Wednesday, August 31, 2011

Raya + Merdeka + Birthday adik




adik aku la ni....muka copy paste atok aku belah mak

Semalam sambut raya, kira hari ni raya kedua. Disamping tu ari ni jugak Hari Merdeka which means birthday adik aku jugak. Wah dia, sambut 3 events sekali gus. Mula-mula tu, aku ingat dia nak sambut 4 events + satu lagi kot la dia kawin raya kedua ke kan. hahaha.
Kawin tu cerita dalam laut lagi buat budak tu maksud dia, tak berlaku lagi la kan, benda yang lambat lagi.

Well, whatever it is, aku nak wish adik kesayangan aku ni...
HAPPY BIRTHDAY ADIK!
hmm kena nyanyi ke?

Ok...ok....

Allah selamatkan kamu....
Allah selamatkan kamu....
Allah selamatkan adik kesayanganku....
Allah selamatkan kamu....
adik gan kengkawan masa study dulu..

ha ok la tu dik ye. Aku je panggil dia adik, yang lain pakai nama je. Well dalam family aku ni memang macam ni, address orang pakai nama takde abang dot dot dot kacawali mak gan ayah je still address pakai pangkat. Gila hape, budget orang putis ke nak panggil mak bapak pakai nama? nak kena pelakung parang gan tok nenek ke. hehehe. oh tapi kakak-kakak ipar memang letak pangkat kat depan.heheheh bukan nak memalukan dia, cuma gayanya tu lawak je. pakai plastik wat topi, cam budak-budak je.

ops lupa...semoga adik panjang umur, dilimpahkan rezeki, mendapat ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup, semoga dipermudahkan segala urusan dan dijauhi dari sebarang mala petaka atau bahaya. amin...main ape le celah pokok tu ye.. eh bukan pokok tapi pondok. tengok ada tiang empat tu.

Tuesday, August 30, 2011

Raya pertama aku 2011




tengok! kakak-kakak ipar aku dua-dua kecik. bakal adik ipar aku lagi la kecik. Aku? lagi besar dari depa. Family Ab. Aziz raya tahun 2011. Adik aku takde.

Pagi raya, lepas solat raya. Kitaorang salam raya ramai ramai. Er ramai ke? Tak pun adik aku awal-awal lagi salam raya pukul 7.30 sebab dah kena pergi kerja. Salam raya Cuma aku, abang and kakak ipar aku yang nombor dua saja dan my parents.

Tunggu tetamu, lepas je tetamu balik, macam biasalah…kitaorang pecut balik ke kampong. Ayah aku memang selalu akan balik ke kampong dia dulu sebab jalan ke Pasir Mas tu memang bakal jam kalau dah petang-petang. Kalau raya kedua, lagi la jam jalannya.

Tengahari tu baru bertolak balik ke sebelah mak aku pulak. Kat sini suma abang-abang aku datang berkumpul. Kalau kat belah mak aku, banyak rumah kena jenguk sebab suma pakcik and makcik mintak singgah rumah depa ni jadi kitaorang bergerak ramai-ramai g rumah pakcik-makcik aku.

Masa singgah rumah ayah chik aku, dok berbual dan makan-makan. Abang aku yang sulung dok tengok gambar kat dinding. Sekali tu, terpandang gambar atuk gan nenek aku kawin zaman dulu-dulu. Kakak ipar aku cakap la yang muka adik aku sama gan atuk aku masa muda-muda. Pastu baru pakat perasan yang muka adik aku memang sama gan atuk aku dulu kala. Hehehe punya la lama hidup, sekarang baru tau yang muka adik aku tu copy paste muka atuk aku.

Kakak ipar aku kata hensem jugak atuk aku masa muda-muda dulu. Hehehe.

Keturunan orang hensem…

Aku? Hampeh…(hoi! Tak reti bersyukur langsung gan muka ko tu!) Eh tak lah, aku bersyukur lah. Cuma tension bila banyak benda tak boleh makan sebab masalah peyut gan kulit nih. Perut kebal, kulit sensitip, sakit gak jhiwa aku ini bila tengok kuah satey tu. Aku cuma boleh makan satey sahaja, sedangkan aku suka makan pecal tu dengan roti.hua… kalo makan grenti jerawat naik punya. Perut pulak terlebih kebal, makan la makanan basi ke apa ke, orang lain chirit bhirit aku dengan relax je tengok depa.

p/s:Takde orang nak sponsor aku buat rawatan kulit ke? Kasi hilang parut jerawat aku ni. Hehehe.

