Thursday, June 30, 2011

Wednesday, June 29, 2011

Tak boleh upload picture la pulak.

I tried post some pictures tonight. but it won't work out. Oh I'm so upset now. geram pun ada ni. Last pictures regarding my visit to terengganu baru ni. Entah kenapa blog buat hal, but i bet lah, memang kebanyakan blog waktu ni mengalami kesukaran macam aku ni jugak. sebab aku dah testing guna chrome, modzilla, opera, flock, nescape, safari n explorer dah(nak menunjukkan banyak web browser aku ada, but seriously memang tak jadi jugak). so no picture for tonight.
Aktiviti aku hari ni agak kesengalan. Mengular...analisis berlambak tak siap tapi sempat je aku baca novel on line. Kesengalan terserlah(*_*) mata bintang.
Malam ni ada bola kan, kat luar tu bunyi guruh kuat semacam je. Grenti la plug tv kena cabut dah tu. No football for tonight. baca newspaper je nanti or tanya kat chek mask yang memang kaki bola.
Aku mengharapkan kejayaan berpihak kepada kami...

p/s to aya: chek mask still tak keluarkan pictures dari camera dia. Aku nak post pictures yang ada pic ko gan your nephew n sister ko. Kalau nak g cuci mudah. Sorry again, tak dapat coz blog engine prob kot..esok la kot aku post lagi.

Tuesday, June 28, 2011

Tolong jaga HARTA KESAYANGAN AKU INI ELOK2!

tadi sambil-sambil tunggu mak aku guna laptop. Aku belek novel-novel aku...aku pun amik novel MAID, aku belek-belek sikit...
Satu perkara yang menyebabkan aku rasa kecewa dan sakit hati...buku aku dah rosak sikit! kan kalau buku dibuka luas-luas, tak pun malas nak guna penanda buku, orang suka letak gaya macam ni...
letak macam ni..memang la jahanam buku aku! haduh, sakit hati aku bila tengok buku aku sakit/damaged. kecewa tau, buat apa aku sediakan bookmark segala kalau tak bertujuan suruh jaga HARTA KESAYANGAN AKU ni elok-elok. tanda elok-elok, tak payah nak lipat or wat gaya kat atas ni. rosak buku aku. habis tulang belakang buku aku rosak, buku tebal, kalau buat gaya macam ni, alamatnya mudah la tercabut pages tu.
Aku nak buka luas-luas pun sayang tau, bagi kat depa ni, terus jahanam buku aku. huhuhu. tolong......tolong lah...jaga harta orang macam orang tu jaga harta mereka ni.

p/s:Ni yang buatkan aku tak nak kasi pinjam nih!

congratulations to Mell

Happy bila dengar Mel dapat offer DPLI. Alhamdulillah, rezeki dia banyak tahun ni. Dia called aku semalam bagitau yang dia dapat DPLI kat UIA, suara yang penuh excited dia gtau aku. Lucky her. Dah 3kali mintak, Alhamdulillah kali ketiga dia dapat. Nervous lagi tu, dok kalut tanya, kena pakai tudung ke tak… apa kena buat? Kena buat medical checkup ke tak? Buku apa yang perlu? Dan semestinya soalan pasal elaun.

Dia cakap aku yang banyak sokong dia, hehehe what’s friends for, mesti la aku nak jadi kawan masa senang dan tetap akan berkawan walaupun masa dalam susah. Rezeki dia, Allah s.w.t. bagi dan ini bahagian ko, mel. Aku cuma boleh doakan je. Allah yang menentukan segalanya.

Pastu bulan 10 nanti Mariam Mellisa or aku panggil mel je akan melangsungkan perkahwinan dia gan boyfriend dia sang sejak sekolah lagi. Lama tak? Mau dekat 10years gak tu dok bercinta kot. Hehehe. Love you girl! Tahniah sekali lagi ye.

oh ya lupa nak perkenalkan siapa dia ni kan? mariam mellisa kawan aku masa belajar kat ukm dulu. Kitaorang satu course. Dia jenis pendengar yang baik dan penyabar, cara tegur orang pun dengan berhemah, tak brutal2, PERANGAI DIA NI KATEGORI YANG SAMA MACAM ALIA(AYA), golongan yang aku suka berkawan, they are cooooollll....

