Tuesday, November 10, 2009

aktiviti 1.14 pagi= assignment

aktiviti pukul 1.14 pagi, 10 november 2009 di bilik B1 di sebuah rumah di taman nusa. hehehe.. jeng..jeng..jeng.. pakat la group 4F=empat bunga nih dok wat assignment nak hantar esok nih. lusa ada kelas Dr Sabri huhuhu malas tul wat walau 1 page je. aku wat jap lagi kot. nak baca novel n post entry nih hahaha. takpe sebab suma idea dah ada just karang je nih. sementara ada internet nih biar aku post blog aku nih. hmm banyak email forward berguna aku dapat. nanti la aku publish tuk share gan orang yang termasuk dalam blog aku yang tak seberapa nih. hehehe

smack down my glasses!@#$%

malang tul aku. sebenarnya aku dah terasa arwah macam bakal arwah dalam masa terdekat nih iaitu malam semalam. huhuhu.
semalam tengok payung siti fatimah kat tv3. hmm biasa la bila dah mata rabun nih rabun jugak la. so bila tengok tv aku pakai glasses aku nih. hmm masa nak masuk toilet aku letak atas katil, sebab masa tengok tv tu aku dok kat bawah je. pastu lepas keluar dari toilet aku lupa yang aku letak glasses atas katil, and aku gatal-gatal pergi letak punggung aku atas glasses aku!@#$%^
abis lah aku,nak pandang power point kat depan kelas nanti mesti tak nampak hape-hape dah. sadis tul. lama gak la cermin mata tu berkhidmat kat aku walau aku memang jarang guna( guna tuk bila dok jauh dari tv, masa drive kereta malam, masa dlm lecture). walaupun cermin mata tu harga dia tak mahal tapi still rasa macam patah sayap. aku kena wat glasses baru la selom balik raya nih. tapi kat proton city harga 150inggit. aku nak yang biasa je asal dapat tengok alam nih. harga glasses yang aku buat kat kampung 38 inggit je below 50! hehehe murah sebab glasses aku ni just tuk rabun je. and patern lama (tak pe asal boleh nampak). hmm kalau nak balik buat kat kg gak, aku kena drive siang lah. save budget lol.

Shopping d Sogo yang ada sale spjg thn..

semalam 8hb november 2009 aku keluar with the geng aku nih hah. kitaorang pergi sogo. sambil tu dah janji dengan wawa nak ke rumah dia sebab dia ada buat kenduri sikit. er kalau nak kata kenduri tahlil rasa macam bukan je coz tahun ni bulan 4 ke 5 ari tu dah wat kenduri tahlil dah.
oo ye cerita aku ke sogo with geng aku? ok, sebab aku budget tak lebih dari 150 inggit so memang aku beli ikut budget aku lah. tak sampai seratus pun aku beli 87 hinggit je. aku beli handbag, wallet n kasut. sebenarnya aku just nak beli wallet. mahai nak mampus aku tengok.

shopping kat sogo, hehe dapat wallet baru

semalam 8hb november 2009 aku keluar with the geng aku nih hah. kitaorang pergi sogo. sambil tu dah janji dengan wawa nak ke rumah dia sebab dia ada buat kenduri sikit. er kalau nak kata kenduri tahlil rasa macam bukan je coz tahun ni bulan 4 ke 5 ari tu dah wat kenduri tahlil dah.
dia wat kuewteao sup, best bangat. siap tapau wat balik tm lagi aku. hehehe 'ibu aku bagi kan' hahaha
oo ye cerita aku ke sogo with geng aku? ok, sebab aku budget tak lebih dari 150 inggit so memang aku beli ikut budget aku lah. tak sampai seratus pun aku beli 87 hinggit je. aku beli handbag, wallet n kasut. sebenarnya aku just nak beli wallet. mahai nak mampus aku tengok wallet polo my fav brand gak lah. tapi sebenarnya aku bukan pandang brand pun asal cantik and tahan lama je aku nih. untung gak aku terjumpa yang harga 15 hinggit je, cantik sebab suma kata cantik and diorang tak percaya harga 15 inggit je iye la dari tingkat bawah kat byk wallet tu harga paling kurang 29 inggit. aku pun tak percaya jugak mulanya tapi dah murah aku amik la satu. aku ari ni otak all gray la kot sebab asal warna gray je aku amik. so handbag and kasut aku yang memang khas nak guna tuk jadi cikgu tu aku amik warna gray.
kalau ikut hati memang nak je beli lagi handbag, tapi mengenangkan handbag aku kat rumah bertimbun aku tak pakai, just simpan kasi habuk tu banyak aku kawal diri. selamat tak sampai 150 guna pun.
kawan-kawan aku pulak? ok shery dapat 2handbag, 1kasut
erin 2 handbag er lupa tapi dia ranking no 2 perabis sakan masa shopping.
ochin sentiasa jadi juara bab shopping beli 3 handbag habis sampai dekat 200 gak.
hehehe aku memang ranking last lah sebab selalunya aku ikut budget aku or selalunya kurang dari budget. hehehe.
aku beli handbag - 47, wallet - 15, kasut - 25
sebenarnya aku berkenan kasut yang harga 15 n 20 inggit tapi dah abis saiz la pulak.
aku nak beli wallet sangat sebab wallet yang ayah aku kasi dah rosak. huhuhu. tapi aku tak la buang coz ayah bagi.

testing..testing...

internet ada so kerja aku mendownload lagu dan membaca novel dalam internet je lah kerjanya. huhuhu . ni antara agenda aku untuk test connection nih. hehehe. tetiba rasa line cam terputus lak. tengah aku syok dok baca novel nih. adussss, apsal tak leh nak masuk link ke bab seterusnya nih!@#$%

Monday, November 9, 2009

Jom citer kisah bola pulak!

Hehehe memang lawak tahap apa la, hmm aku pernah cter ke belum pasal nih? Hmm orang kelantan nih semangat tul la bab bola nih, sanggup beli tiket walau yang bertanding tu bukannye negeri sendiri! Hehehe bayangkan jalan ke kota baharu hari sabtu minggu lepas jammed sebab perlawanan bola antara LIVERPOOL lwn MANCESTER! Tu pun bukan kat malaysia or lebih spesifik lagi kat stadium kelantan tuh, tapi nun jauh kat negara orang putih tuh! Lepas maghrib aku keluar rumah, jalan ke kota baharu dah jammed gan orang dah!
Belum lagi nak jadi kisah masa perlawanan kelantan lawan apa tah, minggu sama tapi lepas perlawanan liverpool gan mancester lah. Ada 5 orang pengsan sebab nak beli tiket bola, sanggup tunggu kat kaunter yang masih belum buka! Sanggup beli dengan ulat-ulat yang jual tiket dekat 2kali ganda dari harga asal! Huhuhu.
Abang sulung aku, seorang suka main bola tapi tak suka tengok bola sebab dia kata letih dan boring tengok orang berebut bola sebijik. Lain la kalau dia pun main jugak. Hehehe.

Don’t compare me with others

Hmm jangan la nak banding kan aku dengan orang lain. Or membandingkan orang lain dengan aku. Jangan bandingkan dia dengan aku. Jangan bandingkan keupayaan aku dengan dia. Kalau aku mampu, dia tak mampu, biarlah. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Aku lebih dari segi tu, tapi lemah dari segi lain. Dia lebih dari segi ni, tapi kurang dari segi lain. Dia seorang yang lebih dari segi kasih sayang dan mengambil berat; dia seorang yang cukup penyayang, selalu mengambil berat ahli keluarga dia. Aku lebih baik dari segi keupayaan, aku mempunyai kemampuan.
Hmm setiap manusia lahir bagi melengkapkan kisah kehidupan. Walau bukan kepada kita, tapi pelengkap kepada orang lain. Janganlah merendah-rendahkan orang sebab setiap orang ada keunikan dan keistimewaannya.
Janganlah cemburu atau berdengki dengan kelebihan orang lain sebab dia masih ada malang/kesedihan yang tidak dia tonjolkan. Kadang-kadang manusia suka menunjukkan wajah gembira sebab dia tahu, ’when you laugh, the world laugh with you, but when you cry, you wipe alone.’

Ada orang escort kereta aku hehehe best jadi orang besar

Semalam aku balik tanjung malim dengan aishah, hehehe memang kelakar la kisah aku semalam. Tah r nak kisahkan macam mana. Tau-tau la, bapak aku jenis sayang sangat dengan aku. Dia risau giler kalau aku drive sorang dari kelantan ke tanjung malim atau mana-mana perjalanan jauh. Kekadang tu aku rasa macam nak tipu je, cakap ada orang yang teman aku, malas dah buatkan mak ayah aku risau nih. Tapi tak sampai hati, so aku ajak kawan aku lah. Semalam aishah teman aku, she’s a good ride, kepala lebih kurang aku je dia nih. So best la aku. Kitaorang berhenti kat tasik binding, er tah r lebih kurang macam tu la bunyi tasik dia, boleh pulak aku lupa time ni, pada hal selalu je aku lalu situ. Hmm lagi satu tempat perhentian kitaorang, kat hentian puncak titiwangsa, sempat la kitaorang minum, ye la kan nak makan, kat rumah tadi dah bantai nasik, aku tolak dari rumah kul 9.45pagi, mak dah kecoh halau aku.hehehe bukan halau tapi risau kot aku sampai malam. Macam tak tau aku ni jenis suka racing. Hahaha. Berbuih jugak mulut dia suruh aku drive slow tu, tu la dia takut sampai malam kalau aku dengar cakap dia.
Hmm keluar je awal, sebab aku dah janji kat zuraimi nak beli keropok lekor, so aku kena la cari. Sebelum aku bertolak aku dah pesan kat abang aku suruh beli. Tapi sebab malas nak tengok awek dia, yang grenti jadi mangsa kiriman nanti. So aku pergi cari sendiri la, duit tu bagi sedekah kat abang aku je. Tapi takut gak lambat, kalau tak pikir yang dah janji gan budak tu, memang malas aku nak cari keropok lekor nih, isykh. Bukan tak ikhlas, ikhlas. Salah aku jugak, hari sebelum bertolak tak cari awal-awal. So aku bohong la kat mak and abang aku, cakap yang aku beli keropok masa on the way ke rumah kawan aku kat tanah merah yang boleh menghala ke perak jugak. Kalau tak, mau kena ceramah lagi. Al maklum la, line family nih free je. Boleh nak cakap lama.
Hmm ni part best, masa tengah drive. Hehe aku kan suka drive laju, so jumpa banyak kereta yang suka drive slow tapi dok kat tengah jalan, tak nak kasi orang potong! Isykh geram tul, selang dua buah dari kereta aku, kereta slow tuh. So aku ni jenis malas nak follow, nak tekan brek. Aku pun potong kereta-kereta nih, masa dah tengok kereta yang menyebabkan perjalanan aku slow, aku pun pandang la mamat yang drive kereta ni, sorang je dia, patut la slow, mesti mengantuk nih! Kereta Gen 2 warna hitam dengan plat penang PHJ 2283. hehehe aku hafal sebab, lepas aku potong dia, dia follow kereta aku.
Mula-mula aku tak perasan yang dia follow, lepas beberapa ketika, aku tengok kat cermin pandang belakang, ada kereta hitam duduk rapat kat belakang kereta aku. Huh, aku pun pecut la, dia pun ikut pecut. Malas nak berebut jalan, aku pun bagi jalan dia potong, tapi tak nak potong. Hehehe, bayangkan dia follow dari errr maybe dari gerik kot. Tah la, tapi memang lama jugak la dia ikut kereta aku hingga ke Ipoh! Mula-mula tu, masa simpang tol ke ipoh gan alor setar, aku ingat dia nak ke alor setar or penang, ye la plat penang. Tapi dia still ikut jugak. Cam best lak, aku gan aishah gelak sakan dalam kereta, cam best lak ada escort nih. Masa kat traffic light, dia siap lambai lagi, aku nampak dari cermin pandang belakang, layan lah, hehehe.
Just yang paling aku kesalkan, er mata aku rabun, masa masuk tol ipoh, dia nanti kat bahu jalan. Lambai kitaorang, aku ingat dia nak escort sampai situ sebelum patah balik ke penang or memana, so aku and aishah balas la lambaian tangan dia tuh. Aku kesal sebab tak berhenti ucap terima kasih kat dia. Hehehe kalau dia ikut sampai tanjung malim, memang aku nak belanja dia makan sebab dia buat aku tak mengantuk memandu. Sampai kat tol 1 lagi, aishah cakap dia lambai dengan kertas and pen. Huhuhu menyesal tak berhenti,..memang terasa sangat kesalnya.
Apa taknye, dia ikut kitaorang lama jugak. Sanggup kejar kereta kitaorang walau hujan lebat nak mampus time tu sebab tak nak terlepas kereta kitaorang. Memang nak jugak duduk belakang kereta aku nih. Huhuhu. Sanggup masuk ipoh, walau jalan balik dia ke penang. Padahal dia boleh bawak lagi laju dari aku kalau nak potong aku ( nama dah lelaki), buang masa nak kejar kereta aku, buang duit bayar minyak and tol, buang tenaga padahal dia boleh sampai awal ke rumah, boleh tido kalau sampai awal, buat diri sendiri letih! Huhuhu, sorry. insyaAllah kalau ada semangat aku, keberanian, keyakinan, aku akan try jejak dia. Hehehe
Petang tu sampai tanjung malim memang aku try cari gak cara nak jejak dia. Hehehe. Nanti la aku try lagi nanti. Huhuhu, ari tu sampai aku sanggup mintak no. cousin aku sampai ayah aku risau and salah paham kot aku dalam trouble (hehehe part ni korang tak perlu paham, yang paham bagus lah). Tapi aku belum call lagi. Hehehe nanti la dulu, mesti kecoh cousin aku nih karang.