Raya dulu – raya sekarang*dari mata aku

credit gambar dari : wowberita.com

Kalau raya dolu-dolu, pergi masjid ramai-ramai untuk takbir raya.

Sekarang, budak-budak takbir raya depan tv, tu pun bila ada takbir raya kat tv.

*

Kalau raya dolu-dolu, pagi raya pakat pergi masjid untuk solat sunat hari raya.

Sekarang, ramai yang tercongok depan tv mengadap cerita.

*

Kalau lepas raya pulak, ramai-ramai buat rombongan dari rumah ke rumah.

Sekarang, ramai-ramai pecut balik rumah masing-masing samada nak untuk tengok tv atau pulang ke kampong. Jiran tetangga dilupakan.

*

Kalau dolu-dolu, posmen sibuk yang amat sebab hantar kad raya.

Sekarang, posmen tak sibuk sangat dah sebab orang hantar e-kad raya pakai e-mail dan sms saja.

*

Kalau dolu-dolu, duit raya dapat 30 sen kira tu dah banyak dah. Kalau rumah kat kampong lagi banyak dapat; 50sen or 1ringgit. Orang rumah kat Bandar bagi sikit sebab diorang Nampak saja rumah besar, tapi hutang tu yang kena kedekut sikit. Orang kampong rumah hak milik sendiri takde hutang-hutang sebab tu dapat bagi 50sen gan 1hinggit. Hehehe.

Sekarang, budak-budak pandang tak pandang saja kalau bagi seringgit, siap pakai ayat ‘singgit je?’ dan dengan tak malunya, diorang mintak pulak 3 ringgit.

***

Er apa lagi ye? Entah la, aku rasa yang ni je yang aku Nampak dari dari mata aku. korang pulak apa beza raya dulu dan sekarang yang korang nampak?

Kad raya

so officially : Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Kad raya untuk semua blogger dan pembaca



Ok sebelum terlambat, even dah letih gila-gila dah ni. Sebab ari ni bertungkus lumus siapkan kek-kek untuk bagi kat orang dan final touch up untuk baju raya aku. Ni aku nak bagi kat suma orang yang baca blog aku, iaitu---> KAD RAYA! hehehe penuh usaha aku mencari gambar terbaik. Lastly, aku pilih yang paling simple ni.
Otak aku terlebih kreatif ari ni sebab kerja ari ni membuat kek dan menjahit baju--semua perlukan kreativiti dan jadi kreatif. Aku orang yang bukan skema, tak terlalu ikut recipe dan jahit main bantai sesuka hati sampai kena marah gan mak aku. hahaha. Er dah lari topik dah---aku nak cakap aku rajin nak pikir pantun hampeh sempena raya ni.


Sunday, August 28, 2011

Jalan jammed pack time raya


Ok setiap kali raya, grenti la jalan sesak yang amat sangat. Kalau selalu KL-Kelantan just ambil masa 5-6 jam, boleh berubah hingga 12-18jam! hado la, memang sakit jiwa raga sebab terkurung dalam kereta.

Hari ni kat radio dok cerita yang dia bertolak dari KL lepas buka puasa semalam, pukul 3 petang ni baru tiba kat Kelantan. So, korang imagine la sendiri kan.

Aku yang baru kalut nak keluar cari bahan buat kek kukus masam manis pun terperangkap jugak. Padahal kedai borong tu dekat sesangat, kalau kayuh basikal 10minit pun sampai je. Tak pasal-pasal terperangkap sama. Kiri kanan depan belakang, pendek kata sekeliling kereta aku tu semua plat kereta luar. Selalunya aku lebih suka amalkan, biaq depa je shopping time macam ni, al maklum la, time ni je depa balik raya kan. Aku boleh anytime. Lagi pun barang tengah mahal kalau ramai balik kampung ni.


Sebenarnya aku bukan nak cerita panjang pasal jalan sesak nak dewa dewi ni. Just nak postkan kad ni je:
Hati-hati dijalan raya. Kalau mengantuk tidur kat tepi dulu (kalau jam, korang tido je kat tengah jalan tu dalam kereta.hehehe.) Ingat orang tersayang kat kampung halaman, jangan kasi depa sambut jenazah hang time raya-raya ni, sadis tau, orang nak beraya, biar la rasa happy.

Selamat hari raya maaf zahir batin kalau terasa hati dengan aku ye.

Hlovate - Contengan Jalanan - the best!



Part depan Contengan Jalanan- saja aku gatal letak tangan sendiri kat situ, guna pencil yg dah 1 tahun aku cari tak jumpa, baru jumpa tu. pencil aku tu dah masuk 9 tahun hidup dengan aku.

