HAPPY BIRTHDAY ADIK!
hmm kena nyanyi ke?
Ok...ok....
Allah selamatkan kamu....
Allah selamatkan kamu....
Allah selamatkan adik kesayanganku....
Allah selamatkan kamu....
tengok! kakak-kakak ipar aku dua-dua kecik. bakal adik ipar aku lagi la kecik. Aku? lagi besar dari depa. Family Ab. Aziz raya tahun 2011. Adik aku takde.
Pagi raya, lepas solat raya. Kitaorang salam raya ramai ramai. Er ramai ke? Tak pun adik aku awal-awal lagi salam raya pukul 7.30 sebab dah kena pergi kerja. Salam raya Cuma aku, abang and kakak ipar aku yang nombor dua saja dan my parents.
Tunggu tetamu, lepas je tetamu balik, macam biasalah…kitaorang pecut balik ke kampong. Ayah aku memang selalu akan balik ke kampong dia dulu sebab jalan ke Pasir Mas tu memang bakal jam kalau dah petang-petang. Kalau raya kedua, lagi la jam jalannya.
Tengahari tu baru bertolak balik ke sebelah mak aku pulak. Kat sini suma abang-abang aku datang berkumpul. Kalau kat belah mak aku, banyak rumah kena jenguk sebab suma pakcik and makcik mintak singgah rumah depa ni jadi kitaorang bergerak ramai-ramai g rumah pakcik-makcik aku.
Masa singgah rumah ayah chik aku, dok berbual dan makan-makan. Abang aku yang sulung dok tengok gambar kat dinding. Sekali tu, terpandang gambar atuk gan nenek aku kawin zaman dulu-dulu. Kakak ipar aku cakap la yang muka adik aku sama gan atuk aku masa muda-muda. Pastu baru pakat perasan yang muka adik aku memang sama gan atuk aku dulu kala. Hehehe punya la lama hidup, sekarang baru tau yang muka adik aku tu copy paste muka atuk aku.
Kakak ipar aku kata hensem jugak atuk aku masa muda-muda dulu. Hehehe.
Keturunan orang hensem…
Aku? Hampeh…(hoi! Tak reti bersyukur langsung gan muka ko tu!) Eh tak lah, aku bersyukur lah. Cuma tension bila banyak benda tak boleh makan sebab masalah peyut gan kulit nih. Perut kebal, kulit sensitip, sakit gak jhiwa aku ini bila tengok kuah satey tu. Aku cuma boleh makan satey sahaja, sedangkan aku suka makan pecal tu dengan roti.hua… kalo makan grenti jerawat naik punya. Perut pulak terlebih kebal, makan la makanan basi ke apa ke, orang lain chirit bhirit aku dengan relax je tengok depa.
p/s:Takde orang nak sponsor aku buat rawatan kulit ke? Kasi hilang parut jerawat aku ni. Hehehe.
Kalau raya dolu-dolu, pergi masjid ramai-ramai untuk takbir raya.
Sekarang, budak-budak takbir raya depan tv, tu pun bila ada takbir raya kat tv.
*
Kalau raya dolu-dolu, pagi raya pakat pergi masjid untuk solat sunat hari raya.
Sekarang, ramai yang tercongok depan tv mengadap cerita.
*
Kalau lepas raya pulak, ramai-ramai buat rombongan dari rumah ke rumah.
Sekarang, ramai-ramai pecut balik rumah masing-masing samada nak untuk tengok tv atau pulang ke kampong. Jiran tetangga dilupakan.
*
Kalau dolu-dolu, posmen sibuk yang amat sebab hantar kad raya.
Sekarang, posmen tak sibuk sangat dah sebab orang hantar e-kad raya pakai e-mail dan sms saja.
*
Kalau dolu-dolu, duit raya dapat 30 sen kira tu dah banyak dah. Kalau rumah kat kampong lagi banyak dapat; 50sen or 1ringgit. Orang rumah kat Bandar bagi sikit sebab diorang Nampak saja rumah besar, tapi hutang tu yang kena kedekut sikit. Orang kampong rumah hak milik sendiri takde hutang-hutang sebab tu dapat bagi 50sen gan 1hinggit. Hehehe.