Pakai kad kredit, salah ke?!@#$

Salahkah aku menggunakan kad kredit? Bukan aku nak menunjuk aku ni anak orang kaya, just lebih selamat dari carry duit yang banyak kat tangan. Ayah aku risau kalau aku bawak duit banyak, so dia buatkan aku kad kredit. Lagipun ayah aku tahu aku bukan seorang yang boros dalam berbelanja, inikan pula boros dengan harta orang, walaupun orang tu ayah aku. Aku pun tahu susah nak mencari duit jugak. Aku pernah bekerja, jadi tukang fotostat, salesgirl, cikgu, pensyarah, dah banyak tempat aku kerja. Aku dah rasa susah nak dapat duit.
Jangan la nak tuduh aku suka hati. Macam la aku tak tanggung/tolong family langsung. Takkan aku nak tayang kat orang kalau aku tolong family macam ’dia’. Beli barang dapur pun nak kecoh ke? Aku ni bukan setakat mak bapak aku bagi, adik aku pun aku bagi jugak, abang aku pun aku tolong mana patut. Ada aku kecoh nak menayang kat ’dia’? bagi seratus kat mak pun kecoh ke?
Walaupun ayah aku berkerja, aku still la ada rasa nak tolong dia walau dia ada gaji sendiri yang sentiasa lebih untuk boleh disimpan.
Mentang-mentang aku pakai kad kredit, ingat aku tak bayar ke? Takkan la aku nak bayar kad kredit pun kena report dengan dia kot? Bayar PTPTN pun nak kena report kat dia? Apa nak kecoh-kecoh?!@#$%. Orang bukan nak dengar sangat kisah sedih ni, macam orang selalu kata kawan senang, senang la nak cari, kawan susah, memang susah nak dapat. So buat apa nak cerita semua kedukaan kita? Cari la seseorang yang lebih memahami. So yang sentiasa menjadi tempat aku mengadu, mesti la the most best friend aku; shery. Sebab dia pendengar yang paling baik bagi aku dan selalu bagi idea yang baik. Seorang yang akan menasihat bila dia rasa perlu menasihat aku, atau bila aku bertanya pendapat. Sherry jenis tahu bila aku perlu dibasuh atau bila patut aku dibiarkan bersendirian. Setakat aku kenal sherry, aku belum jumpa perkara yang menyakitkan hati aku.
Aku jenis tak berkira la sangat bab duit, ada duit lebih boleh aku tolong member. Setakat share or pinjamkan mana patut tu, aku no hal. Tapi tu tak bermakna aku ni KAYA! Aku pun dapat duit macam yang lain jugak, duit elaun. Just aku tahu nak guna buat apa. Bagi aku kalau aku share, aku dapat tolong orang, dapat pahala, rezeki aku pun bertambah. Lagipun aku mana ada tanggungan, setakat hulur sikit kat family, no hal lah. Harta boleh dicari, family mana boleh dibeli kasih sayang mereka dan jasa parents yang sejak kecil membesarkan aku nih.
Aku rasa tak salah kalau aku cakap ‘duit aku yang lepas pun aku belum habis guna, dah masuk duit baru.’ Tu bukan bermakna aku ni anak orang kaya yang duit sentiasa dilimpahkan macam hujan oleh mak bapak aku. Don’t judge a book by it’s cover lah. Dah tempat aku asal ’KELANTAN’ kos hidup rendah, so kalau aku shopping pun bukan abis banyak mana sangat walau dapat banyak barang. Lagipun aku mana ada pakwe, nak jadi tempat pembaziran berlaku. Dia ada pakwe, so duit habis sebab nak wat topup kredit handphone yang kalau call rasanya lebih lama dari dok dengar lecturer bercakap berjam-jam kat kelas, jalan-jalan gan pakwe. Aku ni pakai telefon line family, so kalau call family mana la kena cas, boyfriend tak dak. So kos aku bukan la banyak sangat.
Memang terasa hati giler aku gan dia nih. Aku pakai ayat duit elaun lepas lom habis sebab aku takut duit masuk awal bulan 11, karang hujung bulan dah kering, kena nanti duit masuk hujung bulan 12 pulak (kot la duit masuk lambat bulan depan).

Thursday, October 29, 2009

Kecik hatiku..ada orang kata aku bukan kelantanese!@#$%

Memang macam kena smash lah muka aku nih. Kecik ati giler, tak terkata. Ari tu,ahad aku bawak member aku pegi shopping kat Rantau Panjang. Hehehe memang best looo, aku nak cari skirt yang aku minat. So menyinggah la kat tempat kedai jual baju.
Sebelum tu aku dah menyinggah kat kedai yang jual comforter dah, murah giler beb RM40 je siap sedia cadar segala.
Yakin la aku speaking kelantan nih. Fuh bangga jap jadi pemandu pelancong kat member aku.
Sampai la part aku singgah kat kedai makcik nih. Huhuhu aku pun borak-borak jap gan dia. Guna loghat kelantan dah la, habis skill language aku keluarkan nih. Alih-alih dia tanya aku dari mana, aku cakap la aku dari kota bharu, bawak kawan datang shopping. Yang tu ok la lagi. Dia sambung la pulak ayat dia yang membuatkan muka aku nih berubah tak terkata. 'Anok ni buke(bukan) ore( orang) si'ni (sini) ke(kan)?' Terkedu aku, senyap la kejap sebelum aku back up. Aku cakap la aku memang kelantan. Boleh la pulak makcik ni nak berbahas gan aku, dia still nak tegakkan yang aku bukan orang kelate. Cakap aku maybe bukan lahir or dibesarkan di kelantan. Huhuhu. Kecik hati aku. Aku, senyum kat dia and tegaskan aku ni orang kelantan('tok lah, sayo meme ore sini mokcik') aku blah terus. Hilang jap mood shopping aku nih.
Kecik hati giler.huahuahua...

Wednesday, October 28, 2009

Kahwin? untung lelaki? perempuan macam mana?

Aku terbaca yang ni, so nak share:

Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata...

Tuesday, October 27, 2009

Yahoo!!! Cuti bermula!!!

Bermula cuti, dah lama dah. Dah nak abis pun gamaknye. Hari Jumaat baru ni abis exam. Terus ari tu jugak aku pecut balik kampung. hehehe. Balik kampung time malam hari, kecut perut jugak la sebab kawasan nak balik kelantan dari perak melalui gerik tu ada kawasan gajah. Takut kena hentam dengan gajah. Dua orang cousin perempuan aku dah pernah kena hentam dengan gajah. Erin memang dapat banyak pahala la malam tu sebab tak habis-habis berzikir sebab takut. Aku try wat cool la kan, ye la kalau driver pun wat muka kecut jawabnye penumpang lagi la kecut perut. hahaha.
Erin gamaknye memang takkan datang kelantan lagi sebab takut travel jauh. hehehe. Apa nak kata kawan ko ni sorang orang kelantan. Huhuhu nampaknye dah ada orang yang tak masuk list senarai aku jemput kalau aku kawin gamaknye. Setakat cakap je lah nanti ye Rin. Ko jangan la pulak terasa hati. hehehe.

Friday, October 16, 2009

Perempuan pengikis@!#$%^&*

Nyampah,meluat, sakit hati. Ingat dia tu cantik sangat? comel sangat? pandai sangat? bagus sangat? hebat sangat ke hapa? Belum jadi bini, guna and kikis abang aku mengalahkan apa. Abang aku tu keja polis je pun. Bukan tokei balak!!!@#$%^Perangai tah apa-apa.

Salahkah aku mendoakan perpisahan abang aku gan awek dia walaupun hubungan depa dah 8tahun. 8 tahun yang memeritkan abang aku, belum jadi bini dah nak bossy. Sapa tak sakit hati. Memang perempuan yang membencikan bila perempuan tu suka menggunakan lelaki untuk kepentingan diri.

Abang aku pun satu, jadi pak turut. Mak and ayah aku memang kecik hati dengan abang aku sebab lebihkan pompuan tu. Huhuhu. Nak bebel gan abang aku pun dah tak de mood dah, last kali aku buat dunno je. Bengkak gan abang aku.

Abang aku ajak tunang pun pompuan tu tak nak. Nampak sangat dia nak guna abang aku. Abang aku siap beli keta lagi tuk pompuan tu guna! Hormat mak aku pun tidak pompuan tuh. Tak reti bergaul, bebal. bodo. and seangkatan dengannye. Lelaki suka sebab cantik tapi mertua benci sebab tak reti sosial and hormat orang.

Kena bebel la pulak...

Huhuhu...aku post ni lepas kena bebel/ceramah/tazkirah dengan abang aku. Hmm kalau dilihat pada isu, memang salah aku pun. Ni bab kenduri hari sabtu minggu depan la nih. Aku abis exam hari jumaat, abang aku nak suruh aku balik malam tu jugak. Leceh betul, eleh, selama ni, bila aku nak balik Tanjung Malim malam-malam dia bebel, tak bagi balik malam.
Tapi kali ni suruh aku balik malam pulak. Tension tul. Well aku baru dok rancang, hari sabtu tu aku balik awal pagi and singgah cameron highland jap. So sampai rumah petang hari lah. Dia bebel la, coz kenduri tu untuk aku, aku wat hal pulak.
Ayah aku pilih hari sabtu, sebab dia cuti. Malas tul la nak rush nih. Well aku memang takde hati langsung pasal kenduri ni. Wat letih aku je, apasal dia wat niat pelik-pelik nih. huhuhu. kasi havoc betul lah. Nak relax tak menyempat.
Ochin dah minta balik siang, boleh tengok pemandangan. Tapi, hmm takut la pulak ayah aku tu kecik hati.
Pasal tu la abang aku bebel, dia takut ayah aku kecik hati. Tanpa dia tahu yang perangai abang aku pun dah membuatkan ayah and mak aku kecik hati gak. Pasal awek dia lah, parents aku dah start tak suka dengan pompuan tu, huhuhu. Really hope kak ni yang jadi kakak ipar aku. Kakak yang classmate aku now. Pandang pun sejuk mata, cakap pun hormat orang.
Salahkah aku mendoakan perpisahan abang aku gan awek dia walaupun hubungan depa dah 8tahun. 8 tahun yang memeritkan abang aku, belum jadi bini dah nak bossy. Sapa tak sakit hati. Memang perempuan yang membencikan bila perempuan tu suka menggunakan lelaki untuk kepentingan diri. Nyampah, ingat dia tu cantik sangat, pandai sangat, hebat sangat ke hapa? meluat. Perangai tah apa-apa.
Hemmm dah melalut dah, ok aku pikir pun elok ikut kata abang aku.

bila dah ada, tak tau nak wat apa..