Sebenarnya aku dah lama nak masukkan entry ni.... pasal buku novel yang memang best jugak dibaca pada bulan Ramadhan ni. Sebab topik yang diketengahkan memang banyak bab bulan Ramadhan. membuatkan Ramadhan lebih dihayati bila fikirkan apa yang dikatakan.

Dah baca ke belum Contengan Jalanan oleh menulis Hlovate?
novel unik even dari segi rekaan cover buku pun memang dah unik, mengetengahkan 2 watak iaitu: I-Fend,II-K square, -memang penulis ni unik dan best lah. gaya tersendiri. buat aku berfikir.ada 2 cover buku ni pada 1 buku(takde pasal sinopsis sebab, kulit depan dengan belakang letak 2 cover ni), ni cover yang kena baca dulu, pasal Fend. Mula-mula aku pun tak tau yang 'I' tu maksud dia 1, ingat tu macam gadget I-phone ke apa ke. hehehe so aku bantai baca yang part II - K square. sebab aku minat matematik.
ni pulak cover kedua(ada kat buku ni jugak). Cara nak jelas kan isi buku ni pun berbeza. Elok korang beli sendiri je ye, lagi jelas korang tau maksud unik yang aku nak sampaikan.

Ni aku ada copy part yang membuatkan korang comparekan diri korang dalam kategori ni atau tak.....

yang aku bold kan tu, memang sesuai untuk kita compare diri kita dan fikir-fikirkan lah...

***********************************Dari novel contengan jalanan****

“Ni dah kali ke berapa kau puasa kat sini?”

“Kali keempat.” Akmal sengih. “Kira tahun last la, kalau aku tak sambung buat honours tahun depan.”

Oh… Fend angguk. Mesti rindu nak puasa kat Malaysia?” Lain suasana puasa kat tanah air orang dengan tanah air sendiri. Aku yang baru sehari puasa kat sini pun dah rasa tak senang duduk.

Aku lagi suka celebrate Ramadhan kat sini sebenarnya.” Dengan senyum tenang Akmal menjawab.

Huh?

Akmal membetulkan letak sandar ke dinding. “Roh Ramadhan tu lagi terasa kat sini sebenarnya. Erti Ramadhan sebenar tu, baru betul-betul rasa kat sini. Kat Malaysia sekarang ni aku rasa Ramadhan tu dah jadi lebih kepada benda budaya.

Maksud kau?” Kening Fend terangkat sebelah.

Akmal membetulkan letak kopiah di kepala. “Ramadhan tu bukan diertikan dengan bazar Ramadhan. Bukan diertikan dengan Malam Tujuh Likur pasang pelita. Bukan diertikan dengan lawan meriam buluh antara kampung. Bukan diertikan dengan buka puasa di hotel-hotel. Bukan diertikan dengan rancangan masak-masak bulan puasa di TV. Tapi benda-benda tu la yang menjadi definisi bulan Ramadhan di Malaysia.

Fend diam sejenak. Memikir. Memang betul pun apa yang Akmal cakap tu. Lambat-lambat kepala dianggukkan.

Orang dah hilang erti Ramadhan tu sendiri. Bagi aku Ramadhan tu purification. Penyucian. Kira penyucian by all means and senses of the word.” Akmal senyum segaris.

Ada kebenarannya di situ. Fend mengangguk lagi. Akmal dipandangnya. "Kalau ikut jujur, selama ni aku tak pernah pulak terlintas nak fikir fasal Ramadhan dengan cara kau fikir." Telus dia mengucapkan.

Akmal senyum senang. “Dan aku pun tak pernah terfikir dengan cara tu sebelum aku sampai tanah Australia ni.” Mudah dia menjawab. “Mata aku pun dah naik kabur kelabu dengan apa yang dah biasa kat Malaysia kut.”

Fend angguk lagi. Sungguh memang selama ni tak pernah terfikir pula nak tengok situasi dari perspektif Akmal tu.

Sebab tu aku kata kat Malaysia tu benda-benda agama banyak yang dah jadi benda budaya.” Akmal menyambung lagi. “Padahal yang hitam dengan putih tu dah jelas nyata.”

I-Fend(contengan jalanan pertama)
Bab 30, muka surat 160-163
Hlovate-Contengan Jalanan

**************************************************************

So korang fikir-fikirkanlah, macam mana korang sambut Ramadhan ni ya. Budaya? Atau Agama? Berbelanja sakan pada bulan Ramadhan? Kalau ya, hope hari terakhir ni jangan la amalkan. Bawak ke tahun depan pun jangan la buat Ramadhan tu budaya. Sambut Syawal sakan gila. Purification adalah pada bulan Ramadhan bukan Syawal pun. Masa ni la nak pulun sakan.