Sekarang, budak-budak pandang tak pandang saja kalau bagi seringgit, siap pakai ayat ‘singgit je?’ dan dengan tak malunya, diorang mintak pulak 3 ringgit.
***
Er apa lagi ye? Entah la, aku rasa yang ni je yang aku Nampak dari dari mata aku. korang pulak apa beza raya dulu dan sekarang yang korang nampak?
“Ni dah kali ke berapa kau puasa kat sini?”
“Kali keempat.” Akmal sengih. “Kira tahun last la, kalau aku tak sambung buat honours tahun depan.”
Oh… Fend angguk. Mesti rindu nak puasa kat Malaysia?” Lain suasana puasa kat tanah air orang dengan tanah air sendiri. Aku yang baru sehari puasa kat sini pun dah rasa tak senang duduk.
“Aku lagi suka celebrate Ramadhan kat sini sebenarnya.” Dengan senyum tenang Akmal menjawab.
Huh?
Akmal membetulkan letak sandar ke dinding. “Roh Ramadhan tu lagi terasa kat sini sebenarnya. Erti Ramadhan sebenar tu, baru betul-betul rasa kat sini. Kat Malaysia sekarang ni aku rasa Ramadhan tu dah jadi lebih kepada benda budaya.”
“Maksud kau?” Kening Fend terangkat sebelah.
Akmal membetulkan letak kopiah di kepala. “Ramadhan tu bukan diertikan dengan bazar Ramadhan. Bukan diertikan dengan Malam Tujuh Likur pasang pelita. Bukan diertikan dengan lawan meriam buluh antara kampung. Bukan diertikan dengan buka puasa di hotel-hotel. Bukan diertikan dengan rancangan masak-masak bulan puasa di TV. Tapi benda-benda tu la yang menjadi definisi bulan Ramadhan di Malaysia.”
Fend diam sejenak. Memikir. Memang betul pun apa yang Akmal cakap tu. Lambat-lambat kepala dianggukkan.
“Orang dah hilang erti Ramadhan tu sendiri. Bagi aku Ramadhan tu purification. Penyucian. Kira penyucian by all means and senses of the word.” Akmal senyum segaris.
Ada kebenarannya di situ. Fend mengangguk lagi. Akmal dipandangnya. "Kalau ikut jujur, selama ni aku tak pernah pulak terlintas nak fikir fasal Ramadhan dengan cara kau fikir." Telus dia mengucapkan.
Akmal senyum senang. “Dan aku pun tak pernah terfikir dengan cara tu sebelum aku sampai tanah Australia ni.” Mudah dia menjawab. “Mata aku pun dah naik kabur kelabu dengan apa yang dah biasa kat Malaysia kut.”
Fend angguk lagi. Sungguh memang selama ni tak pernah terfikir pula nak tengok situasi dari perspektif Akmal tu.
“Sebab tu aku kata kat Malaysia tu benda-benda agama banyak yang dah jadi benda budaya.” Akmal menyambung lagi. “Padahal yang hitam dengan putih tu dah jelas nyata.”
**************************************************************
So korang fikir-fikirkanlah, macam mana korang sambut Ramadhan ni ya. Budaya? Atau Agama? Berbelanja sakan pada bulan Ramadhan? Kalau ya, hope hari terakhir ni jangan la amalkan. Bawak ke tahun depan pun jangan la buat Ramadhan tu budaya. Sambut Syawal sakan gila. Purification adalah pada bulan Ramadhan bukan Syawal pun. Masa ni la nak pulun sakan.
Selalu dengar kat radio pasal--- “baju raya belum beli lagi, kasut raya belum beli lagi, biskut raya tak beli lagi, ha karpet raya pun masuk list ni sekali.”
“Tapi amalan, ibadah kita pulak letak kat mana? Dah buat solat sunat? Khatam al-Quran?” ---Yang ni tak nak Tanya kat diri sendiri ke?
Bila aku dengar lagu raya, ada la certain words yang tak layak nak pakai. Macam penulis lirik lagu tu tak tahu erti Ramadhan dan Syawal itu sendiri. Tak tahu dari sudut agama, tetapi menulis lirik lagu dari pandangan budaya yang dah biasa diterapkan dalam diri kita rakyat Malaysia ni.