MILLIONS THANKS TO MRS. AYU! THANKS COZ APPRECIATE MY COMMENTS DENGAN BAGI AWARDS INI.
Dan ni awards yang aku dapat:
I got 2 awards, you! hehehe ok ni link ke belog Lady ayu yang post list yang dapat awards yang ada terselit nama aku jugak ya. wah aku cukup berbangga dan berbesar hati bila tengok nama aku turut ada dalam list Ayu. sob..sob..(air mata gembira+senyuman lebar!!!) http://ladychenta.blogspot.com/2011/07/award-untuk-blogger2-ini.html

Saturday, July 9, 2011

Didi turun kelantan


Baru balik ni: pukul11.35 sampai rumah, terus sambung download cerita Lie to Me yang tengah ditayangkan kat OneHD channel tu.
Tadi keluar jumpa kawan aku yang kecil molek macam budak umur 11tahun kot, selamat muka mature. hehehe. padahal umur dah 26tahun sama cam aku je.
Dia turun kelantan gan geng tempat keja dia. Jejalan...cari makan, telan angin, shopping. Sempat depa shopping kat Rantau Panjang. Tadi diorang lepak kat Wakaf Che Yeh. Semua tempat-tempat shopping je diorang jejak ni. Tapi kawan aku ni tak shopping barang dia langsung, suma beli barang orang kirim je.
Sempat kawan dia komen yang harga barang kat Rantau Panjang lagi mahal dari Wakaf Che Yeh. Ada barang beza harga sampai 10 ringgit. Harga kat Wakaf Che Yeh RM50, kat Rantau Panjang RM60. Tapi malangnya diorang jenguk kat rantau panjang dulu so dah beli yang mahal. Kesian... Dulu aku ingat barang kat Rantau Panjang lagi murah, rupanya mahal jugak. Tapi tak tau la, kot la sebab weekend, diorang tau orang luar ramai turun kelantan untuk shopping.
So backspace ke kisah kawan aku si Diana ni. Terkejut jugak aku sebab dia cakap dia tak shopping pun. Sebab dia ni memang hantu shopping. memang aneh gila la kalau tengok dia tak shopping. Wah dia sekarang dah jadi baik sejak duduk keja kat Melaka ni. Berita mengejut bila tadi dia cakap kat aku yang dia dah bertunang. Sempat la bertukar cerita pasal member2 lama. banyak la aku dapat update pasal member-member lama yang bercempiaran kat muka bumi malaysia ni. hehehe.

Friday, July 8, 2011

Kelantan Juara Liga Super, my review

Seperti yang dijangka,Kelantan Juara Liga Super. Glad to see that Kelantan did not meeting Terengganu. Bet, kalau kelantan berjumpa terengganu, perkara yang sama akan berlaku kat kelantan seperti yang berlaku kat Felda dengan terengganu semalam. If you read between the lines, it really means something. Peace be upon all of us.
Really hope yang bola kat malaysia bersih tanpa pengaruh pihak yang ada kuasa. But, still kebanyakkan perkara sekarang memang dipengaruhi oleh orang yang ada kuasa. Tak suka..tak suka. Bakat seseorang tengelam sebab perkara macam ni. Sounds really stupid lah. Beli pemain untuk menang!
Selamat really selamat, kelantan menang semalam.
Congrats red warrior!

Thursday, July 7, 2011

Bin Laden

picture copyright : guardian.co.uk

Bin Laden...
Isu yang masih belum habis. I read Bin Laden news in yahoo news yesterday. And I wonder until now, why hadn't anybody bother to correct that name- Bin Laden? His name is Osama, while his father's name is Laden, not Bin Laden. So, people must address him as 'Laden' instead of 'Bin Laden'. American or others should know about other cultures, so they would address people accordingly.
All Muslim/Islam male must have 'bin' to show that he is a male. While the female must put 'binti' then her father's name, for example: her first name is 'Shakira', her father's name 'Shahir'= it comes as 'Shakira binti Shahir'. If she has a brother named 'Shafiq', his full name is 'Shafiq bin Shahir'.
Simple explanation =
Shakira (female name) binti (to address a daughter of) Shahir
Shafiq (male name) bin(to address a son of) Shahir

It almost the same like Indian when they put the word 'a son/ daughter of' in the middle of that person's name and his/her father's name.

luckily I live in Malaysia that has many races and glad to know a lot of other cultures.