Selalu dengar kat radio pasal--- “baju raya belum beli lagi, kasut raya belum beli lagi, biskut raya tak beli lagi, ha karpet raya pun masuk list ni sekali.”

“Tapi amalan, ibadah kita pulak letak kat mana? Dah buat solat sunat? Khatam al-Quran?” ---Yang ni tak nak Tanya kat diri sendiri ke?

Bila aku dengar lagu raya, ada la certain words yang tak layak nak pakai. Macam penulis lirik lagu tu tak tahu erti Ramadhan dan Syawal itu sendiri. Tak tahu dari sudut agama, tetapi menulis lirik lagu dari pandangan budaya yang dah biasa diterapkan dalam diri kita rakyat Malaysia ni.



Aku start baca dari seminggu sebelum bulan puasa lagi, sekarang pun tak habis lagi, sebab aku asyik repeat part yang bagus, yang membuatkan aku berfikir. Aku memang tabik spring la kat Hlovate ni sebab buat otak aku berfikir and rasa nak hafal suma mutiara kata dalam buku tu. (ceh gaaya macam apa da, baik hafal al-Quran kan, hehehe. tau takpe) Tapi tu la aku memang suka la ayat dia yang buat aku berfikir ni.

p/s: untuk penulis Hlovate-sorry ye copy dari buku penulis, because rasanya nak sangat share gan orang sekeliling part ni.

Friday, August 26, 2011

Tips buat biskut raya and sedikit idea kreatif aku

gambar dari : facebook.com

Sekarang kan musim orang buat biskut raya. So here I wanna give tips pasal nak buat biskut raya. Kalau korang tengok dalam respi memana kan, asal buat biskut raya, mesti risau kena pakai telur jugak kan.

Ok, JANGAN PAKAI TELUR UNTUK BUAT BISKUT RAYA!

Kenapa? Membazir je korang letak telur tu. Tak letak telur pun tak menjejaskan apa-apa pun. Sumpah aku tak tipu. Kalau korang tengok biskut cantik-cantik tu, kebanyakkannya tak pakai telur pun. Tapi kalau nak sapu kuning telur atas biskut tu silakan je lah, nak suruh nampak lagi lawa berseri kan.

Mana-mana je biskut raya, korang tak payah la membazir telur letak dalam biskut, save kan je telur tu untuk buat kek.

Aku bab biskut raya ni kacang je, aku main campak sesuka hati je. Tapi satu lagi tip aku, kalau korang ambil respi dalam mana-mana buku tu, SILA KURANGKAN GULA! Jangan ikut dalam buku tu, sebab yang pakai buku most time memang la manis teramat. Aku kurangkan gula kalau buat biskut ni.

Selalunya, 1 recipe tu aku boleh adjust sendiri untuk buat beberapa jenis biskut. Aku amik recipe tu, bab tepung tu, aku kekadang tambah serbuk coklat(kurangkan tepung dan ganti dengan serbuk ni) nak suruh ada rasa coklat or letak milo je. Boleh jugak tambah bijan. Kalau macam doh biskut tu nampak keras sikit, aku tambah lagi marjerin tu, asal doh aku tu tak pecah saja. Boleh sapu kuning telur atas biskut juga ye. Nak kasi nampak kuning keemasan.

Boleh jugak ubah bentuk, ni tips untuk bentuk dan perasa biskut:
  1. tanam kismis/kacang dalam biskut. Selalunya yang ni aku main buat acuan bolat-bolat(bulat-bulat) saja. Malas nak buat rupa lain.
  2. Tak pun, buat gaya macam batang mancis tu, pastu celup separuh dengan coklat. Kalau lagi rajin, celup lagi kat dalam coklat rice(tak kisah yang warna warni ke yang coklat saja.
  3. Kalu nak biskut perisa oren, letak je pes oren sunquick dalam adunan biskut tu.
  4. Campur je terus coklat rice tu dalam adunan doh tu pun boleh. Buat gaya macam biskut bijan kan. Selalu letak bijan dalam adunan doh tu, boleh tukar pakai coklat rice ni.
  5. letak biskut dalam cawan kertas tu dan letakkan coklat cair macam almond london tu
  6. ada yang aku salut coklat dan golekkan dalam dengan kacang atau nestum.(jangan sesekali salut dengan corn flake hancur or tak hancur sebab ini akan menjadikan corn flake tu lemau-aku dah pernah buat macam ni dulu, sebab malas nak tumbuk kacang kan, amik ko, abis hancus biskut aku jadi lemau/masuk angin corn flake tu. biskut still best, salutan dia yang hampeh@#$!)
  7. Dan recipe lama zaman berzaman mesti la biskut sarang anai-anai. Yang ni memang kena kasi lagi lembut doh sebab nak buat sarang anai-anai pakai penapis santan tu kan,nak kena kenyet-kenyet, lanyak-lanyak.

sesuka rasa saja bab buat biskut ni. hehehe. Be creative lah.

