Friday, August 26, 2011

Tips buat biskut raya and sedikit idea kreatif aku

gambar dari : facebook.com

Sekarang kan musim orang buat biskut raya. So here I wanna give tips pasal nak buat biskut raya. Kalau korang tengok dalam respi memana kan, asal buat biskut raya, mesti risau kena pakai telur jugak kan.

Ok, JANGAN PAKAI TELUR UNTUK BUAT BISKUT RAYA!

Kenapa? Membazir je korang letak telur tu. Tak letak telur pun tak menjejaskan apa-apa pun. Sumpah aku tak tipu. Kalau korang tengok biskut cantik-cantik tu, kebanyakkannya tak pakai telur pun. Tapi kalau nak sapu kuning telur atas biskut tu silakan je lah, nak suruh nampak lagi lawa berseri kan.

Mana-mana je biskut raya, korang tak payah la membazir telur letak dalam biskut, save kan je telur tu untuk buat kek.

Aku bab biskut raya ni kacang je, aku main campak sesuka hati je. Tapi satu lagi tip aku, kalau korang ambil respi dalam mana-mana buku tu, SILA KURANGKAN GULA! Jangan ikut dalam buku tu, sebab yang pakai buku most time memang la manis teramat. Aku kurangkan gula kalau buat biskut ni.

Selalunya, 1 recipe tu aku boleh adjust sendiri untuk buat beberapa jenis biskut. Aku amik recipe tu, bab tepung tu, aku kekadang tambah serbuk coklat(kurangkan tepung dan ganti dengan serbuk ni) nak suruh ada rasa coklat or letak milo je. Boleh jugak tambah bijan. Kalau macam doh biskut tu nampak keras sikit, aku tambah lagi marjerin tu, asal doh aku tu tak pecah saja. Boleh sapu kuning telur atas biskut juga ye. Nak kasi nampak kuning keemasan.

Boleh jugak ubah bentuk, ni tips untuk bentuk dan perasa biskut:
  1. tanam kismis/kacang dalam biskut. Selalunya yang ni aku main buat acuan bolat-bolat(bulat-bulat) saja. Malas nak buat rupa lain.
  2. Tak pun, buat gaya macam batang mancis tu, pastu celup separuh dengan coklat. Kalau lagi rajin, celup lagi kat dalam coklat rice(tak kisah yang warna warni ke yang coklat saja.
  3. Kalu nak biskut perisa oren, letak je pes oren sunquick dalam adunan biskut tu.
  4. Campur je terus coklat rice tu dalam adunan doh tu pun boleh. Buat gaya macam biskut bijan kan. Selalu letak bijan dalam adunan doh tu, boleh tukar pakai coklat rice ni.
  5. letak biskut dalam cawan kertas tu dan letakkan coklat cair macam almond london tu
  6. ada yang aku salut coklat dan golekkan dalam dengan kacang atau nestum.(jangan sesekali salut dengan corn flake hancur or tak hancur sebab ini akan menjadikan corn flake tu lemau-aku dah pernah buat macam ni dulu, sebab malas nak tumbuk kacang kan, amik ko, abis hancus biskut aku jadi lemau/masuk angin corn flake tu. biskut still best, salutan dia yang hampeh@#$!)
  7. Dan recipe lama zaman berzaman mesti la biskut sarang anai-anai. Yang ni memang kena kasi lagi lembut doh sebab nak buat sarang anai-anai pakai penapis santan tu kan,nak kena kenyet-kenyet, lanyak-lanyak.

sesuka rasa saja bab buat biskut ni. hehehe. Be creative lah.

Mama carry(biskut) or carry junior(bedak) ke, aku tak pandai buat ye, so tak payah le nak menanya aku yang pelik-pelik. huhuhu.

2 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Part sugar tu ai totally agree
Almost theyols letak sugar mcm Nk Kasi weols kencing manis khen sugguh gerun ooo
Selamat hary raya Yong (。-_-。)

Yong said...

tu la,mmg gila2 manis, so selalunya yong kurangkan separuh atau 1/3.
Selamat hari raya untuk ayu jugak!