Wednesday, July 6, 2011

BOla lagi..

jom tengok bola kelantan lwn sabah malam ni!
Semoga Kelantan menang malam ni! chaiyok! gomo kelate gomo ye.

Tuesday, July 5, 2011

Lagi sekali..smack down cermin mata

focus on my glasses rather than my red t-shirt and sling bag ok. comei tak aku gan glasses?

Sekali lagi! cermin mata aku jahanam, pecah, hancur. hampeh tul la.
Semalam, botol air mineral tu terhempap gaya slow motion atas meja, terkena cermin mata aku jugak. Pastu, tanpa disangka-sangka, boleh pecah. Aku ingat paling tinggi pun glasses aku ni cuma teralih tempat ke depan sikit.
Tak sangka pulak boleh pecah kena smack down oleh botol air mineral kecik tu.
Hadeh! melayang lagi la duit aku bulan ni, asyik la lari budget. huhuhuhu

Kali lepas, aku sendiri yang smack down glasses aku tu. Aku letak atas katil, sebab aku nak ke toilet. Masa tu dok tengok cerita..hmm Nur Kasih kot. Lupa lah, tapi rasa macam cerita Nur Kasih je aku dan kengkawan dok tengok tu. Lepas keluar toilet, mata aku terus mengadap tv. Sekali, aku pegi landing kat atas katil. Apa lagi, hancur cermin mata aku kena smack down kat aku. huhuhu.

p/s:sayangi mata anda, jangan rosak macam aku ni baru nak menyesal.

Monday, July 4, 2011

Aku merapu kisah lawak dongeng

Aku ada banyak cerita nak cerita. tapi mengantuk gila right now. samaada nak tido dulu atau bercerita.
Ini cuma cerita dongeng lama. Korang mungkin dah pernah dengar..tapi aku nak ulang balik dengan cukup ringkas ya sebab mengantuk.

sebab ini cerita dongeng aku memulakan cerita aku dengan ''Once upon a time, there was a tree cutter (penebang pokok). He was a very hardworking and sincere person.
One day, he was on his way back home from the woods (hutan). To reach his home, he need to cross a bridge. (malas dah aku nak pikir ayat BI nih, switch la ye, ngantuk dah). So, masa dia cross the bridge, his axe fell into the river. Dia tergamam, melihat kapak dia jatuh. pastu, appear la Dewa dari dalam sungai itu bertanya apa yang jatuh kat dalam sungai tu. Pastu (banyak guna pastu ye), tree cutter ni pun cakap la yang kapak dia jatuh dalam sungai.
The God dived into the river and came out with the gold axe. '' is this your axe?'' he asked the tree cutter.
the tree cutter was an honest man, he said ''no, it is not my axe, my axe is an iron axe''
the God jumped again into the river. after a while, He came out with silver axe. '' is this your axe?'' he asked the tree cutter.
the tree cutter was an sincere man, he replied ''no, it is not my axe, my axe is an iron axe''.
Again, the God went back into the water. After a few seconds He came back to the tree cutter with an iron axe '' is this your axe?'' he asked the tree cutter.
the tree cutter was an unselfish man, he said yes for the iron axe. The God then said 'you are an honest man, here is the reward for your sincerity''. God gave him the gold and silver axes.