Mama carry(biskut) or carry junior(bedak) ke, aku tak pandai buat ye, so tak payah le nak menanya aku yang pelik-pelik. huhuhu.

Thursday, August 25, 2011

Sales!!!!!raya punya pasal la kan

earphone cute aku yang warna purple ni, nampak macam butang baju je. hehehe. happy to be back again uploading my own pictures.

ni la high hell aku untuk raya nanti, saja je nak kasi seksa (hell) kat kaki kan. murah sahaja, sebab tu aku angkat satu. nak tau harganya? RM29.95 je lepas 50%.


Ha kalo korang keluar memana je kat bandar or pekan. grenti dapat tengok pasal SALE ni kan. Kawan aku, chek mask pulak sebut SALE - Sa-le(bahasa melayu macam nama orang sudah hehehe ) Segala benda jadi murah. Nak-nak lagi time dah dekat nak raya ni.
hohoho ni la benda penting bila datang bab nak upload pictar(pictures) banyak aku ni. baru ganti gan yang ni, lepas yang lama tu 2 week rosak.(brand sama tapi warna hijo)


Tadi aku kuar gan member aku, p beli peralatan komputer yang dah rosak ni. Oh lupa ye? Kan aku ada kisahkan hari tu pasal Card Reader aku tu rosak, sampai aku terpaksa pakai banyak gambar dari sumber internet saja. Kurang la best sikit kan.

Pastu masa balik dari tempat keja semalam pulak, aku punya kereta punya mp3 moderator pulak la rosak. Hmm rasa macam fius dia je rosak, so tadi alang-alang keluar, aku pergi cari jugak la nak buat ganti.. Tapi member aku yang terer bab barang-barang changgeh gini kata fius aku tak terbakar pun, wayar dalam fius tak putus pun. Hurm, aku tak nampak pun ada wayar dalam menda nih. hehehe mata rabun sangat la nih.

Lepas jenjalan menjejak barang ni, kawan aku ni Chek Mask, masuk kedai Vern - fullamak weh, murah je 50% diskaun. Hadeh! dugaan betul. er sebenarnya aku bukan high 'hell' girl (heel sebenarnya- hell sebab seksa diri pakai benda yang menyakitkan ni). Rembat jugak satu, sebab aku jenis kaki besar panjang lebar gemok bagai kan. Tah zaman bila la aku nak menyarungnya. Hmm maybe 3,4 kali pastu aku sangkut saja, kasi buruk. huhuhu.

Wednesday, August 24, 2011

Panggilan bom palsu!

gambar dari : ilzaf.multiply.com
Ni baru masuk berita tadi. Pasal panggilan bom palsu kat Mahkamah Kota Bharu, Kelantan. Ayah aku pun dok bercerita jugak, sebab sebelah office dia je mahkamah ni. Ayah aku kan keja kat JUPEM kelantan( pejabat ukur) ukur segala benda dari jalan, tanah, bumi, hari-geng yang tentukan hari puasa n raya.

Adei la, awat la pemanggil tu wat otak sengal time bulan mulia ni. Ada la pulak nak menipu pada bulan Ramadhan ni. Mentang-mentang la dosa tak digandakan(kan pahala pada bulan Ramadhan digandakan), dia pun nak buat perangai. Cuba bayangkan kalau buat dosa pada bulan ramadhan pun, dosa digandakan, abis la...memang berganda dosa manusia ni. Buat kecoh sungguh.

Tau la letih mengantuk n boring. Jangan la buat lawak tak berapa nak berzat. Tak pasal-pasal orang yang dalam office mahkamah yang tengah mengantuk tu celik segar bugar bijik mata. tu tak kira lagi pasal orang lain yang letih berkejar ke sana( pasukan polis khas untuk matikan bom tu) . Aku dok pikir, kalau la polis berjaya tangkap mangkuk plastik ni kan, apa diorang buat ya? Kalau aku jadi polis aku nak cekik and ketuk kepala dia (gaya sopan gitu), kalau gaya brutal, aku terpikir nak sepak terajang or pasang bedil bola kat badan dia. hahaha. owh sebenarnya aku tak imagine pun aku nak buat gaya brutal n keji ni. Saja nak entertain reader entry kali ni saja. Aku kan wanita sejati. huahhahaha.. ye la sangat kan.