Bila aku takde tenet, kalut,gelisah, tak best je feeling. Tapi bila dah ada, tak tau la pulak nak guna tuk apa. lastly, aku guna wat download cerita The Prince who Turn into a Frog kat youtube.
Baru ni kalut nak cari lirik lagu, bila dah ada,aku lupa lagu apa aku nak cari. huhuhu. Laju pulak tu line internet nih. Dugaan tul. Hmm bulan ni aku lom post apa-apa aku rasa, tah tetiba kering idea nak type apa. Maybe aku copy from mail box aku je nanti.

Monday, October 12, 2009

Alos..kalau sesat pun dalam Malaysia lagi..

Hehehe trade mark aku lah tu 'Alos...kalau sesat pun dalam Malaysia lagi'.
Erin paling takut kalau sesat. Aku pulak jenis cool, bukan apa kan..kalau sesat, boleh tanya orang lagi. Lagi pun sesat tang mana la sangat. Sesat pun masih dok dalam Malaysia, orang kita gak. Bukan sampai Las Vegas pun. Tapi kalau sampai sana, aku stay la 1tahun. Balik grenti boleh speaking gegiler.hahaha.
Sampai rumah dalam kul 8 lebih dari selayang sebab jalan jammed la kawasan KL. Tu pun aku dapat pecut pakai jalan orang kurang pakai dah. hehehe. Pandai tak. Tapi 1 je, aku malas tul nak drive area KL pening kepala and sakit kaki aku nak tekan brek and clutch. huhuhu. Mintak jauh la dari kena posting area KL or Selangor yang sibuk. Kalau dapat Kelantan, Kedah, Perlis or Seberang Prai ok dah aku. Malas nak menyemak kat kawasan yang memang dah semak tuh.

Report minggu lepas:Jumpa tommy and wawa

Hari sabtu minggu lepas 3hb Oktober 2009. Aku and Shery pergi jumpa tommy kat rumah mama. Aku dah janji dengan dia dah masa raya nak jumpa dia, so nak langsaikan janji aku, sabtu aku pegi selayang.
Pergi awal lah,malas nak menyemak. Ajat nak balik awal. Tapi anak dara nih memang bangun lambat loo. huhuhu. Sambil menanti dia bangun, aku and shery g Giant kat belakang rumah dia, beli barang dapur. Dia call baru aku pecut pegi rumah dia.
Dia kena tebuk kat leher tuk wat dialisis. Cian gak, tapi dia kata tak sakit. Kena makan pantang gak, tak leh makan pisang, minum just 800ml air je sehari. Dia kata sampai satu tahap nanti, kalau orang asyik buat dialisis je, pesakit ni tak kan buang air kecil dah.
Best dia sebab papa Rom layan baik sangat, tolong buatkan air. Sekurang-kurangnya tommy ada tempat nak mengadu walaupun anak yatim piatu.
Lepas dok melepak rumah mama, pergi rumah wawa. Kitaorang kuar makan. Tah la kat mana sebab aku tak penah jejak pun kat situ.
Hari dah petang dah time tu, wawa nak beli barang biasa yang dia sentiasa habis stok kat Giant. So aku teman dia lah, jumpa orang jual novel creative. apa lagi aku borong sakan looo 6 bijik aku beli. Murah ada 50% diskaun, ada buku harga 5 hinggit and ada 2hinggit!!!
Huhuhu kalau ada elaun time tu memang aku dah habiskan beratus dah. Aku dan buku...bagai isi dan kuku,aur dan tebing. ombak dan pantai lah...tak dapat dipisahkan...Balik malam, Erin balik gan aku gak, sempat gak dia tengok tommy. hehehe

Malangnye, cuma F3 je yang beraya...

F4 tak cukup ahli bila Erin balik kampung. Kitaorang dah pesan dah, 'puasa Erin, nanti balik ahad nanti kita dah raya, boleh raya sama-sama'. Tapi dia nak pegi jejalan dengan boyfriend dia kat PD, jadi yang raya cuma F3 je lah.
Ari ni, 11hb Oktober 2009 aku, shery and ochin raya lah tuk puasa 6 tu.
Menu pagi raya ialah nasi ayam respi mama. Ari tu masa tolong mama masak tuk majlis kenduri arwah ayah wawa aku tengok dia masak. So ada la basic melihat nih, hari ni boleh praktis. Selain tu, aku buat koktail. Semalam pun shery beli lemang. Biskut raya aku n ochin pun ada lagi. Wat air milo sebab ochin tak leh minum air berkabonat. Kenyang tahap apa dah.
Bila erin balik, dia bawak laksa penang and biskut raya dia lagi. hehehe. aku dah kenyang makan nasi ayam looo.
Raya sakan, semalam kiranya pegi shopping raya last minute la kot kat Kajang tu. hehehe.

F4 berpuasa 6!!!

On Monday 5th October 2009, kumpulan F4 telah berpuasa...hehehe bukan F4 yang Meteor Garden tuh, ni F4 tuk budak bilik aku la nih termasuk aku. 4 bunga dalam bilik ni suma puasa 6 hari.
Konon boleh la diet, tapi makan sampai larut malam..tara..ku..cah..cah..tara..ku..cah..cah..hehehe. Masak banyak-banyak pastu susah nak abiskan,aku pulak sayang la pulak nak buang sesuka hati. Masa kecik, aku pernah baca buku cerita rakyat ke apa tah yang buang nasik ni, nasik akan menangis. So, aku terikut-ikut la gaya cerita tu, tak nak nasik menangis, aku makan sampai habis.

sHOpPiNg tAk iNgAT!!! UKm I'm cOmiNg!!!kAjANg!

Di pagi hari sabtu, pukul 7 pagi, aku dapat msg dari Bank Islam. hehehe petanda baik tuh. Elaun masuk lagi!
Apa lagi, otak aku ligat merancang lah. Dah lama aku dok pikir nak beli jubah kat pasar malam bangi nih.
dalam pukul 12 aku and the group pun bertolak la dari rumah, tu pun lepas siap mengemas bilik dah la. Aktiviti aku pada hari minggu apa lagi kalo tak mengmop lantai and basuh baju!
Sampai kul 2 kat Kajang, butik First Lady yang akan dijenguk dulu looo. Hmm kurang baju jubah la pulak.
Takpe, meronda dulu lah..
Lepas ronda 1 komplek aku and the geng masuk First Lady lagi. hehehe. Tadi masuk pusing je, gamaknye orang kat dalam tu ingat kitaorang takdak duit sebab keluar melenggang tadi. Here I come.. borong baju la pulak dapat la 4 pasang. hehehe.
Dah letih dah shopping situ, beli barang dapur kena queue panjang giler, sampai boleh aku sambungkan zohor,asar(jamak & qasar) dan maghrib looo!!
Pasar malam la pulak, aku nak jugak jubah, tak kira, nak jubah jugak. So aku dapat beli 2 pasang jubah hehehe. Sampai rumah dalam pukul 11.45 malam. Sikit lagi nak sampai 12 malam. Letih giler ooo.. bayangkan aku drive 4 jam pergi balik and asyik la berjalan-jalan. Tapi tak sempat singgah putrajaya pun.huhuhu Lama sangat shopping.

sHOpPiNg tAk iNgAT!!! UKm I'm cOmiNg!!!kAjANg!

Di pagi hari sabtu, pukul 7 pagi, aku dapat msg dari Bank Islam. hehehe petanda baik tuh. Elaun masuk lagi!
Apa lagi, otak aku ligat merancang lah. Dah lama aku dok pikir nak beli jubah kat pasar malam bangi nih.
dalam pukul 12 aku and the group pun bertolak la dari rumah, tu pun lepas siap mengemas bilik dah la. Aktiviti aku pada hari minggu apa lagi kalo tak mengmop lantai and basuh baju!
Sampai kul 2 kat Kajang, butik First Lady yang akan dijenguk dulu looo. Hmm kurang baju jubah la pulak.
Takpe, meronda dulu lah..
Lepas ronda 1 komplek aku and the geng masuk First Lady lagi. hehehe. Tadi masuk pusing je, gamaknye orang kat dalam tu ingat kitaorang takdak duit sebab keluar melenggang tadi. Here I come.. borong baju la pulak dapat la 4 pasang. hehehe.
Dah letih dah shopping situ, beli barang dapur kena queue panjang giler, sampai boleh aku sambungkan zohor,asar(jamak & qasar) dan maghrib looo!!
Pasar malam la pulak, aku nak jugak jubah, tak kira, nak jubah jugak. So aku dapat beli 2 pasang jubah hehehe. Sampai rumah dalam pukul 11.45 malam. Sikit lagi nak sampai 12 malam. Letih giler ooo.. bayangkan aku drive 4 jam pergi balik and asyik la berjalan-jalan. Tapi tak sempat singgah putrajaya pun.huhuhu Lama sangat shopping.

sHOpPiNg tAk iNgAT!!! UKm I'm cOmiNg!!!kAjANg!

Di pagi hari sabtu, pukul 7 pagi, aku dapat msg dari Bank Islam. hehehe petanda baik tuh. Elaun masuk lagi!
Apa lagi, otak aku ligat merancang lah. Dah lama aku dok pikir nak beli jubah kat pasar malam bangi nih.
dalam pukul 12 aku and the group pun bertolak la dari rumah, tu pun lepas siap mengemas bilik dah la. Aktiviti aku pada hari minggu apa lagi kalo tak mengmop lantai and basuh baju!
Sampai kul 2 kat Kajang, butik First Lady yang akan dijenguk dulu looo. Hmm kurang baju jubah la pulak.
Takpe, meronda dulu lah..
Lepas ronda 1 komplek aku and the geng masuk First Lady lagi. hehehe. Tadi masuk pusing je, gamaknye orang kat dalam tu ingat kitaorang takdak duit sebab keluar melenggang tadi. Here I come.. borong baju la pulak dapat la 4 pasang. hehehe.
Dah letih dah shopping situ, beli barang dapur kena queue panjang giler, sampai boleh aku sambungkan zohor,asar(jamak & qasar) dan maghrib looo!!
Pasar malam la pulak, aku nak jugak jubah, tak kira, nak jubah jugak. So aku dapat beli 2 pasang jubah hehehe. Sampai rumah dalam pukul 11.45 malam. Sikit lagi nak sampai 12 malam. Letih giler ooo.. bayangkan aku drive 4 jam pergi balik and asyik la berjalan-jalan. Tapi tak sempat singgah putrajaya pun.huhuhu Lama sangat shopping.