After a few months, the tree cutter went for a walk with his wife, while walking on the same bridge, his wife fell into the river. The tree cutter was so shock and speechless to see his wife fell in the river. Then, the God came out, asking what happened. He told the god that his wife fell into the river. the god dived in and came out with Angelina Jolie(someone beautiful).
The God asked him '' is she your wife?''
The man took a long time before he answered ''yes she is my wife''
The God was angry at him ''You such a liar! She is not your wife', i will not give your wife back'.
The god, was about to dive when the tree cutter asked him to listen his reason.
"I said yes because if I say no, you will come out with somebody else prettier than this lady, before you give me my wife, then you will reward me with all the ladies. I dont want to have more than 1 wife, so i must say yes, so then you will only give me that lady.''
Then the God, gave him Angelina Jolie as his wife.

moral of the story: don't be greedy, tengok tree cutter ni siap dapat Angelina Jolie lagi wat bini.
do not lie- menipu itu merugikan, Allah marah dan orang tak suka. Tapi berdasarkan cerita ni, boleh buat 'white lie'(mengaku yg Angelina tu bini dia).

p/s:Maybe tak lawak but enjoy reading, hope korang suka lah ye.
It is just a joke, don't feel offended ok. Sorry to Angelina Jolie I use your name because you are beautiful. If you don't like this, I will remove your name.(like she care or has time to read my blog. hehehe.sesapa je yg ada kaitan or jadi sedara mara Angelina Jolie, jangan la hasut dia marah kat aku ye)

Sunday, July 3, 2011

Bila bosan..main adlib game

Adlib game-permainan bahasa. mencari perkataan dalam box yang diberi. kotak huruf akan bertambah dari semasa ke semasa hingga sampai ke puncak. Kalau sampai ke puncak, game over la tu.
Ni game aku time boring. Ni score tertinggi aku dapat yang dah lama berlaku, hingga sekarang aku tak dapat mengatasi score aku sejak bulan february lagi ni.
Ni website dia http://dictionary.reference.com/fun/adlib try it out..boleh potong aku punya record ke? hehehe. Well game ni boleh register or login pakai facebook tapi memandangkan aku tak ada facebook so tak dapat register lah markah tinggi aku ni.

Saturday, July 2, 2011

suspension of disbelief..

I bought a new novel..again.. of course. My friends and cousin said it is one of the best ever novel. Okay that really sounds good. So yesterday, I called Muda Osman, asking about that novel. Lucky me, because ada lagi satu je yang tinggal. So, aku terus booked, petang tu jugak aku pergi amik buku tu.
Really eager to read the book owh.
Then, aku belek first page....first sentence, aku baca. hmm aku rasa pelik. Aku ulang sekali lagi. Hmm aku ni dah tak faham bahasa ibunda aku ke? Ok aku baca lagi dengan lebih berhati-hati, dengan penuh perasaan. Owh, mungkin ini yang ingin penulis sampaikan...
Next to second sentence pulak. Really troublesome...gosh, frustrated. The words, memang familiar je, tak la payah or perkataan peringkat tinggi taraf Phd term. Tapi, panjang dan berbelit. Aku mula tak suka nak baca ni.
Tapi aku baca la jugak, cuma aku mula rasa yang penulis ni just nak memanjangkan ayat sebab nak tambah muka surat dia, supaya harga boleh up lagi tinggi. Malangnya gaya ayat yang dibuat untuk memanjangkan sentence ni menyebabkan ayat tambah berbelit.
Dah beli kena baca sampai habis...aku teruskan bacaan... Jumpa la pulak jalan cerita yang tak logik dek akal.
Aku bagi perumpamaan... pekerjaan golongan professional seperti jurutera, doktor, akauntan dan peguam kan perlukan pengajian dalam bidang ni, mana boleh ambil orang yang belajar bahasa(macam aku ni) jadi jurutera atau doktor. Mau runtuh bangunan dan mati orang kan? Tak pun, bidang guaman, kalau nak lulus siap kena buat chambering lagi-mana boleh cekup budak ambil business study jadi lawyer-jadi dalam novel ini, perkara itulah yang berlaku. Disuruh bekerja didalam bidang yang tak sepatutnya.
Tapi kerana aku cuba memahami keseronokan kengkawan dan cousin aku, I try to apply the term 'suspend disbelief' untuk novel ni.
Apa itu suspend disbelief?
Aku belajar term ni masa belajar novel sci-fic dulu. yang membawa maksud, anggap perkara itu adalah betul walau tak logik.
Contohnya, cerita Back to the Future( bet ramai suka citer ni,zaman aku dulu), kan tak logik untuk seseorang merentas masa ke zaman silam atau akan datang, apatah lagi menggunakan kereta untuk buat time travel ni. Jadi, sebagai penonton, kita kena suspend disbelief (jangan ambil peduli dengan ketidaklogikan benda tu, anggap saja benda tu benar). harap faham apa yang aku nak terangkan ini.
In conclusion, aku menggunakan kaedah ini untuk menghabiskan novel ini.
Oh ya satu lagi, novel ni mempunyai grammatical error yang amat banyak even untuk perkataan yang amat simple seperti penggunaan 'menyebabkan'. hadeh...really aku tak faham macam mana kengkawan aku dan cousin aku ni boleh kata novel ni best. Mungkin sinopsis atau jalan ceritanya yang best(yang bagi aku kurang logik jugak) dan very 'the' cliche.