Biskut raya dari China!

my favourite cookies nih..almond landon. tak payah perkenal, grenti korang pun dah kenal kan..
gambar dari: kuih-ash.blogspot.com (boleh tempah kat sini lah kalau malas buat)


picture dari : nazizahscookies.blogspot.com
woa...menyelerakan betul lah...

Orang Melayu yang kalut nak beraya, orang cina dari China yang busy buat biskut raya untuk kita! Apa kes? Ok ni isu yang kalut colleagues lelaki kat office aku dok cerita tadi. Adei dah terbalik pulak. Bukan pompuan ke yang patut kecoh pasal biskut raya bagai nih? hahaha dunia dah betul-betul terbalik kan.
gambar dari : nazizahscookies.blogspot.com

Oh tak kisah pasal nak terbalik tu, cuma sekarang heboh dalam berita pasal biskut raya import dari China yang murah tu. Kenapa nak kecoh? Hello everybody, sedaq tak ni? Orang yang tukang buat biskut raya tu dari China, ok tak kisah pasal negara China tu, tapi TUKANG BUAT TU, orang islam ke? Tahu tak bahan-bahan yang orang Islam tak boleh makan? Ok READ BETWEEN THE LINES la kan....HALAL KE TIDAK BISKUT TU? kalau 'ter'pakai lemak bab! tu macam mana?

Cadangan yang sepatutnya, kalau nak beli make sure benda tu halal. Paling mudah, beli je yang homemade cookies tu gan member yang anda kenal. Jangan beli sesuka hati sebab murah je. Kekadang kita tertipu dengan label SELAMAT HARI RAYA KAT BEKAS BISKUT TU. Hello, benda tu boleh cetak ok! belum tentu made in Malaysia apa.

All in all, elok korang tempah biskut gan kengkawan yang anda kenali, LAGI BAGUS KALAU BUAT JE SENDIRI. owh tak ingat, takde masa sebab kerja kan. So, tempah je gan member yang rajin buat tu.

HAPPY BIRTHDAY TO ME!


Few days tak post apa-apa kat blog aku ni.
Menghilang sekejap, bukan ke mana-mana pun cuma TIDUR JE. hehehe biasa la, letih owh. Kelmarin hari selasa aku letih sangat nak online. Lepas je solat terus tido, sedar-sedar dah pukul 12 tengah malam, entah kenapa tah aku tersedar. Maybe otak aku ni hantar message yang today is my birthday kot n Allah s.w.t. suruh aku bangun solat sunat sebab tu terjaga tu. hehehe. tu pun liat nak g amik wuduk. Hadei la, ayat aku kat diri sendiri yang pemalas. 'Kau, time ni syaitan dah takde so memang bukan hasutan syaitan kalau kau liat nak pergi amik wuduk ni. Kau jangan la pulak nak ikut jejak syaitan pulak, hasut diri jadi pemalas!' So, aku dengan gagah berani pergi amik wuduk. hmm wat solat sunat lebih sikit dari biasa. hahaha hadiah hari jadi untuk diri sendiri la tu kiranya kan. Aku hadiahkan pahala untuk diri sendiri. Pahala berganda bulan Ramadhan ni. So aku rebut peluang yang ada ni. Pastu aku sambung balik tido pukul 3 pagi, mata aku ni kerja dia mengantuk je.
So,

HAPPY BIRTHDAY TO ME!
HAPPY BIRTHDAY TO ME!
HAPPY BIRTHDAY TO ME!
HAPPY BIRTHDAY TO ME!

Pastu, kawan chat aku yang memang dah lama hmmm dekat 4tahun dah, yang every year wish aku; Mr Apeks wish aku lagi tahun ni. Thanks la kawan sebab sentiasa ingat birthday aku ni. Er selamat ada Tagged reminder la untuk aku remember birthday dia jugak. hahaha. Thanks again ye.

Pastu Sha kawan masa zaman u pun msg aku jugak, tak berjaya menjadi orang pertama, kesian dia. Takpe-takpe, ingatan tu lebih penting.

Orang yang aku nanti wish dia, tak wish pun. hurm takpe la maybe dia busy kot...