Sunday, September 27, 2009

Saturday, September 26, 2009

Banyak nak cerita, tak sempat sebab letih





Ok on 25th September 2009:
Aku busy la sikit sebab hari ni kawan baik aku kawin. Dia dah tempah aku dari pagi lagi. So kul 9 pagi dah pergi rumah dia dah. Pagi acara khatam quran. Aku pergi menyibuk je. hahaha. Kawan aku ni comel, so aku suka amik picture dia. Hahaha mengalahkan aku punya gambar pulak aku amik picture dia. Hajat aku nak buat video, tengok lah bila lapang sikit. Dengan assignment menimbun menanti aku nih. Tah dapat siap sebelum isnin entah tidak huhuhu.
Pastu dalam dok sibuk amik picture pas majlis khatam quran tadi, aku suh dia posing dalam bilik sebelum photographer yang professional sampai. hahaha. So dia tunjuk la semua baju persalinan dia. Tanya pendapat sikit. Dia tanya sesuai ke tak blazer dengan shirt warna biru. Kebanyakan orang akan pakai putih, dia tak ingat nak suruh husband dia bawak shirt putih. So aku yang memang cadang nak ke Kota Bharu pas majlis dia, pergi awal beli shirt putih dia. hehehe. Dapat la berkhidmat sikit daripada jadi photographer yang tak professional nih.
Sampai kat rumah Sha dalam pukul3, memang tepat dengan masa rombongan lelaki sampai, sempat la aku snap picture diorang tiba. Aku pun sibuk menolong mengangkat par hantaran lelaki hehehe.
Pukul 7 baru balik rumah hehehe. Memang sama naik gan orang rumah tuh. Hehehe tak pe aku dah kenal suma family dia. Semalam pakcik dia yang menjadi wali dia memandangkan ayah dia baru meninggal 3hb Julai 2009 baru-baru ni. Tepat hari aku masuk UPSI. Kesian dia. Aku ada postkan pasal ayah Sha meninggal.
Nak tahu hadiah apa aku bagi kat dia? hahaha pakai idea Dr. Suppiah, aku hadiahkan barang dapur kat dia. Mula-mula nak bagi set pinggan, pastu bila fikir balik nanti tak kekal or dia beli set lain bila dah boring pakai yang aku punya or kemungkinan pecah. So aku belikan...jeng..jeng..jeng... aku beli set periuk 6; tak pecah, tahan lama, grenti akan dipakai selalu sebab dia memang seorang yang suka memasak. hehehe, ada 6 periuk, so kalau nak bagi kat family sikit pun boleh. Dapat aku pahala setiap kali dia guna.
Selamat Pengantin Baru buat Shafiza dan Suhaimi semoga sentiasa dalam keberkatan dan perlindungan Allah s.w.t.
OOO ye, dia pun satu masjid dengan Nor Ana yang sama DPLI gan aku masa akad nikah malam raya kelima tu. hehehe.

Malasnye nak balik Tanjung Malim...

Huhuhu esok dah kena balik ke Tanjung Malim, assignment yang menimbun aku tak sentuh langsung memang bakal memakan tuannye. huhuhuhu.
Kat sana tak de internet, makkkkkkkkk.....malang tul dok situ. Kat Proton City pun belum tentu boleh dapat bila terpaksa bersaing dengan ramai student lain. Ni yang membuatkan aku malas sangat nak balik sana.
Bestnye dok kat rumah nih...
Barang pun belum kemas lagi nih.

Wednesday, September 23, 2009

Pemandu yang tak patut dapat lesen pun berlambak atas jalan raya!

Sakit hati bila pemandu tak retiiiiiiiiiiiii bagi signal! Bodo ke hape tah. Harap kereta je lawa, toyota vios lagi tapi tak dak otak hape! ingat lagi no plat kereta dia WLD 8913. Bengkek giler hati aku! Dah la raya, tau tau la jalannya macam mana kat kelantan ni. Grenti la sesak dengan orang luar. Dah la payah nak dapat ruang nak masuk selekoh! Sebab nanti kereta dia tu, rugi masa and menyesakkan jalan jammed yang sedia ada! Bengkak giler hati aku! Memang aku sumpah seranah lah mamat tuh!
'Ada otak ke tak? Ambil lesen dulu macam mana boleh lepas? Signal pun tak reti nak bagi! Ingat nih jalan bapak dia ke hape? Bodo nak mampus. Harap je kereta cantik tapi perangai cam hape'
Memang nak kena gan aku lah ni! Kalo aku kaya, memang aku pegi je langgar kereta mamat bodo nih! Sakit tul hati! Paham paham la time jammed ni, memang menguji kesabaran, bila ada pulak manusia otak bengap and dapat lesen terbang cam orang bodo nih! memang menyusahkan orang lain, menambahkan sesak lalulintas, melambatkan perjalanan orang lain, membuatkan orang sumpah seranah si bodo nih, dan bermacam-macam lagi.
Cuba la orang lain wat lagu tu, grenti ko mengamuk! Bila part dia betul saja! Wat jalan sendiri lah weh. Ko memang tak layak memandu pun! Jadi manusia berhemah boleh tak, jangan nak susahkan orang lain. Kalo ko mati jangan ko seret suma orang ikut ko lah! mati sorang-sorang.

Tuesday, September 22, 2009

Cerita raya..si dia muncul..

Bukannya muncul depan mata. Tapi sekadar meluah rasa hati je.
Al- kisah....toibbbbbbbbbbbb...(hehehe)
Hmmm orang pakat hantar wish raya masa hari raya and sebelum raya lagi. Tapi aku ni lain la sikit. Malas nak jammed pack so nanti line clear la sikit. So aku msg la suma rakan taulan termasuk la dia ni.
Hmm selalunya msg fwd je yang bakal dihantar. Tapi hari ni ada acara lain la pulak. Dia wish aku hari raya lah, sebab aku dah send kat dia dah. Bermula la kisah sms ni. Dalam wish raya tu ada la dia meluah rasa rindu. kuikuikui.
Aku sengih baca msg dia. Bukan apa (part dia wat secret cannot be told kat aku, ujung kisah nanti aku cerita)rasa cam tak percaya je lah. Aku tak balas la dia punya rindu, just cakap aku ingat gak la kat dia.
Pernah la jugak kitorang outing sesama dulu. Bercerita kisah masing-masing. Dia suka lagi kat aku sampai la ni (boleh caya ke?). Setiap msg dia mesti ada ayat rindu or sayang or suka or ingat kisah dulu. hehehe.
Nape dia suka aku pada dulu kala? Dia suka prinsip aku, gaya hidup aku, style aku. Aku cakap aku nak tolong family dulu walaupun keluarga aku ni bukan bermasalah sangat tapi tetap bermasalah jugak. Ye la kan hidup tak leh lari dari masalah. Aku jenis suka cari pengalaman, tak reti dok diam sebab aku dibesarkan dengan adik-beradik lelaki so aku terikut-ikut gaya diorang ni. Contohnya, kitaorang macam wajib pulak cari kerja lepas abis exam SPM. Aku rasa tercabar bila abang aku buat sesuatu. So aku lebih independent lah. And aku jugak jenis simple, asal ada je aku dah syukur dah. So aku ni tak la cerewet (kalo cerewet wat la sendiri kawan ooiii, jangan suruh orang lain buat!).
Last part kitorang msg, bila aku dah letih tahap apa dah,nak mandi wlwpun malam sebab berpeluh dah ni layan orang datang. The secret cannot be told yang aku dah tahu aku cakap kat dia
... jeng..jeng..jeng...
Aku cakap la yang aku tahu dia dah kawin and dah ada anak sorang. Aku memang dah lama tahu, sejak sebelum aku konvo lagi. hehehe aku still reply msg dia sebab aku still anggap dia kawan walau dia dah kawin gan orang lain (dulu dia janji nak tunggu aku). Bukan jodoh kitaorang lah nih.
Aku tahu dia kawin dari Aisyah kawan tesl aku tapi aku tak habaq kat dia, takut dia tak puas hati gan Aisyah lak. Dah la Aisyah bakal kawin dalam masa terdekat nih.hehehe. Hmm aisyah kata dia kawin sebab perempuan tu desak sebab perempuan tu dah kerja dah. Tak tau la pulak betul ke tak. Girlfriend dia masa sekolah. Tah la kan, tak berani aku nak tanya si dia lebih-lebih tadi betul ke tak kisah ni.
Tapi dia ada la cerita tadi yang dia gan wife dia dulu pernah la putus sebelum masuk UKM. Sambung balik masa kitaorang sem 4 dah. Apa saja lah. Wlw dia asyik la kata still sayang kat aku, aku tak kan kaco rumah and tangga orang la. So be my friend la ye. Bunyi dia cam ada masalah tapi aku malas nak cakap banyak loo tak elok la cerita pasal keburukan orang nih. Semoga si dia berbahagia. Sekarang jadi cikgu tuisyen kat perak.

Open house rumah aku pada raya kedua!

Hehehe hari ni rumah aku wat rumah terbuka 21 September 2009 a.k.a raya kedua. Selalu raya kedua n ketiga tapi sebab tak ada chef bertauliah a.k.a adik lelaki aku ni, rasa malas la sikit so jadi nak wat raya kedua je lah.
So hari ni wat mee kari, best giler!!!! sampai menjilat jari ooo. Mak aku n jiran aku cik ti yang tolong buat. Cik Ti memang best punya mee kari dia. Tapi memandangkan baru lepas puasa ni perut bukan selera besar, makan sikit pun dah penuh.
Thanks kepada yang hadir, semoga berpuas hati dengan makanan, walaupun simple giler. hmm tetap rasa kekurangan something bila hilang sorang anggota keluarga terutama sekali yang selalu suka memeriahkan raya cam adik aku. Tahun ni dia raya kat Putrajaya sebab kerja. Tu la nak sangat jadi chef! Sebenarnye dia ada je pilihan tuk balik raya, tapi dia nak try n prepare awal-awal sebab dia bakal masuk kerja sebenar tahun depan. Cian dia. Hope you enjoy your raya bro!

Birthday didi a.k.a. Diana yang ke 24 tahun hari ni 22 september 2009

Happy birthday to you! happy birthday to you! happy birthday to you di...ya..na.. happy birthday to you! tiup lilin tuuuuu. hehehe so apakah menu hari raya ketiga a.k.a. birthday ko gamaknye? n apakah hadiah ko dapat birthday nih? tiket percutian ke bali or pulau tioman or aussie? hehehe apa-apa pun selamat tua setahun lagi, semoga makin insaf dan tak nakal-nakal sangat dah. hahaha boleh percaya ke nih? just kidding looo. hahaha jangan marah, nanti makin tua dari usia, nanti tak cute lagi.
hmm semoga apa yg ko wish, ko dapat ye.

Saturday, September 19, 2009

byk aku shopping!!!!!

Hehehe allowance ada kan so apa lagi aku shopping sakan lah. Bukan untuk aku pun, tapi untuk parents aku. Mak aku tak dak baju raya sebab busy menjaga cucu dia.
So alang-alang aku ada duit ni. Aku beli la baju jubah seluar and jubah cantik gliter-gliter gitu kat mak aku.
Untuk ayah aku pulak, sebab selalunya dia susah nak beli baju (cerewetnye tuhan saja yang tahu!!!) Kalau pergi kedai, dia pilih baju, mengalahkan pompuan pilih baju, tanya pasal baju kat salesgirl tu sampai gamaknye orang tu kalo boleh cakap perasaan dia, 'tak payah le beli pakcik, cerewet beno, letih dah saya jawab soklan pakcik ni. Kalo dapat pelanggan macam pakcik ni gamaknye saya berenti keja dah nanti' hahaha cam tu la gamaknye kata hati salesgirl yang melayan ayah aku. Dia jenis yang nak perfect and everything dia nak specific. Kalo cari baju, mesti dia cakap apa yang dia nak, bila tunjuk, tak berkenan, dia suruh tunjuk yang lain lagi. Selalunya bila shopping gan dia, aku memang pusing kawasan lain. Kekadang sampai lenguh menanti dia memilih, sampai sudah aku ronda 1 shopping complex tu pun belum tentu dia sudah memilih SEHELAI baju!
Jauh aku melencong cerita, so pendek cerita pasal ayah aku, aku beli t-shirt 100% cotton John Master sampai mak aku membebel tengok harga dia. hehehe aku beli harga RM 99. Cerewet beno, amik lah yang ni, 2 pun dia pilih warna sendiri. Dia suka yang nampak bergaya and berjiwa muda.
Mak aku lak, aku belikan la tudung 2 pasang lagi nak kasi matching gan jubah dia, so 1 set hitam gliter and 1 biru nak hijau lazuardi.
Berkenan kat satu handbag ni, dah lama nak bagi hadiah handbag kat mak aku, tiap kali bawak dia, asal mahal sikit dia dah tarik tangan aku pegi. So aku pergi sendiri cari bag tu. Dapat la satu, first tengok pun dah berkenan. Simple je. So aku sambar la satu, RM 299. hehehe terkejut beruk mak aku tengok harga. Mula-mula dapat tu dia sengih happy sebab dia suka bag tu, cantik and simple, sekali tengok harga terus cakap membazir. Bukan apa, aku beli benda yang dia suka and dia akan pakai selalu. Aku happy tengok mak aku suka bag tu..alhamdulillah..aku takut dia tak suka, so nak pergi tukar, tu la yang tak cabut lagi harga dia. Tapi pandai kan aku pilih! hehe puji diri sendiri.