Monday, June 27, 2011

TRIBUTE TO ALIA

next (asyik la jadi nest bila nak type, komp ni suh aku tdo dulu kot.)tribute to aya-chan. hehehe




















Sunday, June 26, 2011

MERONGGENG BERSAMA DI TERENGGANU










TO ALIA...


Hype aya...hehehe sorry sesangat ya, try nak upload semalam, tapi memory card ni pulak tak boleh baca, gayanya macam suruh aku rehat dulu saja. So malam ni aku upload khas untukmu ye aya. N u look so sweet lah. ikhlas dari hati ni tau.
ramai-ramai meronggeng basikal mengelilingi Taman Tamadun Islam

Posing kat replika masjid. Aya n ayu berdiri. Aku n efa duduk.

Antara picture favourite aku ni. Aku n aya diatas basikal. hmm menyesal tak pakai baju t-shirt.

Aya yang keletihan sebab tersalah pilih basikal yang rosak kat TTI(taman tamadun islam)

this one is sweet. masih boleh tersengih walaupun penat berkayuh basikal.

candid picture kat cafe wan man-taman tamadun islam

awat senyum tak nampak mata ni?hehehe

gambar kat depan masjid kristal lepas solat zohor. ramai bukan main orang kat sini. ada jumpa 3pasangan pengantin nak amik pic kat sini.

ni gambar kandid yang diambil oleh ayu



gambar suka suki riang hati

Saturday, June 25, 2011

Baru balik dari Terengganu...

Sebenarnya nak update pasal jejalan ke terengganu.
Tetapi memandangkan aku banyak kerja kena buat lagi ni. Mmm aku bawak balik 1 kotak data yang perlu dibuat analisis. Tapi satu pun aku belum sentuh lagi. Esok dah kerja, siap ada orang booking aku lagi esok nanti. huhuhu. Kerja aku kat office aku tu pun dah bertimbun. So aku nak tido awal sikit dan bangun awal dan siapkan kerja aku.


Petang tadi aku bertolak dalam pukul5petang untuk balik semula ke kota bharu, sempat singgah kat 2kedai jual keropok losong lagi. hehehe. Sampai rumah dalam pukul7.45. 2hours and 45minutes. kalau tolak dengan lawatan membeli belah kat kedai keropok losong tu, rasanya lebih awal lagi kot. maybe dalam 7.30dah sampai kot.
Jalan pun sibuk sikit dengan kereta yang banyak tu. lagi menyebabkan aku lambat sampai. huhuhu

Friday, June 24, 2011

Bercuti ke terengganu


Hari ni hari jumaat. Aku pakat gan geng masa sekolah dulu nak turun terengganu hari ni, mmmm pagi ni la, lagi 9jam. Kitaorang nak pergi jejalan ke sana. Saja nak berkumpul ramai-ramai walaupun takde la ramai sangat, just 5orang je pun. Salah sorang kawan aku ni dah tinggal kat sana selepas family dia berhijrah ke Terengganu.
Ini la peluang nak berjalan-jalan. Sebab dah lama jugak aku tak keluar meronda ni. Terutama sekali dengan kawan-kawan satu sekolah. Aku, Chek Mask, Efa dan Ayu akan bertolak pukul9pagi esok. Ala..dekat je pun terengganu tu, dalam 3jam je ke Kuala Terengganu. Saja post awal sebab sok aku dah tak surfing internet dah until saturday evening.
So I will see my blog again on saturday. Gonna miss my blog and my blogger friends and their stories.