Sebenarnya hampir aku lupa jugak birthday aku ni, hingga la my nephew aku remind aku pasal birthday aku. Coz aku gan dia beza 4hari.

Tahun ni takde kek pun. Tapi aku tak kisah pun, sebab aku kira on diet gak la. Kurangkan makan makanan berat. Kek yang my nephew aku pun aku makan secubit je. hehehe risau nanti pipi tembam. Kakak tempat kerja aku yang rapat gan aku, kakak comel tu dah nampak chubby sikit dah sebab dia kata dia bantai kek lapis sarawak sebijik dia sorang. hahaha kelakar la, memang sakan dia bantai.

Hadiah untuk diri sendiri? Hmm aku dok pikir nak beli buku pakai baucer Muda Osman je nanti, budget nak abiskan RM200-300. Dok tunggu stok buku yang aku follow online ni keluar bulan depan. Penulis tu, Acik Lana kata keluar lepas raya. Takpe la lambat dapat pun.

Nak beli tuk my nephew jugak buku. Malas aku nak bagi hadiah baju coz dia cepat membesar lah. Baik beli je buku untuk dia kan.

Hadiah yang Allah s.w.t. bagi sempena Ramadhan dan Hari Lahir aku:
  1. Sedarkan aku selepas tidur malam untuk solat sunat.
  2. Dah tahu nak solat sunat tasbih, belajar kat tempat kerja aku, diorang anjurkan solat sunat tasbih dan aku first time buat kat tempat kerja aku tu.
  3. Bagi aku kekuatan dan semangat untuk solat sunat.
  4. Pahala berganda.
  5. Lembut hati nak buat amal lebih
  6. Bagi masa yang banyak untuk aku buat solat sunat bebanyak. (Allah lapangkan masa aku).
  7. Lucky hand- aku pick nombor kutu yang betul, dapat duit kutu time nak dekat raya, time orang lain dah nak kering duit sebab nak beraya.
  8. Duit claim masuk (ramai kata lambat proses, tapi aku dapat cepat je bulan ni)
  9. Bonus dapat
  10. Duit jual kertas kat recycle.
  11. Gaji dah masuk hari ni jugak.
  12. Pihak pentadbir bagi biskut raya (nak cerita jugak ke? oh mesti lah)
  13. Sales gila-gila (boleh tambah koleksi baju aku! lain kali tak payah beli kain dah).
  14. Dapat baucer diskaun buku sempena hari lahir aku(boleh borong buku lagi, my favourite activity memang baca buku)
  15. dan banyak lagi yang most time aku ni take things for granted kan. Aku bersyukur pada MU, Ya Allah..alhamdulillah...

Sunday, August 21, 2011

Pom Pam Pom Pam mercun 3 @#$%&*

gambar dari biliksofware.blogspot.com

Ok ni aku tak nak cerita panjang. Dan aku tak nak post apa-apa gambar pelik dan dasyat kat entry kali ni. Cuma...

Korang type sendiri perkataan 'mercun' kat google image tu. Nanti keluar la gambar pasal mercun.

DAN KORANG BOLEH TENGOK! Tengok... dan tengok
  1. jari-jari yang hancur berdarah sebab main mercun
  2. tangan-tangan kudung sebab mercun
  3. muka menderita sebab jadi mangsa mercun- menyesal tiada guna dah. main la lagi....
  4. Kisah mercun yang meletup menyebabkan anak sendiri mati sebab bapaknya kumpul mercun, kononnya nak buat bunyi mercun yang gempak masa akhir ramadhan, kisah last year 2010. Akhirnya anak sendiri terkorban, mayat anaknya itu dijumpai terlekat di celah dahan pokok. Kerja bapak yang takde kerja!
  5. mayat-mayat hangus di kilang mercun yang terbakar (meletup kot).
  6. On top most - kepala pecah berkecai sebab main mercun- dengan darah memenuhi jalan.

Pom Pam Pom Pam mercun 2@#$%&*

gambar import dari kgsilou.blogspot.com

firecracker part 2!

Cerita ni cerita lama pasal firecracker jugak. Cerita budak nakal (jahat) gan imamJustify Full muda (bukan program imam muda kat tv tu ye)
Kisah ni berlaku kat kampung aku, ketereh.

Pada suatu malam bulan Ramadhan, waktu tu time solat terawih. Biasa la kalau kat area kampung memang penuh je gan orang. Termasuk la bebudak kecik hingga la yang tua.

Budak-budak kadang-kadang datang untuk moreh je. Solatnya kekadangnya tidak. Nakalnya tak hengat. Bila bising, kena halau turun bawah/ halau keluar. Nak borak time orang lain solat, saja la nak cari nahas kan.