Friday, September 18, 2009

AYAM TESCO TAK HALAL!!! PENTING, SILA HEBAHKAN KOT ADA YANG TAK BACA NEWSPAPER

Terima kasih princess krystal

Ayam Tesco tak halal Untuk makluman semua

1. Ayam keluaran Perak Duck yang dijual di Tesco didapati *TIDAK HALAL* dan telah disaman RM 5 juta. Disiarkan dalam NST ms 26 dan Berita Harian.

2. Terdapat bendasing dalam coca cola yg belum dibuka.

3. Kopi Pahlawan - kopi yg dilaporkan mengandungi racun membawa maut

4. Bebola ikan yg diproses dari usus babi keluaran GSB Seafood Ent



Sila war - warkan kpd kawan². TQ SUMBER DARI, Ms Junaidah SHEIKH MOHD NAZRI BIN SHEIK ABU Unit Pengurusan Pengairan Bahagian Pembangunan Taman Jabatan Landskap & Taman PERBADANAN PUTRAJAYA. Tel : 03-88877530 / 012-3387640

Buat amal yang tak kena tempat.

Adus... letih perjalanan bila ada je yang try nak melambatkan perjalanan. So ni kisah aku yang kena queue kereta sebab ada pihak nak buat amal time orang kalut nak balik cepat, nak rehat, nak buka puasa kat rumah, nak masak bagi yang baru balik kerja.
Jammed jalan sebab pihak tertentu nak bagi beg kertas yang ada makanan sebagai ucapan selamat hari raya dan selamat balik kampung dan pandu cermat jiwa selamat nih. Kereta bergerak dengan slow membuatkan aku bengang sebab aku nak balik cepat. Dah letih dah drive ni, dah la semalam aku tido kul 1.30 pagi sampai la ni aku lom tido lagi.
Aku paling tak suka ada orang sekat perjalanan sebab nak bagi makan nih. Tapi tetap berterima kasih gak la.
Cuma dinasihatkan kat mana-mana pihak, kalau nak buat amal pun jangan la sampai menganggu lalulintas. Tension hidup sebab asyik la kena tekan break keta nih. Dah la suma orang nak cepat balik. Musim raya lagi la ramai yang balik dan kena beratur pepanjang sebab nak dapat benda tu, memang rasa nak telan orang je aku nih.
Wat la pembahagian harta benda tu kat masjid ke, kat pusat beli n belah ke. Ni tak, time orang nak balik kampung gak dia tahan. isyhkkkkkkkk...........
Sorry la meluahkan perasaan yang bengkek nih ye.

Lepas gian, drive/drift jejauh tanjung malim-pasir tumbuh

Hehehehe boleh kata drift ke tak aku just drive gan kelajuan 120-140 je kat kawasan lebuh raya. Kat kawasan bukit 80 je. Lama tak drive jauh, sejak aku wat operation ari tuh. So ini lah masa aku lepas gian. Ayah aku tido kat sebelah hahaha.
Aku tolak dari stesen minyak petronas kat Wawasan 2020 tu dalam kul 11.45 pagi. Aku isi minyak tangki kereta sampai penuh 60 inggit sebab bawak kelisa je, jimat la minyak kereta. boleh sampai rumah n jejalan pusing kota bharu 2 kali kot. hahaha.
Area biasa aku drive 120-140 km/hour. Sampai bukit 60-80 lah, bukit beb! kawasan nak ke Kelantan dari perak memang banyak bukit. Grenti lalu situ, mata yang ngantuk pun boleh celik. Aku ngantuk tapi boleh celik sebab kawasan bukit. Dah la pastu hujan, kena lagi berhati-hati. huhuhu ingat boleh sampai dalam 5 jam je. hehehe.
Pastu lagi melambatkan perjalanan aku bila ada 3 road block. '1st road block' tuk bagi bekalan makanan tuk pemandu oleh Kelantan FM kat kawasan parlimen Datuk Mustafa Muhammad. Sempat la aku baca yang Dato' Pa wat rumah terbuka pada Raya ketiga iaitu 3 Syawal nanti bersamaan 23 September 09.
'Road block kedua' ada tiga buah kereta accident, memang hancur la kereta tuh.
Road block ketiga' bila ada kawasan yang memang ada tempat kastam wat road block check barang kot ada yang seludup barang. Kerugian masa perjalanan dalam 'road block' ialah 40 minit.
Perkara seperti diatas menyebabkan ralat masa dalam perjalanan aku dari tanjung malim ke pasir tumbuh menyebabkan aku sampai kul 6. 30 petang. huhuhu. Tak best loo sebab ada ralat masa nih.

Ponteng class hehehe

Ayah aku sampai pukul 6 pagi, khamis, 17 September 09 hehehe. Tu pun aku call dia, risau jugak sebab ayah aku ni jenis tak suka susahkan orang. Dia sanggup nanti aku bangun tido. Aku dah bangun dah masa sahur n dok tunggu call dia. Pastu pergi amik dia. Cian ayah..mesti letih tido dalam bus dah la tak sahur. Dia tak tahu yang bus just berenti 1kali je. Dia ingat berenti tuk sahur sekali. So dia just minum air je lah sahur tadi. Kesian tul aku dengar kisah ayah aku.huhuhu.
Pagi tu, aku hantar erin ke komuter dulu sebab dia nak ponteng awal. Aku n Shery lak pergi class Dr. Amir sebab aku nak bentang selom cuti raya ni. Aku bentangkan pasal Sekolah Wawasan. Orang first ari ni bentang. Siap dapat tepukan lagi sebab orang lain tak nak bangun.
Lepas bentang and abis masa. Aku blah dah. Tak masuk class Dr suppayiah(tah betul aku eja ke tak hehehe) dah.
Apa lagi class koke petang nanti. Huhuhu gomenasai minna!(maaf semua).
Didi n kumz apa lagi, memang ponteng jugak. Huhu dah la group best yang wat aktiviti petang nanti. Ruginye. Tapi nak buat macam mana ayah aku ajak balik tengahari.

Kejutan dari ayah kesayangan

Ok, hmm apa nak cerita, er bukan apa nak cerita tapi camne nak cerita. Ayah aku ni terlebih sayang kat aku. hehehe. Perasan ke? Bukan perasan tapi memang betul la pun. Tengah dok kusyuk dalam class malam tuh. (kusyuk ke?hehehe, memang tak lah kan).
Aku dapat call kul 9.30 malam. Terkejut beruk looo sebab aku tak silent phone 'Assalamualaikum...atokk ooo atokkk'(upin ipin punya ringtone) ces terkejut aku. terus aku off. Pastu tengok sapa call..ayah aku.
Ok aku msg la cakap 'dalam class ni'
Ayah: Ayah dalam bus ke tanjung malim ni
terkejut beruk aku, apa hal la pulak, ni grenti risau aku sampai malam. Sebab baru ni aku call ayah cakap abis class esok petang aku terus balik gan kawan aku. So sampai rumah dalam pukul 12 kot.
Ala ayah, boleh la ky drive gan kawan( sebenarnye aku nak goreng je, aku nak ponteng class esok and balik drive sorang-sorang)
Ayah: Ayah beli tiket baru ni masa ky cakap ky balik petang sampai malam.
huhuhuhu terlebih sayang punya pasal. Hmm aku sebenarnya nak prepare diri sendiri untuk berdikari tuk hidup sorang nanti. huhuhu. Apo nak dikato...
But, thanks ayah. I love you too...

Malam dapat allowance

Malam ni hajat nak makan KFC lah sebab dah dapat allowance kan. So, suruh erin je beli sebab aku malas nak keluar dah. Ngantuk giler nih. Hujan-hujan best tido, dah abis dah langgar pantang tak leh tido petang nih. Pastu dapat call, erin kata KFC penuh sampai ada yang beratur kat luar.
Tak jadi beli lah. So, aku dah cakap awal-awal gan dia beli KFC pun aku nak jugak nasi tomato favorite aku. Nampak gayanya tak merasa KFC lah sebelum balik raya nanti. Agak-agaknye ramai yang nak makan KFC sebab allowance dah masuk. hahaha. Makan besar lah ye, sampai sanggup berbaris sampai luar.
Dah la malam ni ada class, malas tul nak pergi, lecturer tak best. Tapi pergi jugak. Siap bawak bekal nak makan kat class tuh, bawak roti peanut butter. hahaha tapi pakat aku pandang kau, kau pandang aku, pastu sesama tengok roti. Perut still kenyang beb, kenyang gan berita duit allowance dah masuk tadi. hahaha.
Pastu tetiba tanpa dirancang, class abis awal sebab tak dak orang nak present dah.
Aku pandang kau, kau pandang aku
'ting' idea: makan KFC nak? hehehe
Sehati, sejiwa sekatil dan sebilik: Jommm!!!! (sengih kerang busuk)
Beli bungkus sebab KFC dah nak tutup kot. Dah pukul 10.30, agak nye dorang takut kitaorang dok makan kat situ, pukul 12 baru balik kot. hahaha
Balik tu, pas solat n erin bergayut sat kat telepon dia. Kitaorang makan, walaupun perut still sendat. hahaha goyang-goyang sikit kasi ada space tuk KFC. Tapi tak selazat mana sebab perut aku still full, so tak dapat menikmati dengan baik. Tapi alhamdulillah...kenyang tahap ular sawa telan kambing dah. hahaha.