Thursday, June 23, 2011

Perhatian!pemandu kenderaan lampu putih


Baru balik beli barang dapur. Malam..
Nak luahkan perasaan tak puas hati kepada pemandu yang bagi aku amat melampau lah. Geram dengan pemandu yang pasang lampu warna putih. bengang!@#$%^ Tahu tak korang ni yang korang ni MENYALAHI UNDANG-UNDANG. LAMPU PUTIH KAT KERETA ADALAH SALAH. Really hope, JPJ ambil tindakan yang lebih tegas.
PERHATIAN YA, PEMANDU YANG TAK MENGHORMATI PEMANDU YANG LAIN... PASANG LAMPU PUTIH KAT KERETA TU MACAM SULUH LAMPU KALIMANTANG KAT MATA PEMANDU YANG LAIN. TERUTAMA SEKALI BAGI PEMANDU YANG BERADA DI HADAPAN KERETA YANG MEMASANG LAMPU PUTIH NI.
Nak tau apa aku buat kalau aku kena duduk di depan keta melampau ni. Aku bawak slow nak kasi dia lintas aku( sapa boleh tahan kalau keta kat depan bawak slow kan). Pastu, aku follow dia, kalau dia bawak laju, aku bawak laju gak. Aku follow rapat-rapat, aku tak bagi orang potong aku, sebab aku nak kenakan pemandu yang pasang lampu putih. KORANG NAK TAU? aku pasang lampu tinggi, biar padan muka dia, biar dia pun rasa silau macam orang lain rasa. Silau kita yang pandang lampu kalimantang putih tu lagi teruk dari silau lampu kuning.
Sinar putih lagi pedih mata nak pandang. Silau.
So aku galakkan suma orang boikot orang-orang yang pasang lampu putih ni.

Wednesday, June 22, 2011

Kebaikan berselawat

ok kebaikan dan hikmah selawat ini aku dapat daripada Shukli bin Suban dari Sygenta. ini adalah email yg dihantarkan ke email aku. So I think I must share this with others.

  1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
  2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
  3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
  4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
  5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
  7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
  8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
  9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
  10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
  11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
  12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
  13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
  14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
  15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
  16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
  17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
  18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
  19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
  20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
  21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
  22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
  23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
  24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
  25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
  26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Bukhari
  27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
  28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
  29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
  30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) – Bukhari
  31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
  32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
  33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
  34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
  35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari
  36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
  37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud
  38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
  39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim
  40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari
  41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
  42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih
  43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
  44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
  45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu dawud
  46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
  47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali – Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
  48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
  49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
  50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Tuesday, June 21, 2011

Budaya terlebih percaya...

Just wanna show these pictures:
Kedai sebelah menyebelah menjual benda yang sama : goreng pisang. persaingan sengit. (ini bukan apa yang aku nak ceritakan/tekankan disini) tapi....
kedai ni tutup hari ni. tapi kat sini(kelantan) peniaga macam sesuka hati je meninggalkan barang yang jadi bahan nak meniaga tanpa dijaga. Nampak je pisang tu, tutup gan newspaper je, sesapa nak ambil pun macam kacang/mudah/easy/ a piece of cake je. Aku pun jadi pelik, tak kira la stall kain ke, stall barang ke mereka membiarkan macam ni saja keadaannya.

Lagi satu, kat kelantan ni, terutama kat pasar siti khadijah... mereka jual item yang sama, tapi memang mereka rapat sangat sesama mereka, langsung tak cemburu dengan kejayaan perniagaan orang sebelah...siap datang menyibuk, tolong promote barang member dia lagi walau item yang dia tolong promote tu adalah barang yang sama dia jual.

Lepas tu, time nak pegi solat, kedai memang terbuka macam tu tanpa orang jaga/ duduk kat kedai tu. Mereka setakat pesan kat jiran( yang jual item yang sama macam dia) supaya tolong jualkan barang mereka kalau ada orang datang nak beli. Memang mereka ni teramat percayakan sesiapa saja-takde orang nak mencuri kot bagi mereka ni. Membuatkan aku kagum....
(apa yang aku cakap ni pernah mendapat liputan kat tv 3, kalau tak silap Majalah 3 kot.)
ni kedai sebelah kedai yang tutup kat gambar pertama. Tapi aku suka pergi beli kat kedai yang tutup tu, goreng pisang dia lembut. hehehe