p/s: hormon tak stabil kot sampai aku boleh spot banyak sangat grammatical errors dalam novel ni. malas nak peduli pasal ketidaklogikan yang wujud-aku amalkan suspend disbelief untuk novel ni. cuma tak suka bila grammatical error terlampau banyak menganggu pembacaan aku.-very 'the' sensitive one lah aku ni.

Friday, July 1, 2011

Ketidakpuasan hati...


Seperti biasa, aktiviti hujung minggu adalah balik kampung. Kekadang memang boring buat aktiviti sama je macam ni. Ya la, kalau boleh aku nak jugak melekat kat rumah daripada balik kampung time hujung minggu. huhuhu (T_T)(mengeluh nampak..)

Tapi, aktiviti ni macam tak boleh nak elak, nanti ada la yang merajuk dan menangis. Kadang-kadang tension jugak nak melayan kerenah orang tua ni. Padahal ramai je pakcik makcik and cousin aku yang tinggal kat sekitar rumah nenek aku ni, tapi nak jugak aku and mak aku kena menempel kat nenek aku ni.(suara orang tak puas hati, jangan contohi gaya mengeluh aku ni).

Aku bukannya sesuka hati nak membebel tau, geram bila setiap hujung minggu kena spend masa untuk dia sorang je. Aktiviti wajib. Kan korang tau, minggu lepas aku pergi terengganu, aku buat alasan pergi kursus. Bila call cakap aku tak dapat datang, terus merengek, menangis. Nak tak nak, terpaksa jugak aku balik jumpa, bawak mak aku dan tinggalkan mak aku kat sana. Padahal, ramai je yang datang menjenguk dia - cucu yang lain, pakcik n makcik aku, adik beradik dia, Saudara-mara dia, kawan-kawan dia.

Sampaikan, aku rasa kesian kat nenek sebelah ayah aku tu. Oh ya lupa nak cakap, aku dok mengomel pasal nenek sebelah mak aku. Aku kesian sebab aku takde masa nak menjenguk nenek sebelah ayah aku. Sebab, gerenti la kalau balik rumah nenek sebelah mak, masa pagi sampai petang ada kat rumah dia je. Sehari lagi hari cuti, aku nak jugak spend kat rumah kan. So belah ayah aku, memang takde. Apa nak kata bila nenek aku belah mak ni lebih manja. Selamat la yang belah ayah aku ni jenis yang berdikari dan tak merengek. I miss her... insyaAllah aku akan pergi jenguk dia nanti.