Yeppyyy!!!! dah dapat allowance!!!(Rabu, 16.09.09)

Dapat allowance dah!!!! yahooo!!! Happy giler aku.hahaha.
Kisahnya, tengah aku dok pakai make up, masuk la msg, aku wat dunno je.
Erin lak yang sibuk: 'yong, msg masuk tu'
Aku yang bz maku up: 'make up lagi penting dari msg tu'
pastu aku turun bawah, nak panaskan keta loo. Terserempak Lee Lee
Aku: Lily, I tak jadi stay till Friday lah, Esok gak I balik, hajat nak konvoi gan member.
Lee Lee yang dok makan: Laaa I ingat u stay.
Aku wat muka bersalah: Sorry la Lily, I rasa baik balik awal, nak wat persiapan raya.
Aisyah kuar bilik: 'yong, duit allowance dah masuk dah'(monotones tone tuh)
Aku pandang Aisyah: Yahoo!!!!!(terus lupa Lee Lee) Aku dah dapat msg td tp wat dunno. Aku naik tengok lah!!
Aku kat bilik: Yahoo!!!!allowance dah masuk!!!!!!! td msg dari bank islam tuh.
(terjerit-jerit kat member 1 bilik.)
Alhamdulillah masuk jugak duitnye, baju raya dapat beli ari nih!!!! Jubah idamanku, nantikan ketibaanku menemputmu.
Siap menari-nari lagi. Terus semangat nak dengar lagu raya. hehehe

Friday, September 11, 2009

perut kenyanglalalala

makan 2 bungkus nasik tomato haha mana la aku tak kenyang membuntal. Hari ni letih sangat loo. So pergi beli nasik, aku gan Kumz je yang pergi, so apa lagi nak try kat kedai lain nasik tomato, nak banding dengan kedai yang jadi port nasik tomato aku.
Memang sedap yang port kekal aku la kan. Kenyang ...........hahaha. Jom tido..(acara menternak lemak sebelum raya) almaklum la baju raya tak dak sebab duit takdak. huhuhu.

bila berkumpulan dengan orang yang bukan sekepala

kisah 11 September 2009
ingat lagi tak kisah 11 September 2009? masa aku type date ni baru aku perasan insiden 11 september WTC kena langgar gan kapal terbang. bunyi dia cam rumah kena langgar dengan kereta je. tapi bukan aku nak kisahkan yang ni pun. kisah aku lain looo.
kisah aku yang letih hahaha.
kena layur tepi kain kat api, tak nak kasi kain berambu ramba karang, abis suma kain tu jadi benang tuk projek KOKO/KOKE/KOKU apo sajo lah.
Hmmm bila berkumpul dengan orang yang tak sekepala, mula la aku nak mengelak dari duduk lama. Tapi huhuhu diorang group aku so kena la nanti jugak. Yang aku malas nye, nanti 2jam tanpa wat apa-apa sebab dok nanti seorang lagi pergi cari bahan kat kedai. Bila orang ni balik cari bahan, dia mengadu la letih sebab ye la kan puasa. so tunda la buat kerja.. HANGAT! nanti perkara sia-sia, dah la assignment aku menimbun kat bilik menjerit mintak suh buat. Letih ooo.. so paling mudah tuk aku elak dari jumpa waktu malam aku amik kain yang mana ada n wat kat rumah la layur kain tu.

Severe

Huhuhu tak pepasal mood aku hari ni berangin giler dah. Kesian gan suma member aku kena ribut taufan Yong. Aku tersalah time bangun tido tadi kot.
Dulu time aku sakit je aku wat muka severe. Tapi hari ni lak kepala aku sakit la pulak. hehehe So suara aku jadi serius la ari ni. Sorry suma ye!

kisah aku dengan sorang tu..bergaduh lagi

Asyik la nak berperang, letih dah aku nak bergaduh dengan dia nih. Ni kes hari tu la nih. Aku tak puas hati dia suh Shery masuk group lain. Agak-agaknye dia berdendam gan aku kot. Hahaha bersangka buruk la pulak. Memang gan dia aku akan sentiasa bersangka buruk lah.

Tah r aku gan makhluk Allah yang ni memang cam tak ngam. Kalau mark aku kurang pun aku dah tak kesah dah. kalau dia nak mengenakan aku pun ada aku kesah? memang tak la kan. Selalu sangat bergaduh.... pantang aku masuk kelas dia grenti dia nak bergaduh. Bukan bertumbuk tapi selalu nak cari kesalahan aku. Orang lain takdak la dia wat over sangat macam aku.

Sebelum masuk kelas dia, grenti aku dah terpikir apa isu dia nak wat topic gaduh gan aku.
Malas dah nak peduli gan dia. Datang kelas sebab wajib..ulang sekali lagi 'WAJIB'.

Kawan punya kisah-shery

Hehehe.. shery my best friend...
Saja je nak cerita pasal dia kat sini. Hmm aku suka kawan dengan dia, sebab gan dia buat aku rasa selesa. Dengan dia aku memang tak berkira langsung lah. Kitorang kawan sejak kat UKM lagi, masa 1st year second semester. 1 semester, aku dok lagi mencari kawan sejati. So sampai sekarang la kitaorang bersama. hahaha as a friend je lah.
Kitaorang memang boleh klik lah. Dia anak ustazah. Jadi pembakar semangat aku n kekuatan aku kat kelas. Kalau tengok muka dia grenti aku rasa ok, tak dak masalah. Sebab dia sentiasa bagi semangat kat orang.
Dia rapat dengan mak dia, selalu call mak dia and adik beradik dia yang lain. Kalau malam je grenti dia bergayut gan mak dia. Dia kata dia nak kawin lewat errr or tak nak kawin tah r aku pun lupa.
Hari tu, ada orang masuk meminang, hahaha lawak oooo. Mak and nenek dia dah setuju dah nak pasangkan dia gan budak tu. Bila dia tahu, terus dia wat mogok. tak cakap and amik peduli, terpaksa la mak dia cancel nak wat budak tu menantu. Pastu minggu lepas dapat lagi satu orang datang merisik. Wah..wah...wah.. hebat tul penangan Shery nih. hahaha ye la kan anak ustazah, baik pulak tu. Hope dia dapat seorang lelaki yang boleh membahagiakan member aku nih, yang boleh memudahkan and selalu menolong dia nanti. Amin..(doa aku untuk Shery).
Aku je yang panggil shery, kengkawan lain panggil lain. Dah biasa gan nama tu, baru glamor sikit hahaha. Sayang hang shery...n suma kawan aku yang lain..hehehe

Sunday, September 6, 2009

Tommy masuk wad?

Tommy masuk wad?! bukan dia masuk pegi melawat orang tapi dia yang sakit. Dia bukan kucing aku leee, dia manusia. Kawan aku, perempuan. Sekarang ada merempat kat hospital Selayang sebab kidney failure. Memang tahap serious dah sebab dia memerlukan penderma buah pinggang. Memang tak sangka coz dia ni penjaga kesihatan yang berjaya. Kalau minum pun dia just minum air mineral! bukan air yang osomosis punya. Memang tekejut gak bila dapat message dari si wawa malam semalam.

Dia kawan masa jadi e(nglish)-lite(ratue) student dulu. Kitaorang ni first batch kat UKM untuk course english literature. :D:D:D.

Masa tinggal kat Koperasi Polis dulu pun kitaorang selalu outing sesama walaupun dia lain rumah dengan aku, wawa, ina n didi.

Mak and ayah dia dah takde, dia anak sulung dari lima adik beradik kalo tak silap aku. Hidup dia susah, masa study, dia kena kerja jugak.

Kalau aku ada masa aku nak p jenguk dia la cian dia. Sekarang wawa yang jaga dia. Huhuhu. Cian dia...

thanks to DLINK connection dapat aku tengok Nur Kasih

Thanks DLINK ye, coz best je aku dapat online kat bilik malam ni. Lagi laju dari kat library tadi. Sampai aku tak tahu nak buat apa dah ni. hahaha.
So agenda aku malam ni mengadap cerita Nur Kasih kat tv3.com.my. hmm hajat nak download cerita ni tapi huhuhu cian lah kitaorang ni, coz aku sure tv3 dah suh bebudak yang upload kat youtube delete citer tu and jangan upload lagi, diorang suh masuk website tv3 la tu. yang membuatkan kitaorang malas nak masuk situ sebab bukannya boleh download pun.
Ramai gak yang aku tengok menyumpah seranah kat youtube coz tak dapat download cerita tu.
There's a point in life when u get tired of chasing everyone and trying to fix everything. But it's not giving up. It's realizing that you don’t need certain people and their crap.

Saturday, September 5, 2009

Pelahap duit KPM ke kitaorang ni?

Bukan nye kitaorang pelahap, tapi tahu-tahu la nak hidup zaman sekarang ni perlukan duit. Asal gerak je sikit, grenti duit keluar macam air. Tiap bulan kena pikir nak bayar rumah sewa, bil air elektrik, minyak kereta, bil telefon maxis lagi celcom lagi, hutang PTPTN, hutang keta(hahaha exaggerate je nih lebih).

Memang serius la, aku memang dah pokai sejak masuk sini. Sebab tu la, aku lom beli broadband lagi. Terpaksa bergantung gan DLINK wireless connection yang dipasang jiran aku yang dari mana tah. Tapi terima kasih la coz aku dapat online percuma walaupun memang jarang-jarang berlaku. At least, tak dak la aku mati kutu kat rumah tu. Sebab tu kepala aku tak dak kutu, sebab dah mati ari tu, boring sangat daaa. Kuman pun baru je mati dengan adanye nurse-nurse comel and baik hati kat UPSI ni. Thanks to kak wahida and er aku lupa nurse seorang lagi lah..thanks coz rawat aku.

Back to the story, selain terpaksa masuk kampus nak ke library tuk online, memang aku bergantung dengan DLINK wireless lah.

aku post sikit2 takut malas nak baca panjang.

Rindu Perpustakaan Tun Seri Lanang...

Yang aku malas nak masuk library coz internet slow and buku kat sini sikit. Huhuhu. Biasa la, aku asal budak UKM. Buku kat UKM memang berlambak sangat sampai aku tak pernah boring dok kat library. Kalau boleh aku nak tido je kat library UKM tu. Hahaha. Aku selalu lepak kat library UKM or we; UKM students call as PTSL stand for Perpustakaan Tun Seri Lanang merupakan library yang mempunyai buku paling banyak di Asia Terenggara. So memang besar lah library ni. Segala buku memang ada, dari novel, majalah hiburan, ilmiah, journal, akhbar baru and lama, online journal, pendek kata suma lah. Sampai budak U lain pun rujuk buku kat PTSL. nak cari buku, cari kat bilik kita pun boleh asal ada internet, or nak book buku online pun boleh je. kalau balik kampung, aku renew buku yang aku pinjam kat kampung je la. asal ada internet. Mudah kan..hehehe.

Aku dulu suka lepak dari pukul8 pagi(berebut dengan pekerja PTSL nak masuk dulu. Hahaha boleh amik aku keja kat situ nih) hingga malam lah dalam kul10.30 aku balik la. time musim exam hingga kul 11 malam, time ni memang kena berebut la cz pakat2 nak study kat library, memang kalau buka kul 8 pagi, kul 7.40 dah kena tercengat dekat depan pintu. Kalau nak imagine, korang imagine pasaraya yang ada SALES! macam tu la students UKM berebut nak masuk library time exam. hahaha. Lawak giler aku tengok. Motor ke kereta ke memang tak dak parking lah. penuh!!!!!

Kalau mood aku baik or ada kerja nak buat, aku lepak till kul 2 pagi kat situ. Ramai je orang melepak kat situ. Suasana memang sentiasa meriah. Memang aku angkut towel and kain sembahyang aku sama la pergi library, bila dah ada kenderaan sendiri, time rajin aku ulang-alik je dari bilik.

Rindu kat UKM...suasana meriah walaupun tengah malam buta. Kalau nak air ada je vending machine kat situ or water cooler. Bawak biskut munchy dari bilik. Hahaha memang aku berkelah sakan kat library.

Kat sini malas nak lepak lama-lama. Buku payah nak jumpa coz semua kena kebas orang sudah...huhuhu. Masa zaman anak aku kot nanti UPSI siapkan kampus utama dia. Chaiyok UPSI! takpe la, nanti aku datang melawat lagi. tempat jatuh lagi dikenang ni kan pula tempat aku mendapatkan ilmu pengetahuan..akan aku ziarah lagi UPSI.

DPLI UPSI belum dapat allowance (alaun/elaun-pilih sendiri ejaan,aku lupa looo malas nak check kamus)

Internet slow giler ari nih.

Now aku kat Tengku Bainun Library, apo nak kato allowance lom masuk lagi.

Haaa, ni nak dijadikan citer nye… kes allowance budak-budak UPSI lom lagi masuk.

Students DPLI kat UPSI ni memang ramai, sampai jugak angka 26++ orang. Lebih ramai dari budak bachelor yang tahun ni cuma 2000 orang je daftar.

Tahu-tahu je la syarat tuk budak DPLI mesti la tak pregnant. So yang mana pregnant tu memang desprate sangat dah la nak ambil DPLI. Diorang pun apa lagi, alter la mana patut kasi lulus nak join DPLI ni. Biasa la beb, government job, sapa yang tak nak. Kehidupan memang sah-sah terjamin masa depan sampai ke pencen. Walaupun kerja cikgu ni memang berat.