Bebudak ni, selalunya memang bawak mercun dalam poket baju melayu depa. sabar je lah perangai kan. Biasa la nama pun budak.

Ada la geng budak ni. Saja nak pedajal imam kat surau tu. hmm maybe sebab imam tu muda, baya diorang time tu 15 tahun saja. muda, kan? Well mak bapak imam ni hantar dia belajar agama khas untuk jadi imam. Memang budak imam ni tahfiz Al-Quran lah, suara pun best. Ramai la yang puji sebab muda-muda lagi jadi imam. Dia pun ada abang, abang dia 17 tahun, sama macam dia jugak; imam.

Tapi untuk bulan Ramadhan tahun tu, dia yang jadi imam. Gamaknya bebudak nakal ni jealous sebab mak bapak diorang asyik puji imam muda ni je kot.

So, nak dijadikan cerita kemuncaknya...malam tu, imam muda ni tengak lead solat terawih... budak-budak nakal ni pulak pergi kat bahagian luar surau, betul-betul tempat imam duduk. Masa tu, imam tengah bacakan surah. Diaorang berpakat geng-geng depa, pasang mercun, mercun kuat pulak tu, tak tau la mercun apa (korang imagine je mercun bola tu, boleh tahan kuat). Terdiam imam tu semasa dok baca surah tu. Quite lama jugak imam tu terdiam, maybe dah terlupa sambungan surah tu sebab terkejut. Sehingga la abang dia yang ada kat belakang dia sambungkan sedikit ayat, baru la imam muda tu sambung balik ayat abang dia tu.

Moral of the story : jangan lah berdengki dengan orang, cuba jadi lebih baik dari orang tu, atau contohi beliau. Jangan la mempermainkan agama sendiri. Sampai sanggup kacau imam yang tengah lead solat terawih, Allah s.w.t. benci dengan sikap macam tu.

Apa jadi kat bebudak nakal tu?

Yang tu aku tak tau pulak...hehehe. Entah dapat tangkap ke tidak entah.

Saturday, August 20, 2011

Pom Pam Pom Pam mercun@#$%&*

picture dari : alibaba.com -camel egg firecracker.

credit to sz-wholesale.com for this picture. Ni mercun papan aku panggil

Pom Pam Pom Pam. Sekali bunyi yang aku buat ni macam bunyi mercun papan yang selalu orang cina pasang nak sambut Gong Xi Fa Cai pulak.

Hari ni kisah pasal mercun. Selalu je tiap kali menjelang raya ada bunyi ni kan. Tak lengkap raya tu kalau tak bakar duit ni. So, mana-mana yang suka mercun tu, n tak dapat nak cari supplier mercun untuk main mercun, boleh la korang bakar je duit. Ha kalau bakar duit ni pun sama je.... lagi marak kot. Berkepul-kepul asap keluar. hehehe so sarkas-stik la pulak.

Geram jugak gan orang main mercun ni. Tak kira masa nak main. Ada tu sengaja je main time orang dok solat terawih. Memang la bengkak hati gua nih. Rasa terbakar sama cam depa ni bakar mercun tuh je.

Mana taknye, orang dok nak kusyuk solat, diorang mangkuk hayun ni@#$%& pasang mercun. Kalau mercun papan yang bunyi panjang dan tak berapa nak kuat tu takpe la jugak. Ni tak, sekali diorang pasang mercun bola tuh. Er or 'bedil' bola kot yang selalu orang kelantan dok sebut tuh. Tak pun pasang yang mercun botol tu. memang la bengkak hati!

Diorang ni memang sengaja nak test jantung orang tua masing- masing kot. Aku yang muda ni pun boleh tersentak-terkejut, ni kan pulak yang tua. Tak pasal-pasal ada je yang menyumpah dalam hati time solat. Adei, memang la korang tanggung dosa buat orang menyumpah dan tak kusyuk solat.

Aku ada rasa macam nak join jugak je. Rasa macam nak amik satu, n baling kat depa mangkuk plastik nih, kasi berkecai. Uhuh ni kira manslaughter ke? hehehe. tak sengaja ok! ha kira macam memain baling mercun gan depa ni lah. Er boleh pakai ka? memang kasar la tu main baling mercun kan. Ingat ni main snow ball ke? nama ball je sama ok. tapi ini adalah mercun ok. So ball firecracker ok! not snowball.

P/S selamat depa tak baling gan fireball kan. hahaha. Kalo tak, bankrupt la insurance company.