Yang nak dijadikan kisahnya, diorang alter kat borang perjanjian KPM. So result medical check up dah memang terang-terang tunjukkan dorang pregnant. Apa lagi, jadi isu la bagi KPM (ha KPM, jangan marah kat budak-budak DPLI yang baik, marah kat dorang yang alter tu je ye). Yang menjadi masalah kat semua, kerana nila setitik rosak susu sebelanga/ In this case, bukan setitik, tapi bertitik-titik. So, yang mana budak baik, yang bujang and tak mengandung pun terkena la tempias budak-budak yang menipu pihak KPM. Kesian kitaorang, allowance belum gak masuk ni. Dah masuk 2 bulan lebih kat sini tapi haprak pun tak dak masuk duit. Yang hari pendaftaran hari tu, aku ada nampak orang mengandung, memang sah-sah tak diterima coz perut dah memboyot, kesian...

Students KPLI dah masuk duit. Siap masuk RM3000 lagi ari tu tuk tempoh 2bulan. kiranya dorang dapat RM1500 sebulan la ye.. best la asma ye. aku gak dok tengah pokai.

never......

Never say "I love you", if it isn’t really there,

Never talk about feelings, if you don’t really care,

Never hold my hand, if your gonna break my heart,

Never make me promises, if you don’t love me from the start.

Never look into my eyes, if all you do is lie,

Never say hello, if you really mean goodbye,

If you really mean forever, then please say you'll try,

Just never say forever, coz forever makes me cry.......


ada rasa cam poem tak?hehehe..

Friday, September 4, 2009

NO MATTER WHO GOES, OR WHO STAYS,
THE WORLD KEEPS ON TWIRLING.

2nd september 2009

masa tuk buat assignment yang dah bertimbun!!!!!! Huahahaha

time ni la mata aku mengantuk. Mengantuk ke? Rasa cam tak ngantuk tapi hati aku langsung tak dak nak wat assignment ni.

Jom baca motivation book! Hahaha kasi motivate sikit hati aku ni!

9.20p.m.

apasal aku cool giler eh? Hahahha lawak je, assignment kena hantar esok ada 11 pages, aku boleh la pulak wat muka selamber je. Gelak bagai nak rak, sampai member aku risau aku kena sawan gelak. Hahaha. Agaknya ada wayar putus masa operation ari tu kot. Hahaha (over la pulak gelak aku ni, tapi cam best je gelak) senyuman, gelak ketawa awet muda dan boleh jadi penyeri hidup orang disekeliling kita. Ingatkan senyum tawa kita...

tapi jangan over takut tertukar dengan orang yang giler, kang tak pepasal kena angkut dengan ambulan ke tanjung rambutan. Bukan tuk kait buah rambutan tapi kena tahan loooo.

9.50 p.m.

Berapa lama?

Lama mana lagi masa yang ada?

Sempat ke tak nak siapkan semua yang terbengkalai ni?

Pintu di belakang telah tertutup tapi selama mana lagi kau nak renung pintu tu?

Pintu di hadapan sedang terbuka untuk kau melangkah masuk, jangan sampai pintu itu juga tertutup.

Bila tengok orang senang, gembira

Kita cemburu akannya

Rasa diri malang semacam

Kenapa tak jadi ’dia’ yang ceria

Tapi bila kita gembira

Ada kawan kata ’aku jelous tengok kau ceria selalu, tak de masalah. Best jadi kau’

Okey, jom nilai...

Orang jarang tunjuk masalah selagi boleh sembunyi, sembunyikan saja

Sebab kita tahu, siapa nak dengar masalah kita

Masalah mereka sendiri dah bertimbun

Ni kan pula nak tambah dengan masalah kita

Tapi tak salah menjadi pendengar yang setia

Sekurang-kurangnya beban perasaan kawan berkurangan sedikit

Jadilah kawan yang boleh menumpangkan bahu untuk menangis

Telinga yang menjadi pendengar setia

Tangan yang sentiasa boleh memimpin

Diri yang sentiasa boleh bergandingan

Mata yang memerhati dengan minat

Hati yang sentiasa terbuka untuk kemaafan

Yang akan menepuk bahu rakannya dengan mesra

Muka yang sentiasa penuh senyuman kedamaian

Disitu penuh ketenangan

Manusia takkan lari dari masalah,

Setiap orang ada masalah mereka yang tersendiri

Kita cemburu dengan dia

Dia cemburu dengan kita

Orang kaya cemburu dengan kebahagiaan orang miskin

Yang tak perlu rungsing harta kena kebas dek orang

Orang miskin cemburu dengan kekayaan si kaya

Yang nak segala harta benda yang selagi boleh dibeli, akan mampu dimilikinya

Setiap segala sesuatu yang dijadikan oleh Allah s.w.t. ada kelebihan dan kekurangannya

Yang sempurna hanyalah Allah s.w.t.

Manusia yang terbaik adalah Rasulullah s.a.w.

8.34 p.m. 2nd September 2009

tetiba nak berjiwang karat..madah puisi la pulak...

kadang-kadang rasa nak jadi pokok di hutan

cantik mata memandang dari kejauhan

kadang-kadang rasa nak jadi burung di langit biru

bebas berterbangan menongkah alam

kadang-kadang terfikir ingin jadi ikan di lautan

pasti bebas berenang tanpa gangguan melihat keindahan isi lautan

kadang-kadang rasa nak jadi laut membiru

menambah warna keindahan bumi yang menghijau

kadang-kadang terfikir nak jadi pulau di tengah-tengah lautan

menjadi persinggahan musafir yang merantau

kadang-kadang teringin nak jadi bintang

menjadi sebahagian keindahan dan misteri alam semesta

kadang-kadang mahu jadi bulan

ada juga si pungguk yang merindu si bulan

kadang-kadang berangan nak jadi matahari

mahu berjasa pada alam jagat, menjadi pembakar semangat diri yang kehilangan

kadang-kadang terfikir nak mati sahaja dari hidup

tapi banyak yang masih belum selesai, banyak impian belum tercapai

apa-apa pun pabila berfikir panjang

segala yang Allah s.w.t. tetapkan adalah yang terbaik bagi setiap ciptaan-Nya.

Allah s.w.t. Maha Mengetahui segala yang berada di langit mahupun di bumi inikan pula aku hamba-Nya yang cukup hina ini...

Alhamdulillah..syukur pada-Mu ya Allah kerana menjadikan aku manusia supaya mampu berbakti sebagai khalifah di muka bumi ini. Semoga impian aku untuk menjadi manusia berjasa kepada agama, bangsa dan negara tercapai.

Dan impian aku untuk kedua ibubapaku...

7.20p.m. 2th September 2009 sebelum berbuka puasa..:d:d:d

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH .........

Assalam Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam Dan juga yang Bukan Islam... Bacalah berita ini dari sahabat yg menetap di US:
'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.Dia adalah seorang Doktor Neurologi.Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' ..
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainya.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,
Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!! ! Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam....... Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'


* Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada Kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

LAST WORDS OF PROPHET (RASUL) SAW

Suddenly, there was a person, he said salaam….

'May I come in?' he asked.

But Fatimah did not allow him enter the room.

'I'm sorry, my father is ill,' said Fatimah, turned her body back and closed the door.

She went back to her father who had opened his eyes and asked Fatimah, 'Who was he, my daughter?'

'I don't know, my father. It was the first time for me to see him,' Fatimah said gently.

Then, Rasulullah SAWW looked at his daughter with trembled look, as if he wanted to reminisce about every part of his daughter's face.

'Know one thing! He is who erases the temporary pleasure; he is who separates the companionship in the world.

He is the death angel,' said Rasulullah ..Rasulullah SAWW

Fatimah bore the bomb of her cry. The death angel came toward him, But Rasulullah SAWW asked why Jibra'il did not come along with him.

Then, Jibra'il was called. Jibra'il was ready in the sky to welcome the soul of Habibullah and the leader of the earth.

'O Jibra'il, explain about my rights in front of ALLAH?' Rasulullah SAWW asked with a weakest voice.

'The doors of sky have opened, the angels are waiting for your soul.'

'All jannats open widely waiting for you,' Jibra'il said.

But, in fact, all this did not make Rasulullah SAWW relieved, his eyes were still full of worry..

'You are not happy to hear this news?' asked Jibra'il.

'Tell me about the destiny of my people in future?'

'Don't worry, O Rasul ALLAH. I heard ALLAH tell me: 'I make jannat haram for every one, except the people of Muhammad SAWW who are inside it,' Jibra'il said.

It became closer and closer, the time for Malaekat Izrail to do his work.

Slowly, Rasulullah SAWW's soul was pulled. It was seemed that the body of Rasulullah SAWW was full of sweat; the nerves of his neck became tight.

'Jibra'il, how painful this sakaratul maut is!'

Rasulullah SAWW uttered a groan slowly. Fatimah closed her eyes, Ali sat beside her bowed deeply and Jibra'il turned his face back.

'Am I repugnant to you that you turn your face back o Jibra'il?'
Rasulullah SAWW asked the Deliverer of Wahy.

'Who is the one who could see the Habibullah in his condition of sakaratul maut,' Jibra'il said.

Not for a while, Rasulullah SAWW uttered a groan because of unbearable pain.

'O ALLAH, how great is this sakaratul maut. Give me all these pains, don't give it to my people.'

The body of Rasulullah SAWW became cold, his feet and chest did not move anymore....

His lips vibrated as if he wanted to say something, Ali took his ear close to Rasulullah SAWW.

'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku - take care of the saalat and take care the weak people among you.'

Outside the room, there were cries shouted each other, sahabah held each other. Fatimah closed her face with her hands and, again, Ali took his ear close to Rasulullah SAWW's mouth which became bluish.

'Ummatii, ummatii, ummatii?' - 'My people, my people, my people.'

And the life of the noble man ended.

Could we love each other like him? Allahumma salle 'ala Muhammad wa aale muhammad. How deep is Rasulullah's love to us.

Note:

Send this to all your Muslim friends so that there is an awareness towards the love of ALLAH and His Rasul - because - truly - except this love, the other loves, are
only fana (not everlasting) thing.
Ameen......

Don't worry if people hate you because there are many others who love
and care you in the earth. But be worried if ALLAH
hates you because
there is no other who loves and cares you in akhirat.

May Almighty Allah guide all of us to the Right Path and give all of
us the courage to
accept the Truth in the light of Qur'an and Sunnah
and to reject all things which are in contradiction to the Holy Qur'an
and Sunnah.

(Ameen!)

Please pass this around, perhaps you would be a reason to awaken the
love of the Prophet in someone's heart

*fowarded by friend, Ismail Riyaz (got email from his friend too) so let's forward to others..

Do something worthwhile, before you die!

jadilah seorang yang boleh menyumbang kepada keamanan dan kedamaian dan kemajuan sejagat ;) semoga aku dapat memenuhi impian ini. amin...

sesaja aku nak merapu. hahaha

Semakin lama kita hidup, kita semakin tamak.

Hmm aku kata kat diri aku jangan inginkan hidup lama nanti kau akan jadi tamak. Dalam doa aku, aku dah lama berhenti meminta dipanjangkan umur aku sebab bagi aku, semakin panjang umur aku, aku akan jadi semakin tamak. Tamak bukan dari segi harta tetapi tamakkan masa. Masa akan jadi tidak pernah mencukupi untuk aku, bila dah kahwin akan ada anak, kita akan fikir ’jangan la Kau tarik nyawa aku sekarang, ya Allah biarlah aku dapat melihat anak-anak aku membesar’. Apabila anak itu sudah besar, permintaan yang sama akan diminta ’jangan la Kau tarik nyawa aku sekarang, ya Allah biarlah aku dapat melihat anak-anak aku kahwin’. Bila semua anak dah kahwin, kita akan minta lagi ’jangan la Kau tarik nyawa aku sekarang, ya Allah biarlah aku dapat melihat wajah-wajah cucu aku’. Lagi apabila telah dimakbulkan, kita akan meminta lagi ’ ’jangan la Kau tarik nyawa aku sekarang, ya Allah biarlah aku dapat melihat cucu sulung aku kahwin’. Apabila sudah tercapai hajat itu, sekali lagi kita akan membuat permintaan ’jangan la Kau tarik nyawa aku sekarang, ya Allah biarlah aku dapat melihat wajah cicit aku’.

Mana aku tahu or agak benda ni? Hmm nenek aku, dia pernah cakap dia nak tengok aku kerja dulu, banyak cucu dia kahwin masa dia masih ada. Kemudian dia harap dapat melihat wajah cucu sulung dia.

Bertapa kita cuba mengelakkan kematian.

Tapi aku pula takut nak hidup lama, aku takut semakin lama aku hidup semakin banyak dosa aku buat. Aku pun tak nak jadi tamakkan masa. Hmm tak nak merasa sakit tua. Sakit yang hari tu pun aku rasa seksa ni kan pula sakit tua yang bagi aku agak lama. Mintak jauh dengan penyakit tua...

Hmm semoga hidup aku juga makin banyak pahala mampu aku cari. insyaAllah... amin...

Linkin Park- Leave out all the rest


ni lagu favorite aku:D:D:D...layanzzzzzzzzzzzzz

Linkin Park

Leave Out All The Rest

I Dreamed I was missing
You were so scared
But no one would listen
Cause no one else cared

After my dreaming
I woke with this fear
What am I leaving
When I'm done here

So if you're asking me
I want you to know

When my time comes
Forget the wrong that I've done
Help me leave behind some
Reasons to be missed

And don't resent me
And when you're feeling empty
Keep me in your memory

Leave out all the rest
Leave out all the rest

Don't be afraid
I've taking my beating
I've shared what I've been

I'm strong on the surface
Not all the way through
I've never been perfect
But neither have you

So if you're asking me
I want you to know

When my time comes

Forget the wrong that I’ve done
Help me leave behind some
Reasons to be missed

Don't resent me
And when you're feeling empty
Keep me in your memory

Leave out all the rest
Leave out all the rest

Forgetting
All the hurt inside
You've learned to hide so well

Pretending
Someone else can come and save me from myself
I can't be who you are

When my time comes
Forget the wrong that I’ve done
Help me leave behind some
Reasons to be missed

Don't resent me
And when you're feeling empty
Keep me in your memory

Leave out all the rest
Leave out all the rest

Forgetting
All the hurt inside
You've learned to hide so well

Pretending
Someone else can come and save me from myself
I can't be who you are
I can't be who you are

Are you happy? Ask yourself these questions.

Are you happy now? If you want to know whether you’re happy or not, you need to ask yourself these questions…
1. Am I doing the things that make me happy?
2. Are my thoughts of noble character?
3. How can I simplify my life?
4. What are my talents?
5. Does my work satisfy my soul?
6. Am I giving value to my existence?
7. How can I improve my way of life?

Me? Hmm… not really... but I wish I have enough time to change and make my self happy.

Tuesday, August 25, 2009

SURPRISE BIRTHDAY PARTY!!!!

THANKS TO ALL MY FRIENDS YANG DAH MEMBUAT PARTY TERKEJUT KAT AKU.
Dalam mata aku mengantuk tahap dewa ke 12 sampai aku malas nak wat assignment ICT aku yang mintak suh buat power point tu. Aku celik kan juga biji mata aku bila Shery suruh aku mandi dulu sebelum tido. Baru merancang nak join Erin's club tuk budak-budak tak mandi, aku turutkan jugak best friend aku punya idea. Erin gan ochin keluar pergi CC nak cari bahan ICT. Aku rancang pas mandi nak tido dah.
Asal balik ke Erin, Diana, Kumutha gan Ochin, grenti la gamat sedunia. Pastu datang la Lee Lee ke bilik kitaorang malam tu suh kumpulkan duit bil elektrik. tengah aku berborak gan Lee Lee, tetiba shery switch off lampu. aku ni pun terkebil-kebil tengok dia dalam gelap (pelik ooo, budak baik tetiba main kaso'. ada guest, dia boleh tutup lampu lak) keno sampok ke apo kawan aku nih, dah la bulan mulia lagu ni, takkan la kan...
tetiba ada sound effect dari luar bilik; erin (tukang bawak kek) n the geng (kumutha, ochin, didi) nyanyi lagu happy birthday...
woaaa terharu + terkejut + tergamam+ blur jap = suma ada la perasaan nih. hahaha tak sangka giler ooo.
amik gambar gan pakai kain batik + baju lusuh fav aku yang dah usia 10tahun potong kek? hahaha rasa cam tak penah dibuat orang je.

thanks pada suma orang yang sms aku wishing birthday. sorry to my cousin, Asiyah coz tak jawab call. huhuhu tak sedo' gantuk tahap dewa ke 12. orang pertama wish aku - Cousin aku;asiyah. 2. shery 3.chek mask 4. Suhairi 5. ochin 6. ida 7. zuraimi 8. Mr. Appeks 9. Erin 10. Hafiz Fikri 11. Abg Syah 12. Abg Ji (abang aku) 13. Sham budak comel hahaha 14. Najamie 15. Ria (Noriani)

Sunday, August 23, 2009

am i dying?

tetiba ada perasaan ni. hehehe.
so before aku mati, aku nak mintak maaf dengan semua orang kalau aku tersakitkan hati orang, termengumpat, halalkan semua yang korang belanja ya. chow.

Saturday, August 22, 2009

THE BEST WAY OF STAYING OUT OF H1N1 TROUBLE

RECENTLY, I saw photos in newspapers showing people wearing "surgical masks" at shopping malls, schools, mamak stalls and other public areas. I have even noticed people wearing them out in the open with no one around.
Because of this, I would like to explain why the mask may do more harm than good.
The H1N1 virus is not airborne. To be considered an airborne virus, the microorganism would have to survive or remain in the air for long periods of time. The H1N1 virus does not stay airborne.
I have noticed many people wearing masks in crowded places. However, places like airports, shopping malls and schools are full of germs and bacteria. If a small amount of bacteria gets into a hole in the mask, you will provide a breeding ground for the bacteria, which may lead to an illness or infection. The moisture you produce in your mask is perfect for bacteria and viruses, and may be a recipe for disaster.
The way to prevent exposure to H1N1 virus is to avoid physical contact with people who may be sick or infected. Also avoid commonly touched surfaces like escalator railings, poles and public toilet doorknobs.
The H1N1 virus usually spreads when someone touches surfaces with the bacteria and then touches his own nose, eyes or mouth.
Washing your hands frequently is the best defense against exposure..
And yes, the virus may travel from point A to point B in the air. But it will drop, not stay airborne.
Wearing a mask is only good at helping you not to spread your illness to others if you are infected.
Source: NST - Letter to Editor on
August 7, '09 by Kiang Jau Sang Malacca

Wednesday, August 19, 2009

bersin boleh tambah rahmat dan mampu elak penyakit

DEMAM, batuk dan selesema yang menjadi mimpi ngeri kepada kita hari ini disebabkan serangan wabak selesema babi yang meragut berpuluh nyawa turut menghalang kita meneruskan rutin harian kerana bimbang dijangkiti atau menyebabkan jangkitan.

Benar hanya Allah SWT yang menentukan sesuatu berlaku, tetapi makhluk wajib berikhtiar menjauhi kebinasaan sama ada di dunia atau akhirat.

Justeru, dalam keadaan genting seperti hari ini, umat Islam perlu lebih tekun bertahajud dan berdoa (al-ma’thurat khususnya) seperti dilakukan Rasulullah SAW dan mengetahui cara hidup Islam sebenar, termasuk ketika menghidapi penyakit berbahaya.

Antara tanda awal selesema babi ialah demam diikuti selesema, batuk, sakit tekak dan sebagainya. Kebiasaan orang yang menghidap selesema akan bersin dan berasa tidak selesa. Memang ia agak menyukarkan, tetapi ajaran Islam menganjurkan umatnya supaya beradab ketika bersin seperti menutup mulut dan menahan suara supaya tidak terlalu kuat yang sedikit sebanyak mengurangkan penularan wabak penyakit.

Allah SWT menyukai bersin kerana orang bersin akan memuji-Nya. Dengan pujian itu, saudara atau sesiapa yang mendengar lafaz ‘Alhamdulillah’ yang diucapkan akan mendoakan kita dirahmati Allah kembali.

Bayangkan jika hanya seorang bersin dan ungkapan ‘Alhamdulillah’ didengari ramai orang, tentulah semua yang mendengarnya mendoakannya kembali dengan lafaz “Yarhamukallah’.

Berapa ramai yang mendoakan orang bersin dirahmati Allah? Dengan wabak yang menular, kita wajar saling mengingatkan mengenai penyakit itu, di samping mengambil langkah pencegahan agresif.

Kita juga perlu kembali kepada cara dan panduan dianjurkan agama dan tahu ungkapan yang disebut sesudah bersin adalah hikmah yang sungguh bermakna dan tidak menyamai ungkapan lain.

Rasulullah SAW bersabda seperti yang diriwayatkan Imam Bukhari maksudnya: “Jika seorang antara kamu bersin, hendaknya ia mengatakan Alhamdulillah (segala puji hanya bagi Allah). Kemudian saudaranya atau temannya mengucapkan Yarhamukallah (mudah-mudahan Allah merahmatimu).

“Jika dia mengucapkan Yarhamukallah, maka ia mengucapkan Yahdikumullah wa yushlih balakum (mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk-Nya kepadamu dan memperbaiki keadaanmu.”

Dalam hadis diriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyintai bersin dan membenci menguap. Jika ada antara kamu bersin dan memuji Allah Azzawajalla, wajib bagi setiap Muslim yang mendengarnya untuk mengucapkan Yarhamukallah.

“Menguap berasal daripada syaitan. Jika ada antara kamu yang menguap, ia perlu menahan sekuat tenaga kerana jika menguap, maka syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Memang tiada sesiapa pun yang memuji Allah selepas menguap, malah kadangkala terlupa untuk menutup mulut, tetapi hakikat bahawa Allah menyukai bersin kerana ia akan memuji Allah, jika tidak ia tiada bezanya dengan menguap.

Bahkan orang yang mendengar sesiapa yang bersin dan tidak mengucapkan ‘Alhamdulillah’ tidak perlu mendoakannya atau mengucapkan ‘Yarhamukallah’.

Rasulullah SAW turut menjelaskan hal sedemikian dalam sabda Baginda mafhumnya: “Jika seorang antara kalian bersin kemudian memuji Allah (hamdalah), maka doakanlah ia. Jika dia tidak memuji Allah maka jangan kalian mendoakannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Pernah berlaku satu keadaan di mana terdapat dua orang lelaki yang bersin di hadapan Rasulullah SAW dan Baginda mendoakan salah seorang lelaki berkenaan. Kemudian orang yang tidak didoakan oleh Rasulullah itu bertanya kenapa Rasulullah tidak berbuat demikian kepadanya (iaitu berdoa), lalu Rasulullah menjawab: “Yang ini memuji Allah tetapi engkau tidak memuji Allah.”

Selain memuji Allah SWT, perbuatan saling berdoa yang kita lakukan menunjukkan hubungan persaudaraan yang teguh dan manis, kasih sayang yang kuat dan utuh antara saudara seagama.

Begitulah cara hidup Islam, apa saja yang dilakukan terangkum dalam peraturan sempurna demi mendapat rahmat Allah yang turut merangkumi kesihatan yang sejahtera.

Kredit: Nik Salida Suhaila Nik Saleh, BH. Penulis adalah Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang dan Syariah, Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan.